31 January 2020

Benarkah Vitamin C Melindungi Dari CoronaVirus?


Bolehkah vitamin C membantu kita melindungi dari novel coronavirus 2019 ini? Bagaimana vitamin C ini membantu?



Jika tengok pada statistik terkini dari KKM, coronavirus ni makin meningkat angka dia. Malah meningkatkan lebih cepat dan lebih banyak dari masa wabak sars yang dulu.




Setakat harini, 31 Januari 2020, novel coronavirus ini masih belum dapat dikenalpasti lagi dan masih belum dapat dikategorikan dan difahami dengan sepenuhnya.

Virus ini boleh merebak sesama haiwan dan manusia. Ia juga boleh berlaku apabila kita berhampiran atau tersentuh dengan orang yang dijangkiti. Oleh sebab itu, kita semua dinasiti untuk berjaga-jaga dari awal.


Bagaimana mencegah dari dijangkiti virus?
  • Sering mencuci tangan dengan bersih.
  • Rajin minum air kosong dan kurangkan air manis bergula (boleh melehkan sistem imun badan).
  • Elakkan bersentuhan dengan mereka yang ada gejala seperti demam, sesak nafas, batuk dan selsema.
  • Jangan menyentuh terus haiwan liar, daging.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk.
  • Jangan atau elak dulu mengambi makanan dan minuman berasaskan haiwan mentah atau tidak dimasak seperti telur, susu daging dan sebagainya.

Satu lagi tingkatkan imuniti badan dengan mengambil Vitamin C untuk mencegah dari awal dan melindungi diri dari wabak coronaravirus.


Bagaimana vitamin C ini boleh membantu masa wabak corona virus tengan melanda?

Vitamin C membantu merangsang dan meningaktakan sistem imuniti badan kita. Bila sistem imun badan lebih kuat, tidak mudah untuk dijangkiti jangkitan luar seperti virus misalnya. Dan sekiranya ada dijangkiti virus, sistem pertahanan badan akan menghalang dan meminimumkan simptom-simptom apabila virus menyerang badan kita.


Berapa banyak dos Vitamin C diperlukan?

Merujuk kepada artikel yang terbaru ini, https://orthomolecular.activehosted.com/index.php?action=social&chash=9b8619251a19057cff70779273e95aa6.134&s=65f6b1ef68cc17950d38cff92a1ab905




Cadangan dos vitamin C adalah sebanyak 3000mg vitamin C. Banyak juga dos vitamin C ni kan? Tapi jangan risau sebab vitamin C ni sifatnya larut air dan badan kita juga tak boleh hasilkan sendiri vitamin C, so kita boleh ambil dari luar seperti buah dan supplemen.

Untuk supplemen vitamin C ni, kita boleh ambil secara berasingan. Tak perlu ambil sekaligus. Contohnya vitamin C Plus 500mg yang biasa Gee amik ni, Gee akan ambil selang 4-5 jam sekali. Jika 3000mg vitamin, Gee akan ambil 6 biji sehari dalam jarak masa 4-5 jam sekali ambil.

Selain vitamin C, artikel ini juga mencadangkan kita untuk mengambil;
  • Vitamin D3 - 200IU
  • Magneisum - 400mg
  • Zinc - 20mg
  • Selenium - 100mcg



Kesemua ini berupaya untuk mengukuhkan lagi sistem imuniti tubuh badan kita dan melindung dari novel coronavirus.

Selain dari mengambil vitamin / supplemen, jika anda ada gejala-gejala coronavirus, sebaiknya segera pergi ke hospital.


Vitamin C jenama apa yang bagus?

Macam Gee sendiri, Gee rekomen vitamin C brand Shaklee. Gee dah amalkan yang Vitamin C Plus (botol biru) sejak tahun 2015 lagi. Efek yang Gee dah rasa, jarang kena demam, selsema, batuk dan bersin juga dah ok. Jika dulu memang ada resdung tu sebab tiap pagi asyik bersin.

Setiap tablet vitamin C Plus ini membekalkan 500mg vitamin C dan setiap jam tubuh kita dapat vitamin C. Jika saranan 3000mg, kita boleh ambil sehingga 6 biji sehari, Jarakkan pengambilan tiap tablet vitamin C selang 4-5 jam.




Bagaiman dengan yang sukar ambil tablet? Tak bole nak telan vitamin C ni?

Jangan risau, anda boleh ambil vitamin C chewable (botol hijau). Yang vitamin C jenis ini boleh kunyah dan hisap macam gula-gula. Kanak-kanak juga boleh ambil sebab dos tiap tablet hanya 100mg. So bila-bila masa kita bolah amik. Lagi mudah kan?



Selain vitamin C, ada lagi supplemen lain yang membantu melidungi dari novel coronavirus.







Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;






Continue Reading

27 January 2020

Doa Pelindung Dari Wabak Penyakit, Corona Virus dan Virus Influenza


Haritu kecoh Virus Influenza, kini corona virus pulak yang terbaru.

Statistik terkini 27 Jan 2020 dari KKM

Corona virus ni bermula dari satu tempat di Wuhan, China. Setakat harini kematian paling banyak di China. Negara lain belum ada lagi.

Tapi sebagai langkah berjaga-jaga kita semua tetap kena berhati-hati, menjaga kebersihan, elak tempat ramai orang, pakai mask jika keluar, makan makan yang tinggi antioksidan dan amik supplemen untuk kuatlan imuniti badan.

Satu lagi kita boleh berdoa. Bagi umat Islam, boleh amal doa untuk melindungi diri dari bala, penyakit dan corona virus & virus influenza ni.


Koleksi doa lindungi dari virus corona dan influenza.








Selain doa di atas, juga boleh amalkan zikir. Biasa zikir yang Gee buat setiap hari;
  • Ya Wakill - yang maha pemelihara
  • Ya Salam - lindungi dari penyakit

Boleh baca zikir ni 21 kali tiap kali lepas solat. Nak baca banyak kali juga boleh.

Macam musim corona virus & virus influenza ni kita boleh baca selalu zikir ni. Jangan lupa juga buat solat hajat tiap malam ok.

Gee doakan moga kita semua dilindungi dari segala virus dan penyakit.





Continue Reading

25 January 2020

24 January 2020

Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Emirates Flight


Menjelang 2020 ni, Gee ada buat satu azam baru untuk bercuti ke luar negara termasuklah ke benua Eropah. Kenapa ke Eropah? Sebab idaman Gee dari kecil adalah melancong ke Eropah terutama sekali sebab nak rasa musim sejuk dan sajli kat sana.




Jadinya, Gee ada buat survey harga-harga bagi tiket flight ke Eropah. Rupanya ada banyak pilihan dia. Tapi Gee sangat mementingkan keselesaan sepanjang penerbangan, ada tiga pilihan terbaik dan menarik minat Gee iaitu Qatar Airways, Emirates Flight atau Etihad Airline. Bagi Gee ketiga-tiga airline ni dah cukup terbaik. Cuma adakah dia menepati citarasa poket kita ataupun tidak je lagi.

Setakat ni Gee banyak memantau harga untuk Emirates Flight sebabnya Gee nak rasa sendiri pengalaman naik airline ni. So Gee mula pantau harga Emirates Flight booking ni dari masa ke semasa melalui banyak sumber termasuk lah di laman web Traveloka. 

Bagus juga ada apps ni sebab banyak juga airline yang bekerjasama dengan traveloka ni bagi memenuhi kehendak pengguna yang suka melancong. Kalau korang nak cari flight pergi Bali pun ada. Boleh try klik flights to Bali online promo. Kot terkena dengan harga poket korang ke nanti kan.

Jadi lepas Gee dah survey, Gee memilih Emirates Flight sebab harga yang ditawarkan masih di dalam bajet. Walaupun dia tidak lah semegah Qatar, tapi Gee jumpa beberapa sebab lain kenapa Emirates menjadi pilihan utama Gee. So kalau korang nak tau, jom Gee bawak korang teroka Emirates ni bersama.


1. Flight Crew/Cabin Crew

Pelbagai usaha yang perlu dilakukan oleh Emirates untuk terus komited dalam memberikan servis dan layanan terbaik untuk penumpang-penumpangnya. Antara usahanya ialah menjaga kualiti layan terhadap penumpang melalui flight crew mereka. Sebab tu, kalau korang berpeluang naik Emirates, korang dapat layanan yang sangat mesra dari crew-crew mereka. Senyuman pun tak lepas dari bibir. Mesti dah lama dorang praktis agaknya kan? Ini lah punca kenapa Gee nak naik Emirates. 




2. Seat Luas dan Selesa

Antara faktor utama yang membuatkan Gee memilih Emirates ni adalah seatnya yang selesa dan agak luas. Disebabkan airline ni menggunakan pesawat besar, ia mampu menyediakan ruang tempat duduk yang menjaminkan keselesaan dan mengelakkan lenguh-lenguh badan. Suasana dalam cabin pun tenang dan aman damai. So nanti Gee tak perlu risau pun untuk menjalani penerbangan yang lama. Dapat seat best, tidur lena, kira ngam sangat dah tu. Bonus untuk Emirates juga, dia ada menyediakan plug untuk korang charga hp atau camera yang dah kehabisan bateri. Tinggal cucuk je. Jangan gaduh. Sorang satu.



3. Kualiti Makanan di Restoran Mahal

Dah menjadi salah satu tabiat Gee untuk makan semasa dalam penerbangan. Bukan apa, kadang-kadang tu makanan dalam kapal terbang ni lagi sedap dari makanan yang ada kat darat tu. Mungkin sebab feeling tengah terbang la kot. So, berdasarkan kajian yang Gee buat, ramai yang mengatakan menu untuk hidangan di Emirates ni lebih pelbagai dan sedap. Lengkap pula dari segi pencuci mulut, pembuka selera dan main dish. Yang ni Gee akan pastikan nanti Gee order beberapa jenis. Maklum la. Perjalanankan panjang kan.





4. Tv Satelit

Bagi menjaga kualiti penerbangan dorang, Emirates tidak terlepas pandang dari segi hiburan untuk tetamu penerbangan mereka. Mereka tahu perjalanan yang panjang pasti akan membuatkan seseorang untuk cepat bosan jika tiada apa-apa aktiviti untuk dilakukan. Jadi, Emirates ada menyediakan satu skrin tv bagi setiap penumpang untuk menonton pelbagai genre filem yang diminati. Okay, yang ni Gee paling teruja. Emirates ni ada sediakan camera yang boleh buat korang melihat keadaan di luar kapal terbang menerusi tv yang disediakan. So kalau korang tak dapat duduk kat tingkap pun, still dpaat tengok keadaan kat luar. Kalau korang ada bawak anak kecik ke nanti, mereka ada sediakan beberapa aktiviti menarik untuk anak-anak korang seperti buku berwarna dan goodies. 





5. Kemudahan Wi-Fi dalam Flight
Semua benda sekarang ni nak kena through online. Kadang sign pun boleh online, meeting pun boleh online. Kalau yang kaki social media tu, memang tak boleh berenggang dengan Instagram, haa boleh la naik Emirates ni, dapatkan kemudahan internet sepajang penerbangan. Tapi untuk kadar rendah je la. Kalau korang nak lebih, boleh beli je masa dalam flight nanti.



Jadi, itulah sedikit sebanyak sebab kenapa Gee berminat dan pilih nak naik Emirates Airline. Gee yakin kualiti servis mereka sentiasa meningkat kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Yela. Ingat senang ke nak lawan Qatar Airline tu. Nanti, Gee nak cuba tengok review pasal Qatar Airline pulak. 

Doakan Gee dikurniakan dengan rezeki yang banyak okay. Semoga urusan korang juga dipermudahkan. Amin. Setakat ni je dulu. Jumpa lagi nanti okay. Assalamualaikum.


Continue Reading

22 January 2020

17 January 2020

16 January 2020

Vaksin Influenza Di Hospital Hanya untuk Pesakit Berisiko


Awal tahun 2020 ini kita dikejutkan dengan penularan virus influenza. Banyak juga sekolah ditutup. Bahkan orang ramai juga makin panik bila influenza ni datang dan secara tak langsung kebanyakan orang awam mula ingin mendapatkan vaksin influenza.



Untuk makluman orang ramai, menurut pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, vaksin influenza yang ada di hospital ini hanya akan diberikan kepada pesakit yang berisiko dan betul-betul memerlukan vaksin saja dan anggota kesihatan di barisan hadapan.



Bagaimana dengan orang awam yang tak dapat vaksin influenza ini pula? 

Vaksin ifluenza ini bertujuan untuk melindungi dari dari jangkitan virus influenza. Tapi suntikan vaksin influenza ini tidak berkesan terus sebaliknya ia mengambil masa paling kurang dalam 2 minggu untuk ia berkesan sepenuhnya.

Menurut Dr Norman,
  • Dalam tahun 2017-2018, kajian menunjukkan suntikan vaksin tidak berkesan sepenuhnya dan dianggap gagal. Kajian yang di hebahkan oleh CDC’s Morbidity & Mortality Weekly Report, telah mengikuti 562 orang kanak-kanak dan orang dewasa di USA daripada bulan November 2017 sehingga Februari 2018.
  • Kajian ini menunjukkan vaksin influenza hanyalah efektif untuk 36% daripada semua yang menerima suntikan vaksin tersebut iaitu ia hanya memberi perlindungan kepada 1/3 sahaja penerima suntikan vaksin.


Oleh itu,orang awam tak perlu panik. Langkah segera patut kita buat adalah lebih baik kita sendiri juga menjaga kesihatan dan kebersihan diri, tidak hanya bergantung kepada vaksin semata-mata.

Tindakan yang patut kita untuk mencegah influenza sekarang ialah:
  1. Jangan keluar dari rumah jika ada terkena sakit demam dan selsema.
  2. Jangan keluar rumah jika ada diantara keluarga menghidapi demam selsema.
  3. Apabila bersin atau batuk tutup mulut guna tangan atau sapu tangan. Elak bersin di depan orang lain.
  4. Gunakan sabun atau sanitizer untuk membersihkan tangan.
  5. Gunakan topeng muka apabila keluar rumah atau pergi ke tempat yang ramai orang.
  6. Elakkan pergi ke tempat awam tanpa tujuan / sebab terutama kanak-kanak, bayi dan warga emas kerena mereka lebih berisiko tinggi. 
  7. Ibu hamil juga elakkan pergi ke kawasan awam tanpa tujuan. 
  8. Kuatkan sistem imun badan dengan mengambil Vitamin C.
  9. Rajin minum air kosong setiap masa.
  10. Elak mengambil gula secara berlebihan kerana ia boleh membunuh dan menganggu  bakteria baik probiotik dalam usus besar kita (ia sangat penting untuk sistem imun badan kita).
  11. Dapatkan tidur yang cukup setiap malam.


Bagi orang awam yang nak juga mendapatkan vaksin influenza ini ada bolehlah mendapatkan di klinik atau hospital swasta.

Apapun juga, paling utama ialah kita menjaga kebersihan, elak keluar tempat awam dan mantapkan sistem imun badan agar badan kuat melawan virus influenza.






Continue Reading

13 January 2020

12 January 2020

Tercapai Hajat Makan Aiskrim Daim


Akhirnya hajat nak merasa ais krim Daim tercapai😍😃. Selalu tengok orang share je. Rasa dia sedap macam coklat Daim tu. Sedapp!


Macam ni rupa ais krim Daim tu. Bentuk kon.



Ni ais krim m&m's. Sedap jugak.



Ni ais krim kinder bueno. Pun sedap.



Snickers juga sedap.



Ni pun sedap. Kecik jer ais krim kinder ni.



Satu lagi icekimo. Perasa vanilla. Sedap juga




Mana gee beli ais krim coklat atas tu? Ni gee beli di Jaya Grocer Johor. Sebab kebetulan gee ada hal family so singgah sana terus beli.




Continue Reading

09 January 2020

Testimoni Cinch Tea Shaklee: Tak Mengantuk


Ada yang kerap rasa mengantuk? Pagi-pagi kat ofis dah rasa mengantuk? Tidur tak cukup? Biasa kita suka ambil air berkafein atau air tenaga untuk elak rasa mengantuk. Tapi kalini Gee rekomen amik teh pulak bagi kawal rasa mengantuk dan mata segar. Teh apa?

Cinch Tea Mix

Cinch Tea Shaklee

Teh ini hasil gabungan teh hijau, putih, merah dan taurina untuk meningkatkan tenaga dan kekal segar dan cergas setiap hari. Kita boleh ambil teh ini pada bila-bila masa, samada panas atau sejuk.


Manfaat Kebaikan Cinch Tea
  • Rendah kandungan kafein
  • Tinggi dengan antioksidan
  • Penggalak tenaga semulajadi
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Meningkatkan metabolisme supaya badan dapat membakar kalori lebih banyak
  • Mencegah kanser
  • Merendahkan kolesterol / tekanan darah
  • Baik untuk kesihatan jantung
  • Mengurangkan gula dalam darah (baik untuk elak Diabetes)
  • Baik untuk pencernaan (boleh membantu cirit-birit)

Testimoni  Cinch Tea Shaklee

Stay up malam-malam boleh minum cinch tea.



Rasa mengantuk siang atau masa kerja tu boleh minum cinch tea bagi segar mata.



Boleh juga bagi suami minum cinch tea bagi tak rasa mengantuk masa kerja.



Bagi suami minum cinch tea, suami jadi lebih cergas bekerja.



Mak-mak tak cukup tidur malam, siang ngantuk boleh minum cinch tea bagi segar badan cergas.



Tak mengantuk kat ofis lepas minum cinch tea.




Best kan minum cinch tea ni. Badan jadi segar dan cergas tak mengantuk. Bagi yang kerap mengantuk, badan cepat lesu bolehlah minum cinch tea ni. Cinch tea dalam bentuk paket kecik boleh di bawa ke mana-mana.





Berminat untuk mendapatkan produk / Promosi Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;





Continue Reading

08 January 2020

Apakah Virus Influenza, Tanda-tanda dan Cara Mencegah Influenza


Wabak virus influenza datang bermusim dan hanyalah selsema biasa bagi orang biasa tapi ia lebih berisiko kepada sesetengah golongan.




Apakah sebenarnya virus influenza?

Influenza adalah jangkitan virus yang boleh menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru.

Bagaimana virus Influenza ini merebak?

Ia boleh merebak melalui titisan saluran pernafasan pesakit terutama bila seseorang itu bersin atau batuk, telah tercemar dengan tangan pesakit atau permukaan yang ada di sekitarnya. Ada juga yang berjangkit melalui pernafasan (apabila berada dalam jarang kurang dari 1 meter dari pesakit)  atau bersentuhan dengan permukaan tercemar.


Tanda-tanda diserang atau mendapat virus Influenza:
  • Demam
  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit-sakit badan
  • Sukar bernafas

Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan virus influenza;
  • kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun 
  • ibu hamil
  • warga emas yang breumur 65 tahun dan ke atas
  • golongan obesiti
  • yang ada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah
  • yang ada sistem imun badan rendah terutama ada penyakit kronik seperti pesakit kanser, HIV, dan lain-lain.
  • yang sedang menjalani kimoterapi

Cara mencegah Influenza;
  • Kerap mencuci tangan. Boleh guna sabun dan air bersih.
  • Elakkan dari menyentuh mulut, hidung dan mata.
  • Kurang buat aktiviti di tempat awam atau sesak.
  • Segera mendapatkan rawatan jika ada terkena demam dan batuk.
  • Boleh guna penutup hidung jika berada di tempat awam.
  • Elakkan berkongsi barang peribadi seperti tuala, sapu tangan, dan lain-lain.
  • Rajin membersihkan meja dan lantai dengan cecair hidung dan mulut.
  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dan terus membuangnya.
  • Boleh dapatkan vaksin influenza jika ada ditawarkan.



Selain dari cara di atas, anda juga boleh mengambil supplemen untuk menguatkan sistem imun badan sebagai langkah pencegahan awal. Antara supplemen yang bagus untuk mengukuhkan sistem pertahanan badan ialah:




Supplemen untuk cegah/kurangkan influenza:

Vitamin C - Komponen penting dalam sistem pertahanan badan kita, vitamin C mampu menguatkan sistem pertahanan badan, membaiki demam dan selsema lebih cepat dari biasa. Untuk kanak-kanak boleh ambil Chewable vitamin C.

OmegaGuard - Mengandungi Omega 3 yang penting untuk mengukuhkan sistem imun badan melawan pathogen (punca serangan penyakit). Ia juga bagus untuk mencarikan kahak, melegakan batuk. Kanak-kanak boleh ambil juga, dapat bantu perkembangan otak dan mata.

Nutriferon - Menghasilkan interferon untuk melindungi dan mengukuhkan sistem imun badan dalam melawan penyakit. Saintis berjaya membuktikan Honeysuckle dalam Nutriferon boleh mengubati virus influenza. Ia bertindak seperti broadspectrum antivurus dan mampu melemahkan virus dalam badan. Juga baik untuk batuk, demam selsema dan radang paru-paru. Dalam bentuk serbuk sesuai untuk yang tak suka tablet.

Vivix - Tinggi khasiat polifenol dan resveratrol yang kaya dengan antioksidan sangat bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita dari jangkitan dan serangan penyakit. Jika tak boleh menelan vitamin C boleh amik Vivix sebagai alternatif.








Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;





Continue Reading

07 January 2020