Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Emirates Flight


Menjelang 2020 ni, Gee ada buat satu azam baru untuk bercuti ke luar negara termasuklah ke benua Eropah. Kenapa ke Eropah? Sebab idaman Gee dari kecil adalah melancong ke Eropah terutama sekali sebab nak rasa musim sejuk dan sajli kat sana.




Jadinya, Gee ada buat survey harga-harga bagi tiket flight ke Eropah. Rupanya ada banyak pilihan dia. Tapi Gee sangat mementingkan keselesaan sepanjang penerbangan, ada tiga pilihan terbaik dan menarik minat Gee iaitu Qatar Airways, Emirates Flight atau Etihad Airline. Bagi Gee ketiga-tiga airline ni dah cukup terbaik. Cuma adakah dia menepati citarasa poket kita ataupun tidak je lagi.

Setakat ni Gee banyak memantau harga untuk Emirates Flight sebabnya Gee nak rasa sendiri pengalaman naik airline ni. So Gee mula pantau harga Emirates Flight booking ni dari masa ke semasa melalui banyak sumber termasuk lah di laman web Traveloka. 

Bagus juga ada apps ni sebab banyak juga airline yang bekerjasama dengan traveloka ni bagi memenuhi kehendak pengguna yang suka melancong. Kalau korang nak cari flight pergi Bali pun ada. Boleh try klik flights to Bali online promo. Kot terkena dengan harga poket korang ke nanti kan.

Jadi lepas Gee dah survey, Gee memilih Emirates Flight sebab harga yang ditawarkan masih di dalam bajet. Walaupun dia tidak lah semegah Qatar, tapi Gee jumpa beberapa sebab lain kenapa Emirates menjadi pilihan utama Gee. So kalau korang nak tau, jom Gee bawak korang teroka Emirates ni bersama.


1. Flight Crew/Cabin Crew

Pelbagai usaha yang perlu dilakukan oleh Emirates untuk terus komited dalam memberikan servis dan layanan terbaik untuk penumpang-penumpangnya. Antara usahanya ialah menjaga kualiti layan terhadap penumpang melalui flight crew mereka. Sebab tu, kalau korang berpeluang naik Emirates, korang dapat layanan yang sangat mesra dari crew-crew mereka. Senyuman pun tak lepas dari bibir. Mesti dah lama dorang praktis agaknya kan? Ini lah punca kenapa Gee nak naik Emirates. 




2. Seat Luas dan Selesa

Antara faktor utama yang membuatkan Gee memilih Emirates ni adalah seatnya yang selesa dan agak luas. Disebabkan airline ni menggunakan pesawat besar, ia mampu menyediakan ruang tempat duduk yang menjaminkan keselesaan dan mengelakkan lenguh-lenguh badan. Suasana dalam cabin pun tenang dan aman damai. So nanti Gee tak perlu risau pun untuk menjalani penerbangan yang lama. Dapat seat best, tidur lena, kira ngam sangat dah tu. Bonus untuk Emirates juga, dia ada menyediakan plug untuk korang charga hp atau camera yang dah kehabisan bateri. Tinggal cucuk je. Jangan gaduh. Sorang satu.



3. Kualiti Makanan di Restoran Mahal

Dah menjadi salah satu tabiat Gee untuk makan semasa dalam penerbangan. Bukan apa, kadang-kadang tu makanan dalam kapal terbang ni lagi sedap dari makanan yang ada kat darat tu. Mungkin sebab feeling tengah terbang la kot. So, berdasarkan kajian yang Gee buat, ramai yang mengatakan menu untuk hidangan di Emirates ni lebih pelbagai dan sedap. Lengkap pula dari segi pencuci mulut, pembuka selera dan main dish. Yang ni Gee akan pastikan nanti Gee order beberapa jenis. Maklum la. Perjalanankan panjang kan.





4. Tv Satelit

Bagi menjaga kualiti penerbangan dorang, Emirates tidak terlepas pandang dari segi hiburan untuk tetamu penerbangan mereka. Mereka tahu perjalanan yang panjang pasti akan membuatkan seseorang untuk cepat bosan jika tiada apa-apa aktiviti untuk dilakukan. Jadi, Emirates ada menyediakan satu skrin tv bagi setiap penumpang untuk menonton pelbagai genre filem yang diminati. Okay, yang ni Gee paling teruja. Emirates ni ada sediakan camera yang boleh buat korang melihat keadaan di luar kapal terbang menerusi tv yang disediakan. So kalau korang tak dapat duduk kat tingkap pun, still dpaat tengok keadaan kat luar. Kalau korang ada bawak anak kecik ke nanti, mereka ada sediakan beberapa aktiviti menarik untuk anak-anak korang seperti buku berwarna dan goodies. 





5. Kemudahan Wi-Fi dalam Flight
Semua benda sekarang ni nak kena through online. Kadang sign pun boleh online, meeting pun boleh online. Kalau yang kaki social media tu, memang tak boleh berenggang dengan Instagram, haa boleh la naik Emirates ni, dapatkan kemudahan internet sepajang penerbangan. Tapi untuk kadar rendah je la. Kalau korang nak lebih, boleh beli je masa dalam flight nanti.



Jadi, itulah sedikit sebanyak sebab kenapa Gee berminat dan pilih nak naik Emirates Airline. Gee yakin kualiti servis mereka sentiasa meningkat kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Yela. Ingat senang ke nak lawan Qatar Airline tu. Nanti, Gee nak cuba tengok review pasal Qatar Airline pulak. 

Doakan Gee dikurniakan dengan rezeki yang banyak okay. Semoga urusan korang juga dipermudahkan. Amin. Setakat ni je dulu. Jumpa lagi nanti okay. Assalamualaikum.


Post a Comment

2 Comments