31 December 2019

35 Azam Positif Tahun 2020


Ada yang mula buat azam dah? Ke belum lagi? Dah boleh mula buat dah sekarang tau.



Bila ada azam, matlamat atau target ni akan bantu diri kita lebih fokus, lebih disiplin dan lebih baik dari tahun sebelum.

Ok bawah ni Gee senaraikan contoh 30 azam positif 2020. Ada juga azam Gee sendiri ni.

1- Bangun awal dan solat subuh awal waktu. Lagi baik bangun sebelum subuh dan buat solat Tahajud.

2- Kurangkan merungut tapi lebihkan bersyukur. Sebagai contoh boleh buat jurnal kesyukuran. Kita boleh listkan satu-satu kat buku. Yang ni Gee memang ada buat moga lebih konsisten nanti.

3- Rajin membaca buku dan info yang bermanfaat. Kurangkan baca gosip dan benda tak berfaedah.

4- Banyakkan bersenam. Boleh cuba buat sekurangnya 3-4 kali seminggu.

5- Menyimpan duit tiap bulan. Mula belajar pasal kewangan dan cara urus duit yang betul.

6- Elak membeli benda yang kurang penting dan ikut nafsu. Fokus pada benda yang betul-betul perlu.

7- Fokus beri dan sebar manfaat baik pada orang.

8- Solat tepat pada waktu dan cukup 5 waktu setiap hari.

9- Banyakkan berzikir dan buat secara konsisten. Sikit takpa janji ada buat tiap hari.

10- Rajin bersedekah setiap hari.

11- Rajin membaca Al-Quran setiap hari. Sekurangnya 1 muka surat tiap hari.

12- Berbakti dan buat baik pada mak ayah. Contohnya belanja makan atau bagi duit belanja tiap bulan ke.

13- Berhenti banding diri kita dengan orang lain. Percaya kita juga boleh buat dan hebat. Yakin diri boleh berjaya!

14- Keluar dari zon selesa. Cabar diri buat perkara baru dan susah.

15- Latih diri untuk fikir positif dan bersangka baik selalu.

16- Lembut hati untuk sentiasa memaafkan orang lain. Contoh sebelum tidur malam kita maafkan semua orang dulu.

17- Bina hubungan baik dan positif dengan semua orang.

18- Buat perkara yang kita minat. Dari minat mana tau boleh tambah income kita ke nanti.

19- Berhenti merungut dan bagi alasan. Cari penyelesaian.

20- Elakkan berhutang. Jika ada hutang cuba selesaikan dengan segera.

21- Jaga aurat selalu.

22- Belajar dan belajar ilmu baru. Jangan kedekut nak keluarkan duit untuk belajar.

23- Kurangkan / elakkan membawang dan bergosip.

24- Bila ada idea baru terus tulis idea dalam buku/kertas.

25- Tinggalkan sikap suka bertangguh. Terus buat jika perkara itu penting.

26- Bantu lebih ramai wanita berjaya tahun 2020. Bantu dari segi kewangan dan taraf hidup. Ni antara impian Gee dalam bisnes Shaklee.

27- Tulis azam / target untuk tahun 2020 dan tempoh 5 tahun akan datang.

28- Bercuti bersama keluarga sambil eratkan hubungan silaturahim.

29- Belajar memasak dan tambah baik skill memasak.

30- Elakkan makanan proses, banyak bergula, bergaram. Mula amal konsep suku suku separuh. Lebihkan makan sayur dan buah.

31- Berhenti merokok. Bagi yang ada merokok cuba set matlamat berhenti merokok untuk tambah baik kesihatan diri.

32- Tidur awal sebelum jam 12 malam. Waktu malam ni badan tengah bekerja, risiko diabetes, naik nafsu makan, proses badan renew jadi lambat. So tidur awal untuk jaga kesihatan.

33. Buat self talk. Contoh tiap pagi cuba ucap ayat positif untuk diri sendiri. Misalnya, saya seorang yang hebat, saya rajin, saya tak mudah putus asa.

34. Tonton kisah-kisah inspirasi mereka yang dah berjaya. Mana tau dari situ boleh cetus dan tambah lagi semangat nak berjaya!

35. Maafkan semua orang yang pernah menyakiti, mengguris hati kita. Jangan bawa dendam, iri hati dan kecewa di tahun baru 2020. Tinggalkan! Sayangi diri kita๐Ÿ’š๐Ÿ’™


Selamat Tahun Baru 2020 Gee ucapkan. Moga tahun baru ini kita semua lebih berjaya, lebih kaya, lebih sihat, lebih gembira, lebih komited dan positif selalu.

Tinggalkan suka duka dan yang negatif di tahun 2019, transform diri jadi lebih hebat!




4 comments: