05 October 2019

Dapat Percuma Sabun Basuh Baju Shaklee (Fresh Laundry Concentrate)


Untuk lucky draw dari grup Shaklee S2uFamilies kalini, Gee dapat hadiah sabun basuh baju. Bestnya lah. Boleh tengok nama Gee bawah ni, nama penuh Gee, Nurzhiana Mohd Yunus (macam mana boleh panggil Gee tu kan? muskil ni haha).



  • Terima kasih buat Master Iffah Anuar dan Master Firdaus untuk hadiah ini. Suka sangat!

Macam inilah sabun basuh baju Shaklee, Fresh Laundry Concentrate. Dalam kotak. Berat dia dalam 2.5 kg.

Fresh Laundry Concentrate (Powder)

Dah lama ada jual sebenarnya sabun Shaklee ni. Gee baru dapat dalam minggu ni tadi dan baru try sekali guna basuh tuala dan baju. Pertama kali bukak jer dan pegang sabun tu kan, wangi bau dia. Lembut dan segar jer bau.


Fresh Laundry Concentrate Shaklee

Cara guna sabun basuh baju Shaklee, sama juga macam kita guna sabun yang lain. Tuang sikit dan campurkan dengan baju / pakaian lain. Isikan air. Ni Gee buat guna cucian tangan. Manual gitu haha.

Bila Gee rendamkan sabun Shaklee ini dengan tuala tu dalam baldi tadi, wangi bau dia. Sangat-sangat lembut bau. Tak macam sabun pakaian yang lain yang biasa Gee guna. Bila Gee bilas pun sama semerbak bau dia melekat kat tuala Gee basuh tadi. Bilik mandi pn wangi sama.


Boleh tengok gambar dan info sabun Shaklee kat bawah ni.











Gee share info / kelebihan sabun baju Shaklee.

Fresh Laundry Concentrate
  • Dibuat daripada bahan semula jadi daripada kelapa, pembuih semula jadi dan garam mineral.
  • Mampu membersih lebih banyak pakaian menggunakan serbuk yang sedikit dengan pembersih enzim aktif.
  • Dalam 1 kotak kecil seberat 2.5kg ini mampu membasuh sehingga 88 muatan.
  • Sesuai untuk semua jenis pakaian atau fabrik. Jika basuh baju warna putih, dia akan kekal putih dan pakaian berwarna juga kekal berseri di samping menghalang pindahan warna kepada pakaian lain.

Yang penting sabun basuh baju Shaklee ini selamat untuk kulit terutama yang ada masalah kulit gatal-gatal atau alergik sebab dia Hypoallergenic. Juga sangat lembut pada tangan kita.

Selamat untuk kita, maksudnya sabun dari Shaklee ini tidak-bertoksik, tanpa pewangi, tanpa klorin (tiada ruam dan iritasi pada kulit) dan juga pH seimbang tak membuatkan kulit rasa pedih dan kering.

Paling penting bahan semua semulajadi makan sangat selamat untuk sistem dan bumi kita. Sampai begtu sekali Shaklee cipta dan buat sabun ini kan??



Gee share testimoni sabun fresh laundry Shaklee dari Puan Eina. Beliau memang selalu dah guna sabun ni.









Berminat nak cuba dan dapatkan sabun basuh baju Shaklee yang organik dan selamat ini? Boleh terus menghubungi Gee ke 013-5707812 atau klik untuk pautan Whatsapp.






10 comments:

  1. wah tahniah! alhamdulillah rezeki dapat try sabun basuh baju yang berkualiti.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat sabun percuma. Bila dah free ni baru tak takut nak try sebab tak rugi duit haha nasib baik best, boleh setia guna brand ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan.. haha. free dan jika serasi boleh terus stay guna

      Delete