15 December 2019

Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki


Sama seperti wanita, lelaki juga turut sama perlukan vitamin untuk menjaga kesihatan mereka. Ada beberapa jenis vitamin yang sesuai untuk lelaki tapi kalini Gee fokus lebih kepada vitamin E untuk lelaki. 




Sama seperti vitamin C, badan kita juga tak boleh mengahsilkan sendiri vitamin E. Jadi kita boleh menambah supplemen atau makanan yang kaya vitamin E dalam rutin harian.


7 Kebaikan Vitamin E untuk lelaki

1- Mengekalkan jisim otot yang sihat

Semasa membuat latihan atau besenam, otot akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Jadi, Vitamin E akan bertugas membantu mengekalkan jisim otot dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkan oleh radikal bebas.


2- Kurangkan kesakitan otot selepas latihan dan senaman

Mengambil vitamin E selepas latihan dan bersenam juga boleh mengurangkan otot dari rasa sakit kerana ia dapat mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.


3- Kesihatan jantung dan salur darah

Sifat vitamin E yang tinggi antioksidan berupaya membantu menjaga kesihatan jantung dengan cara mencegah oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada dinding dalam saluran darah. Hasilnya, tiada plak atau halangan dalam saluran darah dan ini amat membantu peredaran darah yang lebih lancar.


4- Meningkatkan daya ketahanan sperma

Tahukah anda? Lebih daripada 90% penyebab kesuburan yang rendah dikalangan lelaki berlaku kerana sperma yang tidak berkualiti. Sperma yang sihat dihasilkan apabila terdapat hormon dan nutrien yang mencukupi termasuk vitamin E.


5- Menggalakkan penghasilan sperma yang normal

Sangat penting untuk mempunyai sperma dengan struktur yang normal, iaitu dengan kepala dan ekor yang kuat untuk meningkatkan peluang menyuburkan telur.


6- Meningkatkan pergerakan sperma 

Sperma mestilah aktif berenang dan bergerak ke arah telur. Jadi, sperma yang tinggi pergerakannya boleh meningkatkan lagi tahap kesuburan.


7- Merangsang penghasilan sperma yang sihat

Vitamin E juga membantu menghapuskan radikal bebas yang boleh menjejaskan kesihatan sperma.



Banyak juga kebaikan Vitamin E untuk orang lelaki. Lepas ini rajinlah makan makanan yang ada vitamin E atau amik supplemen tambahan Vitamin E.


Makanan ada vitamin E


Supplemen Vitamin E

  • 1 kapsul membekalkan 400iu vitamin E. Rekomen daily dose.
  • Mudah diambil setiap hari.
  • Sebotol untuk kegunaan dalam 4 bulan.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Bagus untuk kulit terutarama kulit berparut dan berlubang.
  • Bagus untuk jantung sebab Vitamin E ni mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku dari berlaku
  • Mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
  • Kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
  • Membantu dalam perhubungan suami isteri
  • Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
  • Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu



Baca juga >> 12 tips kesuburan untuk lelaki






Jika anda berminat nak dapat produk Shaklee ini boleh terus hubungi Gee untuk Gee bantu. Klik gambar untuk wasap Gee terus.





19 comments:

  1. ahahaha biasa perempuan je rajin ambik pil supplement. haa ni lelaki pun perlu tahuu.

    ReplyDelete
  2. Alamak..byk kelebihan utk sperma lelaki.hehe.

    Tp mmg pun selalunya org laki selalu terlepas pndg bab vitamin ni

    ReplyDelete
  3. Vitamin e memang elok pun. Tak kisah la untuk lelaki ke, perempuan ke. Memang elok sangat.

    ReplyDelete
  4. Wah. Abam-abam yang membaca nie mesti teruja nak membeli vitamin E nie. Ramai yang kurang mengambil peduli berkenaan suplemen dan kesan pada kesihatan diri.

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni lelaki ke perempuan ke kena bijak memilih untuk lebih sihat. Ambik vitamin utk kesihatan mmg bagus utk lelaki dna jugak perempuan . Biasa dgr pompuan jer kan duk ambik vitamin lelaki pon kena ambik jugak..banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  6. Vitamin E is good for the skin too! I know some men who jaga their skin very well hehe

    ReplyDelete
  7. Alamak... awat kita yang lelaki nie x beberapa alert pasal vitamin nie

    ReplyDelete
  8. Tu la, kebanyakkan vitamin yang diperlukan badan perlu di ambil dari sumber luar. Kadang kala dari makanan sahaja tidak mencukupi. Kaum lelaki kena alert jugalah utk supplemen ni ya.

    ReplyDelete
  9. Vitamin ni nak kena istoqamah makan kalau nak kesan yang baik. Selalu je terlupa makan.

    ReplyDelete
  10. Kita tak ada laki nak rekomen..hahaha. Tak apa..nanti kita suh anak bujang kita cuba..diarg ni payah sikit nak pekena suplemen..nanti kita belikan n suh dia makan

    ReplyDelete
  11. Banyak rupanya kebaikan vitamin e untuk lelaki. Baru saya tahu. Thanks for the info

    ReplyDelete
  12. Tak kira lelaki ke perempuan sama2 kena ambil berat tntg kesihatan diri. Nak2 umur nie da masuk 30 an.. Macam2 penyakit datang..solution nya, harusla ambil supplement tambahan untuk pastikan kesihatan kita terjaga..

    ReplyDelete
  13. Wah. Nampak mcm vitamin E khasiatnya mmg lebih kpd lelaki. Lagi2 yg kuat sukan ni

    ReplyDelete
  14. Jarang.lelaki amik suplemen kan. Tapi sebenarnya suplemen mmg bagus utk kesihatan badan

    ReplyDelete
  15. lelaki & perempuan wajib amik suplemen gini.
    moreover yg dah 40s. menjadi satu keperluan la kan.
    sihat.
    cantik.
    hensem.
    cergas.

    ReplyDelete
  16. Banyak jugak kebaikan vit e untuk lelaki rupanya. Baru Iza tau. Tapi laki ni mcm jarang2 nak makan vit. Orang pmpuan je biasanya rajin makan vit ni.

    ReplyDelete
  17. okay, lepas ni nak kena ambil tahu lebih pasal vitamin e. sebelum ni kurang sikit ilmu pasal ni.

    ReplyDelete
  18. Thanks for the tips! Memang penting nak ada extra boost for the body ni. Especially sometimes kita eat a lot without thinking about the ingredient macam saya ni XD

    ReplyDelete
  19. ohh baru tau kebaikan vitamin E ni...boleh nnti dikongsikan maklumat ni kepada rakan2 yang lain...thanks for sharing..

    ReplyDelete