Jom Bercuti dalam KL Je!


Siapa kat sini yang tinggal di Kuala Lumpur (KL) dan taktau pun sebenarnya ada banyak tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur untuk bercuti? Kalau ada, sama la kita. Saya pun taktau. Tapi disebabkan ada kawan lama yang baru berkahwin dan teringin untuk buat short vacay di KL, dia buat permintaan untuk saya jadi one day tour guide mereka. Maka dengan itu, saya buat la beberapa kajian untuk bawa pasangan hangat ni berjalan-jalan di KL!




Kalau korang nak tau, ada banyak je tempat-tempat yang menarik dan best untuk dilawat kat dalam KL ni. Ada yang percuma, dan ada juga yang berbayar. Jadi terpulang kepada kita nak pergi yang mana satu.

Lepas buat tour dengan kawan lama ni tempoh hari, saya akan listkan beberapa tempat yang sesuai dan menarik untuk dikunjungi tidak kira la dengan kawan ataupun berkeluarga di KL.

Kenapa pilih KL?

Pertamanya kawan saya ni akan menaiki flight dari Penang, sebab taknak membazir masa 5 hingga 6 jam untuk perjalanan, jadi nak senang, terus book je flight terus. Tak mahal. Untuk return, Rm170/pax. Sebabkan dia nak flight, saya cadangkan sahaja untuk menginap di hotel sekitar KL Sentral kerana KL Sentral ni merupakan hub pengangkutan awam terbesar di tengah-tengah KL.

Meet point kami di KL Sentral, berhadapan pintu KLIA Transit sebab dia dah siap siap buat KLIA Express online booking kat Traveloka. Bukan apa, senang katanya nak bergerak. Cepat dan mudah. Kurang dari 30 minit mereka dah sampai di KL Sentral dari KLIA. Tak ada masalah bagi mereka untuk mengadu penat sebab keadaan dalam train sangat selesa dan luas. Berbaloi dengan harga yang dibayar semasa booking.

Saya juga ada mencadangkan pada mereka untuk book sahaja cheap airport coach yang ada didalam laman Traveloka itu, tapi mereka mahu sampai lebih awal di KL sentral, jadi KLIA Express adalah jalan yang terbaik. Private transport akan menjadi pilihan airport coach mereka semasa perjalanan pulang nanti sebab bakal bawa banyak barang yang nak shopping di IKEA katanya.

Selepas berjumpa, saya terus bawa mereka ke hotel untuk urusan check-in dan terus mencari makanan. Maka dengan itu, bermula la sesi ronda-ronda KL sehingga malam.

Okay korang, bawah ni saya senaraikan tempat-tempat yang korang boleh pilih untuk bercuti di dalam KL bagi yang nak pergi dengan keluarga atau kawan-kawan. 


5 Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi

1. Escape room

Sebabkan kawan saya ni sejenis yang berjiwa kental hati kering, saya bawa mereka masuk escape room di Times Square. Ia merupakan permainan puzzle yang menguji kecekalan dan kepintaran minda kita. Kita diberi masa selama 45 minit untuk selesaikan semua puzzle yang diberi dalam suasana yang seram. Terdapat 9 jenis bilik yang kita boleh pilih. Ia mempunya theme yang berbeza-beza. Ada berani tak? Korang boleh try tahap keberanian tu kat sini nanti. 


Escape Room


2. Aquaria KLCC

Kalau peminat tegar untuk hidupan laut, kat sini la tempat untuk korang menikmati keindahan dan keunikan hidupan laut di tengah-tengah KL. Aquaria ini terletak di bahagian bawah KLCC. Lebih daripada 150 jenis hidupan laut yang anda boleh lihat disini termasuk lah ikan jerung, ikan pari, ikan dalam filem nemo, kuda laut, malah anda diberi peluang untuk memegang tapak sulaiman. Best kan?


Aquaria KLCC

Bagi yang berkeluarga, anak-anak pasti teruja untuk ke sini. Sebab saya pun teruja sama. Haha. Kalau nak datang, make sure datang pada masa yang tepat sebab staff akan membuat pertunjukkan memberi makan ikan jerung buat tatapan pengunjung. Apa tunggu lagi? Hujung minggu ni free tak? Jom!


3. Kuala Lumpur Upsidedown House

Kalau korang nak tau, KL ni pun ada juga upsidedown house. Tak jauh dari KL Tower. Apa yang uniknya, susunan perabot, makanan dan semua yang melibatkan peralatan dari luar sehingga ke dalam rumah di susun terbalik. Kalau tengok, memang tak terjangkau la dengan akal waras. Kat sini, antara tempat paling best untuk bergambar. Anak-anak pun suka. Mak ayah pun mesti suka nak bergambar juga. Jangan lupa bawa tripod untuk memudahkan korang buat family photo kat sini ya!


Upside down house KL

4. District 21

Korang peminat aktiviti sukan lasak? Tapi taknak buat yang outdoor? Haa. Ada. Kat IOI City Mall Putrajaya. Di sini mereka ada sediakan indoor obstacle course dan sesuai untuk semua peringkat umur. Untuk anak-anak boleh, mak ayah pun boleh. Pelbagai jenis obstacle course yang disediakan di sini. Ia memerlukan kita buat aksi jumping, sliding, flying, climbing dan riding. Bagi korang yang nak cabar tahap gayat dengan tempat tinggi, ini merupakan destinasi yang sesuai kerana ia mempunyai high rope course yang pertama tertinggi bagi zon indoor di Malaysia. Ada berani tak? Boleh ke sini hujung minggu nanti.


District 21 KL


5. The River of Life

Selepas makan malam di sekitar Kg baru, saya bawa mereka lepak di River of Life di tengah kota raya Kuala Lumpur. Saya rasa tak ramai yang tahu tempat ni. Ini la salah satu waterfront yang tersenarai dalam 10 yang terbaik di dunia. Korang boleh ke sini pada jam 8 malam utnuk melihat sendiri keindahan pancaran lampu serta pancuran air yang sangat cantik. Sementara itu korang juga boleh menikmati muzik yang dialunkan serentak dengan pancuran air dan limpahan lampu yang cantik. 

The River of Life KL



Dengan itu, selesai sudah one day tour guide saya. Semua destinasi yang saya listkan ini merupakan aktiviti indoor dan korang tak perlu risau dari segi cuaca. 

Bagi yang nak bawak anak-anak berjalan outdoor, bolehlah cuba untuk ke mini zoo KL, Farm in The City, Taman Burung dan banyak lagi. Setakat ini itu sahaja dari saya, Sehingga kita berjumpa lagi. Selamat Bercuti semuaa! 




Post a Comment

24 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Semua tempat nih akk tak pernah sampai lagi sedangkan lama dah dok sini 😅😅

    ReplyDelete
  3. Wowww menarik. Boleh la g nanti. Tq info ❤️

    ReplyDelete
  4. KL banyak tempat best tapi lom sempat nak pegi. The river of life dengan farm in the city antara wishlist ena untuk bonding time 😍 tq sharing ye

    ReplyDelete
  5. nice entry. boleh rujuk sini bila ke KL nanti. ada tempat yang belum pernah pergi lagi.

    ReplyDelete
  6. Pendek kata kalau ke Kl Sekarang ni tak ada masalah nak pergi mana la ya? Kena cari masa jalan2-jalan ke KL lagi la lepas ni..

    ReplyDelete
  7. Kuala Lumpur memang banyak tempat best-best. Cuma sis yang dah lama dok KL ni tak terpergi pulak tempat-tempat yang ada dlm list kat atas ni..huhuhu. Nampak gaya kena gi jugak..malu pulak org KL tak pergi lagi...:D

    ReplyDelete
  8. Ada gak tempat tenpat yang disebutkan tadi kak x pernah g huhu... River of Life tu pun baru tahu haha...

    ReplyDelete
  9. Walaupun dah lama jugak saya tinggal dekat kawasan Lembah Klang ni, tapi kelima-lima tempat yang tersenarai di atas saya tak sempat lagi nak jejak. Haha. Nanti nak pergilah. terima kasih share ya ;)

    ReplyDelete
  10. yang IOI mall tu jarang2 boleh dtang, maklumkan rumah kat Gombak memang bercinta la nak pi putrajaya. yang lain checked. hihi

    ReplyDelete
  11. KL memang banyak tempat tempat menarik untuk dilawati. Tuh pun tak sempat nak singgah tempat tempat menarik yang ada di KL. IOI mall tu pernah juga datang 2 3 kali sebab ada event. Tak ada event memang tak singgah kot.

    ReplyDelete
  12. Selalu balik KL naik kereta je, pasni nak try gak la naik flight. Bawak anak anak skali skala. Balik kampung kat bandar gitu. Hehehe.

    ReplyDelete
  13. Best je kan dari penang boleh naik flight ke kl. Pastu ada KLIA transit plak boleh booking online. Tak pnah lagi pegi rumah upside down tu

    ReplyDelete
  14. Tempat menarik memang best jika tak bertembung dengan cuti sekolah. Kalau cuti sekolah semua tempat ini ramai orang. huhu

    ReplyDelete
  15. Eh didn't know there's place like this in KL! I will visit and make a youtube video and tag you along!

    ReplyDelete
  16. i am ERIC BRUNT by name. Greetings to every one that is reading this testimony. I have been rejected by my wife after three(3) years of marriage just because another Man had a spell on her and she left me and the kid to suffer. one day when i was reading through the web, i saw a post on how this spell caster on this address AKHERETEMPLE@gmail.com have help a woman to get back her husband and i gave him a reply to his address and he told me that a man had a spell on my wife and he told me that he will help me and after 3 days that i will have my wife back. i believed him and today i am glad to let you all know that this spell caster have the power to bring lovers back. because i am now happy with my wife. Thanks for helping me Dr Akhere contact him on email: AKHERETEMPLE@gmail.com
    or
    call/whatsapp:+2349057261346










    i am ERIC BRUNT by name. Greetings to every one that is reading this testimony. I have been rejected by my wife after three(3) years of marriage just because another Man had a spell on her and she left me and the kid to suffer. one day when i was reading through the web, i saw a post on how this spell caster on this address AKHERETEMPLE@gmail.com have help a woman to get back her husband and i gave him a reply to his address and he told me that a man had a spell on my wife and he told me that he will help me and after 3 days that i will have my wife back. i believed him and today i am glad to let you all know that this spell caster have the power to bring lovers back. because i am now happy with my wife. Thanks for helping me Dr Akhere contact him on email: AKHERETEMPLE@gmail.com
    or
    call/whatsapp:+2349057261346

    ReplyDelete
  17. Banyak betul tempat menarik di Kl ya. Semuanya best-best. Percutian dengan famili kat sini memang berbaloi

    ReplyDelete
  18. Nad pun duduk kl tak pergi dekat semua tempat dalam kl ni..hanya pergi beberapa tempat je..banyak lagi tempat menarik dekat kl ni..yang awak senaraikan brp je saya pergi..hahaa

    ReplyDelete
  19. Even though I been in KL for so long, there are still some of the places I haven't visit before. Thanks for the summary post tho!

    ReplyDelete