Sep 21, 2019

Kesan Jerebu Kepada Kulit dan Cara Mengatasinya


Haze, haze, go away. Never come again another day. Macam best pulak jadi lagu. Tapi tak semudah itu untuk jerebu hilang dan ia mungkin mengambil masa.



Jerebu bukan sahaja memberi kesan kepada kesihata tapi ia juga memberi kesan kepada kulit kita. Seperti yang kita sedia tahu udara masa jerebu ini adalah bertoksik, kotor dan tidak sihat. Kulit merupakan anggota badan yang terdedah kepada jerebu. 


Persoalannya bagaimana jerebu memberi kesan kepada kulit kita?

Pertama, sebabkan udara jerebu yang tercemar, kulit menjadi gatal-gatal, kasar, kering, kemerahan dan juga naik jerawat. Malah, yang memiliki kulit yang sihat juga turut sama terkesan kerana kualiti udara yang telah tercemar.

Kedua, jerebu juga adalah radikal bebas, dan radikal bebas ini antara punca yang menyebabkan penuaan kulit pramatang. 

Ketiga, masih terdapat sinar UV semasa jerebu dan lebih berbahaya sebabnya asap memerangkap lapisan UB di atmosfera. 


Bagaimana cara untuk mengtasi dan melindungi kulit masa jerebu? 

1- Minum banyak air
Semasa jerebu kita disarankan untuk meminum lebih banyak air untuk menghidratkan semula kulit dan badan. Air juga penting untuk mengeluarkan toksin dari badan. Bila badan cukup air, ia boleh menguatkan semula sistem imun badan dan melawan keradangan pada kulit.


2- Bersihkan kulit dengan betul
Selain membersihkan badan, membersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai juga penting. Tapi sebelum membersihkan muka dengan pencuci muka, bersihkan terlebih dahulu dengan 'makeup remover' atau 'oil cleansing' yang sesuai. 


3- Guna skrub
Penggunaan skrub selepas mencuci muka juga sangat penting. Ia ibarat membersihkan muka untuk kali kedua agar muka dan liang dicuci dengan sebersihnya. Skrub penting untuk membersihkan dan membuang sel kulit mati atau partikel halus akibat jerebu yang tersumbat di dalam liang pori kita.

Jika tak suka guna skrub, boleh juga menggunakan Youth Perfecting Skin Toner. Toner ini khas untuk membuang sel kulit mati dan kotoran. 


4- Guna sunscreen
Penggunaan sunscreen sangat penting terutama waktu jerebu. Sebabnya sinar UV dan asap serta udara yang tercemar ini boleh merosakkan kulit. Jadi, setiap kali keluar rumah gunakan sunscreen untuk melindungi kulit.

Untuk cuaca di Malaysia,sebaiknya kita menggunakan sunscreen dengan SPF tinggi antara 30-50. Age Defense Moisturizer dengan SPF 50 sesuai dengan cuaca di Malaysia dan berupaya melindungi kulit kita dari sinar UVA dan UVB. 


5- Guna pelembap atau moisturizer
Jerebu dengan cuaca panas yang kering boleh menyebabkan kulit semakin kering. Kita boleh menggunakan pelembap untuk mengelak kulit kering dan kuli terhidrat.

Pelembap khas untuk melegakan kulit yang tidak cukup air dan diganti dengan penghidratan mendalam, Moisture Lock Day Cream dari YOUTH. 


6- Detox kulit
Pernah dengar detox kulit? Maksudnya kita membuang toksin supaya kulit lebih bersih. Salah satu cara untuk detox kulit ialah menggunakan clay mask. 

Clay mask berfungsi untuk menyahtoksin kulit, menyerap dan menyingkirkan bahan kotoran, pencemar (sangat sesuai musim jerebu udara kotor) dan sebum, dan menyingkirkan sel kulit mati dan membantu pertumbuhan semula sel kulit agar lebih sihat.


Jerebu boleh memberi kesan kepada kulit sama seperti jerebu menjejaskan kesihatan. Sebab itu penting untuk kita menjaga diri sebaiknya pada fasa jerebu ini.



Baca juga;

Kesan jerebu kepada manusia

12 Langkah berjaga masa jerebu






Continue Reading

Sep 20, 2019

Kesan Jerebu Kepada Kesihatan Manusia


Hampir setiap tahun negara kita dilanda masalah jerebu. Apa yang membimbangkan jerebu banyak memberi kesan langsung kepada kesihatan manusia.



Kualiti udara semasa jerebu yang sangat tidak sihat memberi impak negatif kepada kesihatan. Semasa berlakunya jerebu, kita boleh melihat status kualiti udara berpandukan Indeks Pencemaran Udara atau IPU.

Semakin tinggi IPU, semakin tinggi dan berbahaya kepada manusia. IPU bermula 101 adalah tanda mulanya udara pada paras tidak sihat dan jika IPU melepasi 300 adalah sangat-sangat tidak sihat dan berbahaya kepada kesihatan semua orang.

Udara yang tercemar mengandungi banyak toksik yang berbahaya kepada kesihatan. Bila kita terdedah kepada udara yang tercemar, ia boleh masuk melalui saluran pernafasan dan kulit kita. Yang paling bahaya boleh masuk ke saluran darah. Akhirnya tahap kesihatan dan sistem pertahanan badan terjejas.


Antara kesan-kesan jerebu kepada kesihatan manusia yang sering berlaku ialah:
  • Gatal tekak dan kerongkong yang akhirnya boleh menjadi batuk
  • Kerap bersin dan hidung lebih banyak berair 
  • Mudah mendapat selsema. Jika dibiarkan boleh terus demam.
  • Rasa sakit dada
  • Rasa sesak nafas
  • Mata gatal dan kering serta kemerahan
  • Kulit gatal terutama yang ada alergik kulit dan ekzema
  • Radang paru-paru
  • Mendapat serangan jantung atau penyakit berkaitan jantung
  • Asma

Apa yang lebih membimbangkan, paling ketara apabila jerebu jumlah pesakit asma dan mata makin meningkat.

Menurut Dr Nor Fariza Ngah, Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan, pesakit yang mendapatkan rawatan mata di klinik mata lerajaan menunjukkan peningkatkan sebanyak 20 hingga 30 peratus semasa jerebu (sumber berita harian, 12 September 2019).

Begitu juga dengan pesakit asma juga berlaku peningkatan sebanyak 15.8 peratus menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam laporan utusan bertarikh 19 September 2019.


Golongan kanak-kanak juga lebih berisiko apabila jerebu melanda disebabkan mereka dalam proses membesar, kadar denyutan jantung yang lebih laju dan jantung kanak-kanak juga sedang berkembang / dalam proses membesar. Begitu juga dengan warga tua turut berisiko terutama yang ada masalah kesihatan dan sistem imun badan yang lemah.



Sebaiknya kita semua berhati-hati dan lebih mengutamakan kesihatan semasa jerebu. Ini kerana jerebu bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kesihatan malah boleh menganggu pekerjaan dan rutin harian kita.


Jagalah kesihatan dengan sebaiknya.




Continue Reading

Sep 19, 2019

Cara Elak Kencing Kotor Dengan Berkesan


Cara untuk mengelak kencing kotor dengan berkesan terutama untuk wanita.




Apa yang patut kita buat untuk mencegah, menghilangkan dan merawat kencing kotor ?

1. Sentiasa membersihkan dan mengeringkan bahagian kemaluan dengan air bersih.

2. Sebaiknya elak pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Cukup hanya menggunakan air suam yang bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau menggunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH 3.8 - 4.2.

3. Membersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas kita membuang air.

4. Rajinkan diri meminum air yang banyak supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.

5. Mengosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan cuba untuk menahan aktiviti kencing. Jika rasa nak kencing terus buang.

6. Bagi pasangan yang berkahwin, mengamalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin.

7. Memakai seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.

8. Bagi wanita, rajinkan diri untuk menukar tuala wanita dengan kerap semasa waktu haid. Cuba tukar dalam 4-5 jam sekali.

9. Sebaiknya elakkan memakai seluar jeans denim yang ketat.


Moga bermanfaat buat semua terutama yang wanita.




Kredit info; Dr Zubaidi


Continue Reading

Sep 18, 2019

Kongsi Ilmu Juga Sedekah


Gee ada terbaca bila kita berkongsi ilmu juga satu sedekah.



Jadi Gee dah decide nak berkongsi. Benda baik kena share kan.. Kalau dulu macam kedekut jugak Gee nak share ni😂 . Tu Gee yang dulu lah.

Tapi sekarang ni kita ubah jadi lebih baik. Benda baik kena share sama dengan orang lain.

Jadinya, Gee berkongsi dengan geng #Viktoria dan my team Shaklee Gee sendiri iaitu #VictoryEmpire .

Untuk geng Shaklee Viktoria, Gee share tips nak mudah konsisten sharing & posting di media sosial setiap hari.

Untuk my team Victory Empire pula, Gee share tips pasal instagram. Proven result macam mana nak naikkan sales, bagi ramai orang pm & naikkan followers & view ig kita.


Sharing di grup whatsapp Viktoria dan Victory Empire team

Rasa seronok dapat bantu orang hihi


Gee kongsi ni semua sebab Gee sendiri ada buat dan cuba dan rasa efek dia. Dan berkesan. Tu sebab Gee nak ahli grup Viktoria dan anak bisnes Gee sama-sama dapat.


Moga dapat manfaat semua. Dah dapat tips baru kena bertindak terus baru ada hasil. So jom kita mula sekarang! Tak boleh tangguh-tangguh, Nak berjaya kena pantas bertindak!


Nak jadi my bisnes partner?
Nak buat bisnes?

Saya bantu sampai jadi!
Jom kita bangkit berniaga!





NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.


Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!




Continue Reading

Sep 17, 2019

10 Kebaikan Vitamin C Yang Ramai Terlepas Pandang


Vitamin C sangat femes untuk kulit. Tapi sebenarnya ada banyak lagi kebaikan lain Vitamin C.

Kat sini saya kongsikan kebaikan lain Vitamin C untuk kesihatan yang mungkin ramai terlepas pandang atau tak tahu.























Banyak juga kebaikan Vitamin C ini kan? Sudahkan anda mengambil Vitamin C harini? Jika belum ambillah sekarang juga!


Macam saya sendiri sekarang ada mengambil supplement Vitamin C, Sustained Release Vitamin C Plus.


Vitamin C yg saya amik sejak 2015



Continue Reading

Sep 15, 2019

8 Peranan Tadika / Taska Dalam Mencegah Penyakit HFMD


Apa pula peranan pihak tadika atau taska dalam usaha mencegah penyakit HFMD?



Dah baca peranan ibu bapa mencegah hfmd?


Ketahui 8 peranan pihak tadika dan taska untuk mencegah HFMD

1- Mengamalkan 'Gate Keeping' iaitu memeriksa tangan, mulut dan kaki sebelum anak-anak murid masuk setiap hari. Dan jika ada tanda HFMD, piak tadika/taska boleh memaklumkan ibubapa untuk membawa anak-anak pulang segera dan terus membawa mereka ke klinik atau hospital untuk rawatan.

Dan kanak-kanak hanya akan dibenarkan kembali ke selepas ruam sembuh dan telah sihat sepenuhnya dari tanda-tanda HFMD.

2- Membuat pemeriksaan kelas dan mencuci semua alat permainan, susu, cawan dan pinggan dengan bersih setiap hari.

3- Menasihati ibu bapa untuk memeriksa anak-anak mereka sebelum menghantar ke tadika/taska.

4- Elakkan kanak-kanak berkongsi menggunakan alat permainan, cawan, pinggan, dan sudu.

5- Mengajar kanak-kanak agar menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

6- Pihak tadika/taska hendaklah menyediakan pencuci tangan untuk kegunaan staf dan kanak-kanak di setiap bilik kelas dan tandas.

7- Melatih kanak-kanak agar kerap mencuci tangan dengan bersih. Sebaiknya rajin mencuci tangan tangan sebelum memegang kanak-kanak, sebelum dan selepas makan, selepas ke tandas dan selepas bermain di taman permainan.

8- Jika ada  kejadian atau penyakit HFMD, pihak tadika / taska boleh membuat laporan segera kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan.



Kerjasama dari semua pihak sangat penting dalam usaha menangani HFMD.

Dah tau apa itu HFMD?





Continue Reading

Sep 13, 2019

Cara Menjaga Kesihatan Musim Jerebu


Apabila tiba musim jerebu adalah penting untuk kita menjaga kesihatan di tahap yang terbaik.

Sebab apa?



Jerebu berlaku apabila ada banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar kita dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Partikel ini yang berbahaya kepada kita manusia kerana ia mengandungi pelbagai bahan toksik yang berbahaya untuk kesihatan.

Sebaiknya musim jerebu ini hadkan aktiviti luar.

Berikut saya senaraikan tanda-tanda apabila kita terdedah kepada keadaan luar yang berjerebu pada waktu yang lama atau bila indeks udara berada pada paras tidak sihat,
  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Sukar untuk bernafas atau pun rasa sesak nafas.
  • Mata pedih, jadi merah dan berair.
  • Hidung berair dan selalu bersin.
  • Kulit badan jadi gatal-gatal.
  • Rasa sakit dada.
  • Sakit perut atau cirit-birit akibat makanan atau minuman terdedah kepada jerebu.
  • Badan rasa letih dan lenguh.
  • Pening kepala.

Tanda atau gejala ini dapat dikurangkan atau dielakkan jika kita dapat menjaga kesihatan diri dengan baik pada musim jerebu. Paling baik adalah berada di dalam rumah atau bangunan.

Baca juga; Tip / langkah musim jerebu


Cara Menjaga Kesihatan Musim Jerebu dengan Shaklee

Waktu jerebu ini adalah waktu paling penting untuk kita memastikan sistem pertahanan badan berada pada tahap yang terbaik dan optimum.


Cadangan suplemen Shaklee untuk mengekalkan kesihatan waktu jerebu;




Vivix : membantu mengekalkan tahap kesihatan terbaik pada waktu jerebu.

Nutriferon : trigger faktor imun badan apabila diserang penyakit.

Vitamin C Sustained Release : meningkatkan sistem imun badan melawan penyakit yang biasa melanda masa jerebu seperti demam, selsema, bersin, dan batuk-batuk. 

Chewable C Plus - vitamin C boleh kunyah yang sesuai untuk kanak-kanak dan yang sukar telan tablet.

Garlic Complex : Sumber antibiotik semulajadi. Sangat bagus untuk mencegah atau membantu batuk cepat baik masa jerebu.

Performance Drink : Air isotonik yang bagus untuk menghidrat badan, mengelak rasa lesu dan letih akibat kekurangan air semasa jerebu. Sesuai diminum satu keluarga termasuk ibu hamil.

Omega Guard : Membantu meningkatkan kesihatan sistem pernafasan (dan paru-paru) dan imun tubuh. Terbaik untuk mereka yang ada mengidap asma, kulit gatal-gatal, eczema dan batuk. 



Jagalah kesihatan sebaiknya waktu jerebu ini. Jangan jadi mangsa jerebu. Bahayanya udara masa jerebu kerana ada banyak pertikel yang tidak baik untuk badan kita dan ia boleh masuk terus ke salur pernafasan dan jantung kita!




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang organik dan selamat ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.



Continue Reading

Sep 12, 2019

8 Peranan Ibu Bapa Mencegah HFMD


Ibu bapa berperanan penting untuk mencegah hfmd dari awal.



Apa itu HFMD? Baca di sini Penyakit HFMD

Apa peranan para ibu bapa dalam usaha mencegah HFMD dari awal?

1. Mandi dan tukar baji atau pakaian selepas pulang dari tempat kerja atau dari luar sebelumbermesra dengan anak atau bayi di rumah.

2. Sentiasa mencuci tangan dan sabun dengan air bersih sebagai amalan sebelum balik dari kerja, sebelum dan selepas makan dan juga selepas ke tandas.

3. Menasihati anak-anak supaya tidak berkongsi alat permainan, sudu, cawan, pinggan semasa waktu makan. Juga tidak berkongsi tuala mandi dan berus gigi.

4. Mengajar anak-anak supaya menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

5. Mengelap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu. Kemudian membuang tisu dengan betul.

6. Tidak membawa anak-anak keluar atau ke tempat yang sesak seperti pusat membeli-belah, pawagam, pasar, kolam renang dan taman permainan.

7. Sentiasa menyediakan pencuci tangan seperti sabun cecair dan tisu di rumah.

8. Rajin membersih kawasan rumah agar sentiasa bersih.


Dan sekiranya ada anak yang ada tanda-tanda awal mendapat HFMD, ibu bapa perlu mengasingkan anak. Kemudian membawanya ke klinik atau hospital dalam kadar segera .




- sumber rujukan: KKM-



Continue Reading

Sep 9, 2019

12 Tips Dan Langkah Berjaga-jaga Musim Jerebu


Jerebu sudah melanda negara kita lagi. Kalini jerebu datang bulan September pulak. Tapi negara kita memang tiap tahun akan ada jerebu kan?

gambar: kosmo


Bawah ini adalah bacaan terkini IPU ikut tempat.



Apakah tips dan langkah berjaga yang kita perlu buat bila tiba musim jerebu?

1- Kita perlu peka dengan laporan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU).

2- Sentiasa berada di dalam bangunan.

3- Mengurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

4- Kerap membasuh tangan, muka dan mandi bagi membersihkan bahagian yang terdedah kepada jerebu.

5- Minum banyak air kosong sekurangnya 2 liter sehari untuk tujuan menyingkir keluar toksin yang diserap melalui kulit dan pary-paru kita.

6- Bila menggunakan kenderaan, tutup tingkap rapat dan gunakan alat penghawa dingin.

7- Kurangkan minum air berkafein, bergas dan beralkohol bagi mengelak kehilangan cecair dan nutrien keluar dari badan.

8- Cuci baju yang terdedah kepada jerebu dan sebaiknya tak menyidai baju di luar rumah.

9- Banyak makan buah yang ada vitamin C, vitamin E dan Omega 3. Ini untuk membantu menguatkan imun badan. Untuk cadangan supplement boleh ambil set imun booster iaitu Vitamin C, Nutriferon, Chewable C, Omega dan Meal Shakes untuk kanak-kanak.

10- Pakai topeng/mask untuk jerebu. Contohnya mask N95.

11- Bagi yang ada penyakit batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru, jika makin teruk sebaiknya segera berjumpa doktor.

12- Berhenti merokok kerana boleh menyumbang kepada pencemaran udara dan boleh membahayakan kesihatan perokok juga.



Berhati-hati di musim jerebu. Jagalah kesihatan diri dan kurangkan aktiviti luar.


Dah baca?

Kesan jerebu kepada kesihatan manusia

Kesan jerebu kepada kulit




Continue Reading

Sep 8, 2019

6 Sebab Kita Mudah Jatuh Sakit


Ada orang mudah sangat jatuh sakit. Dah sihat, tak lama lepas tu jatuh sakit lagi.



Nak tau tak kenapa jadi begitu?

Ada 6 sebab yang membuatkan kita mudah jatuh sakit.

1-Kerap Tidur Lewat
Bila kurang tidur boleh menyebabkan kita mudah sakit sebabnya imun badan kita terjejas sama. Badan kurang menghasilkan sitokin iaitu sejenis protein yang boleh melawan jangkitan kuman. Dan sitokin ini hanya keluar waktu tidur malam.

Menurut kajian, mereka yang kurang tidur lebih mudah jatuh sakit apabila terdedah kepada virus dan mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih.


2- Suka Makanan Manis
Orang yang suka makanan manis berisiko mudah jatuh sakit. Sebabnya bila gula diambila secara berlebihan ia boleh menganggu fungsi sel-sel imun melawan bakteria.

Paras gula darah yang tinggi ini tadi akan memberi tekanan kepada badan dan kesannya sel-sel imun badan jadi "koma". Dan kesan ini boleh berlarutan beberapa jam selepas kita mengambil beberapa jenis minuman dan makanan manis.


3- Ulser Mulut
Ada yang selalu kena ulser mulut? Tau tak jika kerap ulser mulut tu sebenarnya tanda badan kurang vitamin mineral dan secara tak langsung ia melemahkan sistem imun badan kita. Lepas ni jika ada kena ulser mulut tu signal badan ada kurang nutrien lah tu!


4- Kerja Syif Malam 
Kerja waktu malam juga punca mudah jatuh sakit. Menurut penyelidik di Institut Kesihatan Mental Douglas University dan McGill University, bekerja pada waktu malam boleh menjejaskan keupayaan jam biologi badan kita untuk mengawal tindak balas imun badan.

Bila jam biologi badan terganggu kesannya boleh membawa kepada masalah kesihatan lain untuk jangka waktu panjang. Jadi lepasni kita kena jaga waktu tidur ok. Jagalah kesihatan dengan sebaiknya.


5- Kerap Mengembara 
Mengembara juga boleh jatuh sakit? Macam mana?

Bila mengembara kita akan berada di dalam "flight" atau tempat tertutup lebih lama, bernafas dalam udara yang sama dan terdedah kepada kuman dari jarak yang lebih dekat. Ditambah lagi kesan "jet lag" dan rasa letih boleh menghentikan "gen" yang berkait dengan sistem imun badan kita.

Jadi tak boleh mengembara? Boleh saja tapi kita boleh siap sediakan diri dengan kuatkan sistem imun badan selalu.


6- Mereka yang Berjiwa Muda
Bila umur makin meningkat, sel-sel imun badan menjadi kurang aktif dan bertindak lebih lambat bila ada serangan. Kesannya badan mudah terdedah kepada penyakit, jangkitan dan akan mengambil masa lebih lama juga untuk sembuh.



Jadi, kita kena sentiasa menjaga aktiviti harian dan kuatkan pertahan badan / imun badan supaya tak mudah jatuh sakit.





Continue Reading

Sep 3, 2019

Krim Muka Untuk Kulit Kering: Youth Moisture Lock Day Cream


Kulit wajah kering berlaku apabila kulit kurang minyak dan air sehingga kulit hilang kelembapan dan tidak dapat menghidrat dengan baik. Bagaimana cara terbaik untuk merawat dan mengatasi kulit kering?

Sebelum itu, mari kita lihat dulu apa tanda-tanda bila kulit kering.

Tanda kulit kering dan hilang kelembapan: 
  • Kulit terus jadi tegang terutama selepas mandi dan berenang
  • Kulit kasar
  • Kulit pecah, kering bersisik dan menggelupas
  • Kegatalan
  • Kulit jadi kemerahan
  • Garis-garis halus, retak

Bagaimana cara merawat kulit kering?

Cara berkesan untuk merawat kulit kering ialah dengan mencari krim pelembap yang boleh membantu menghidratkan kulit jauh dari dalam. Dengan cara ini barulah kita bakal dapat kulit yang kekal lembap dan lembut tak kering.


Youth Moisture Lock Day Cream


Youth Moisture Lock Day Cream


Krim pelembap siang terbaru ini diformulasi khas untuk merawat dan menghilangkan kulit kering, mengunci kelembapan kulit dari dalam, menghidrat kulit dari dalam untuk mengekalkan kelembapan, melembutkan kulit dan membantu mengurangkan kesan garis halus, kedutan dan kering pada kulit.


Keistimewaan Youth Moisture Lock Day Cream

Menggunakan teknologi penghidratan selular terbaru dan terkini. Ia akan bertindak sebagai magnet kelembapan, menarik air ke lapisan luar kulit dan mengubah menjadi takungan untuk mengekalkan kelembapan kulit dengan lebih lama. Hasilnya kulit sentiasa lembap dan lembut..


Teknologi terbaik dari Shaklee


Bahan Utama di dalam Youth Moisture Lock Day Cream
  • Ekstrak kaktus – menarik kelembapan pada lapisan luar kulit
  • 4 jenis asid hyaluronik – untuk mengekalkan kelembapan kulit sehingga 1000 kali beratnya di dalam air
  • 100% Squalane berasaskan tumbuhan – membina halangan pelindung untuk mengurangkan kulit kehilangan air lebih cepat. 
  • Youth Comlex - bahan botani seperti Anggur Muscadine, Lotus Jaonicus dan Schisandra Chinensis untuk faedah anti-penuaan


Kesan menggunakan Youth Moisture Lock Day Cream
  • Garis halus dan kedutan makin berkurang
  • Penampilan garis kering dan kemerahan juga berkurang
  • Melegakan dan merehatkan kulit
  • Kulit menjadi lebih licin, lebih gebu dan lembut


Harga Youth Moisture Lock Day Cream 




Berita baik bulan ini ada promosi set Youth Perfect Pair, kombo Youth Age Defense Moisturizer SPF 50 dan Youth Moisture Lock Day Cream. Set kombo ini sangat bagus dan sesuai terutama jika ada masalah kulit kering dan banyak bekerja di bawah aircond. 




Jika ada kulit kering, bolehlah menggunakan Youth Moisture Lock Day Cream  ini setiap hari dalam rutin skincare. Penggunaan yang konsisten sangat penting untuk mendapat hasil dan kesan terbaik. 





Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang organik dan selamat ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.




Continue Reading

Sep 2, 2019

Promosi Shaklee September 2019


Promosi Shaklee sepanjang bulan September 2019.

1. Promosi NutriFeron
Ada 2 pilihan promosi Nutriferon bulan ini.


Kebaikan Nutriferon


2. Promosi Youth Mask
Beli 2 Youth Mask dapat PERCUMA;
  • Facial brush
  • Organza bag hitam

Boleh pilih nak yang clay mask atau gel mask

Youth Mask

Baca juga;

6 cara memakai clay mask

5 waktu terbaik guna mask



3. Promosi Youth Perfect Pair
Ada pelancaran produk baru lagi dari rangkaian skincare Youth bulan ini iaitu Youth Moisture Lock Day Cream. Ada 2 pilihan jika nak beli;

  • Beli Youth Moisture Lock Day Cream

Moisture yang sesuai untuk kulit kering


Info lanjut baca di sini Youth Moisture Lock Day Cream

  • Belian Set, Youth Moisture Lock Day Cream + Youth Age Defense Moisturizer spf 50




4. Promosi Jom Shaklee - Khas untuk Ahli Baru 

-Vivix Twin Pack
Promosi Vivix ini yang paling ditunggu ramai. Sebabnya harga jimat berganda!



Vivix Shaklee sesuai untuk yang berumur 18 tahun ke atas dan;
  • Yang  pentingkan kesihatan
  • Yang ada masalah kulit 
  • Yang nak kuruskan badan
  • Yang ada darah tinggi
  • Yang ada gout
  • Yang ada kencing manis
  • Yang ada masalah lutut
  • Yang cepat letih lesu
  • Yang aktif bergerak
  • Yang ada penyakit kronik (sebagai satu ikhtiar)


-Daily Essential Set
Set ni satu keluarga boleh ambil. Apa yang ada dalam set ini;
  • Protein ESP
  • Vitamin C
  • Omega Guard
  • Vitalea
  • Bcomplex
  • Vivix





Beli set ini anda bakal dapat DISKAUN 10% lagi murah dari harga ahli dan Percuma Discover Within Paper bag. 



-YOUTH Starter Set
Set Permulaan bagi anda yang baru nak mencuba skincare YOUTH. Penggunaan starter set ni penting pada yang baru nak mula guna skincare. Asas-asas ini kena kukuh dulu sebelum guna full set rangkaian skincare.

Set skincare ini mengandungi:
  • Luminous Gel Oil Cleanser
  • Perfecting Skin Toner
  • Age Defense Moisturizer spf 50
  • Night Ceam (Light / Rich)




Setiap pembelian set skincare ini, anda bakal dapat PERCUMA:
  • YOUTH Skin Care Guide (E/B/C)
  • Discover Beauty Within Paper bag



Banyak juga PROMOSI BULAN SEPTEMBER ini dari Shaklee Malaysia kan?? Meriah sangat order masuk bulan ini hihi.




Berminat untuk mendapatkan produk / Promosi Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.






Continue Reading

Aug 31, 2019

Selamat Hari Merdeka 2019


Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah sudah 62 tahun negara kita medeka. Syukur negara masih aman damai. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tema Merdeka tahun 2019



Moga kita semua bebas dan merdeka! Merdeka dari segi kewangan, merdeka dari stress, merdeka dari perasaan rendah diri dan kurang yakin, merdeka dari segi kesihatan dan merdeka!

Yang penting sentiasa berfikiran positif, gembira dan ceria selalu. Bila hati tenang tu juga salah satu rahsia mudah rezeki masuk. Aminn.






Sekali lagi saya ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA KE 62 TAHUN! 


Promo Vivix juga tamat malam ini!!











Continue Reading

Aug 27, 2019

Giveaway-02 by Ematunz


Lepas umum pemenang untuk first giveaway, ematunz.blogspot.com terus buat second giveaway.

Hadiah kali ni lain machiam sikit, iaitu gambar portrait digital. Jika terpilih, uols boleh dapatkan sendiri punya gambar siap edit, ala ala lukisan gittuw, boleh guna letak kat wallpaper ke, default photo pun boleh tau. 

Klik gambar di bawah kalau nak join Giveaway-02:


Hadiah apa tu? Hah, pinjam japp gambar ematunz, ini adalah contoh hadiah (dalam bentuk gambar siap edit) seperti dibawah:

Lukisan digital oleh Aeisha Lisa

Semoga terpilih. Thankyou sudi join giveaway ematunz.blogspot.com.








Continue Reading

Aug 24, 2019

Aug 14, 2019

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway


Bismillahirrahmanirrahim... Sempena bulan kelahiran Shu, Shu "mengistiharkan" giveaway ke-tiga bermula pada detik kelahiran Shu iaitu 04/08 6.16 pagi hingga 22/08/2019 6.16 pagi. Pemenang akan diumumkan tiga hari kemudian (25/08).


Terma dan Syarat :
1. Follow blog shuhaidasaad.com
2. Buat satu entri bertajuk Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway
3. Letak banner dalam entri, dan link kan ke blog shu.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Pemilihan Pemenang : Random

Pemenang Pertama
Pemenang Kedua

Pemenang Ketiga & Keempat :
(akan diberitahu kelak)



jom support Shu..




Continue Reading

Aug 13, 2019