Rahsia Awet Muda Dan Sihat Selalu


Semua nak awet muda dan sihat selalu walupun umur makin bertambah. Jika boleh nak kekal cantik, sihat dan cergas walaupun sudah berumur.




Ada macam-macam tips yang dikongsikan kat google kan. Tapi kalini Gee nak berkongsi tip mudah juga dan tip ni juga paling penting untuk kita tahu sebenarnya.


Rahsia awet muda, lebih sihat dan lanjut usia dengan menjaga telomere kita. Apakah itu telomere?

Telomere ialah topi perlindungan yang ada pada seiap hujung rantaian DNA kita. Ia bertugas melindungi setiap kromosom, sama seperti getah padad hujung tumit kasut kita. Tanpa getah tersebut, tumit kasut kita akan berburas dan tidak boleh lagi membuat tugas.

Begitulah telomere, tanpanya elemen DNA kita boleh rosak dan sel-sel badan juga tak dapat berfungsi dengan baik hingga boleh membawa kepada pelbagai risiko penyakit.


DNA dan Telomere


Kepentingan Telomere untuk kesihatan

Telomere sangat penting untuk sel manusia dan ia dilihat sebagai penanda aras kesihatan penuaan dan lanjut usia. Bila kita makin berusia, setiap sel terbahagi dan telomere boleh jadi makin pendek. Bila makin pendek, akibatnya sel tidak diperbaharui, berhenti dan mati hingga menjejaskan kesihatan.


Faktor telomere memendek

Telomere juga boleh cepat memendek akibat faktor lain seperti stress, sinaran UV, persekitaran, toksin-toksin, keradangan dan diet atau pemakanan yang tidak sihat.

Bila telomere makin pendek, proses penuaan lebih cepat berlaku dan risiko mendapat penyakit juga lebih tinggi. Contohnya seperti diabetes, kanser, penyakit jantung dan nyanyuk.

Jadi, kita kena pastikan telomere panjang untuk melambatkan proses penuaan, hidup lebih sihat dan peluang hidup lebih lama juga.


Cara memanjangkan Telomere

Ada satu cara mudah untuk memanjangkan telomere atau melambatkan proses pemendekan telomere supaya kekal muda dan sihat iaitu dengan mengambil POLIFENOL. 

Polifenol kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat anti-radang. Polifenol dapat melindungi dan membaiki DNA kita termasuk telomere. Selain itu, polifenol juga boleh membantu meneutralkan radikal bebas, menghentikan kerosakan DNA dan telomere yang sedia ada.


Macam mana nak dapatkan Polifenol?

Antara makanan yang ada polifenol yang boleh membantu wajah awet muda dan sihat bertenaga sentiasa;




Selain makanan di atas, minuman Vivix juga kaya dengan polifenol yang bagus untuk kekal muda dan sihat.


Baca juga; 2 cara mudah untuk awet muda





Post a Comment

8 Comments

  1. nice sharing , bila bace pasal chromosome tu teringat pulak waktu belajar sains masa sekolah dulu . Hehehe

    ReplyDelete
  2. ilmu dan info yang best..

    gee, kte tag gee untuk 1 giveaway ni ye :-)
    https://hayatisuki.blogspot.com/2019/11/new-years-giveaway-by-eikin-sofi.html

    ReplyDelete
  3. Tq info ni, ramai yg nak awet muda selalu kan, sy pun...

    ReplyDelete
  4. tq semua sudi baca dan singgah blog gee :)

    ReplyDelete