30 December 2019

10 Manfaat Zinc Untuk Kesihatan


Zinc adalah mineral yang penting untuk tubuh badan kita. Walaupun zinc tak femes seperti vitamin C tapi zinc juga sangat penting untuk kesihatan.

Jom kita lihat 10 kebaikan Zinc untuk kesihatan badan

1. Zinc untuk rambut kuat dan sihat

Zink menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat. Ini akan menggalakkanpertumbuhan rambut dan mempercepat pertumbuhan semula folikel rambut. Jadi rambut tak mudah gugur dan lebih kuat serta sihat bersinar.


2. Zinc untuk menyembuhkan kulit dan luka

Zinc penting untuk menggalakkan semula penghasilan sel kulit baru dan fungsi sel membran untuk memastikan kulit lebih sihat. Apabila kulit kita rosak, zinn ini yang akan membantu menghasilkan protein dan kolagen untuk menggalakkan penyembuhan luka. Jadi, sel kulit baru lebih cepat tumbuh dan luka juga cepat sembuh.


3. Zinc untuk kulit jerawat

Zinc bertugas menghalang pertumbuhan bakteria penyebab jerawat, menyekat aktiviti kelenjar minyak dan mengurangkan simptom jerawat untuk kulit yang lebih bersih. Hasilnya, kulit jarang dan tak mudah untuk tumbuh jerawat. Jika ada jerawat batu juga bagus untuk mengambil zinc.


4. Zinc kuatkan sistem imun badan

Zink berupaya untuk membantu memendekkan tempoh selesema sehingga 40% Jika kerap demam dan selsema bolehlah amik zinc lepas ini! Zinc juga memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka bekerja secara optimum dalam badan kita.


5. Zinc untuk kesuburan

Zink membantu dalam mengawal hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikular yang betul, yang akan membantu telur untuk pergi ke rahim untuk persenyawaan.


6. Zinc untuk kesihatan prostat

Memastikan sperma bergerak ke hadapan dengan arah yang betul untuk menembusi telur bagi persenyawaan yang berjaya dan menyokong fungsi prostat dan hormon lelaki.


7. Zinc untuk tidur lebih baik

Zinc juga membantu menggalakkan dan mengawalatur corak tidur yang lebih sihat. Ini penting supaya kita dapat tidur yang lena. Bila bangun pagi akan lebih segar dan lebih aktif setiap hari!


8. Zinc untuk mata

Zinc membantu vitamin A menghasilkan melanin, yang melindungi mata. Apabila zinc ini dimakan bersama dengan vitamin antioksidan lain, zinc dapat membantu melambatkan kemerosotan makula mata yang berlaku kerana faktor penuaan.


9. Zinc untuk Diabetes

Ada kencing manis? Zinc juga dapat membantu mengurangkan rintangan insulin, meningkatkan keupayaan tubuh untuk menggunakan insulin dengan cekap bagi mengekalkan paras gula darah yang sihat. Ini sangat penting untuk yang ada diabetes yang ada masalah rintangan insulin. 


10. Zinc untuk jantung

Zinc juga bagus untuk kesihatan jantung. Zinc banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti tindak balas enzim, membantu mengatasi tekanan oksidatif yang merupakan salah satu punca kegagalan jantung. Zink juga mempunyai sifat antioksidan yang kuat untuk meneutralkan radikal bebas bagi melindungi jantung.



Banyak kan kebaikan Zinc untuk kesihatan badan kita. Lepas ni bolehlah mula amik zinc dalam pemakanan harian kita. 

Antaran makanan yang kaya dengan zinc ialah:





Jika jarang atau rasa tak cukup nak dapat dalam makanan harian, boleh amik supplemen zinc. Lebih mudah diambil. Tiap tablet ada berapa banyak zinc disediakan. 

Zinc Plus membekalkan 15mg zinc untuk setiap tablet. 

Supplemen Zinc 

Info zinc boleh baca di sini, kelebihan Zinc plus dari Shaklee.




Promosi Zinc Beli 1 Percuma 1. Jimat sangat! Beli harga RM 56 dapat 2 botol!!










Berminat untuk mendapatkan zinc shaklee ini boleh terus menghubungi saya di 013-5707812 atau klik gambar untuk whatsapp. 







2 comments: