29 April 2020

21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew


21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew -  Posted on April 21, 2020 



1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”



Semuanya kita buat kerana Allah. Matlamat utama kita semuanya untuk mendapat redha dari Allah swt.



Continue Reading

26 April 2020

Cara Pulihkan Eczema dengan Selamat dan Berkesan


Eczema adalah apabila kulit menjadi gatal-gatal, kemerahan, radang, pecah dan kasar dan ada kalanya kulit melepuh dan luka-luka terutama bila digaru.




Eczema juga dikenali sebagai ‘atopic dermatitis’. Eczema jenis ini paling biasa berlaku. Atopic dikaitkan dengan masalah sistem imuniti tubuh atau allergy seperti alahan hidung, asthma dan resdung. Dermatitis pula bermaksud keradangan pada kulit.

Eczema boleh berlaku pada umur kanak-kanak dan akan hilang bila dewasa. Tetapi ada juga yang tidak pernah ada sejarah eczema bila kecil tetapi terkena eczema apabila dewasa. Dan eczema ini juga boleh berlaku disebabkan keturunan atau genetik. 

Eczema ini selalu menyerang pada bahagian siku, leher, lutut, pelipat tangan dan pipi. 


Simptom Eczema
  • Boleh bermula masa kanak-kanak lagi
  • Rasa gatal-gatal pada bahagian badan yang terlibat
  • Kulit yang kering
  • Kulit tebal
  • Jangkitan kuman pada bahagian kulit yang terlibat

Faktor penyebab eczema
  • Terkena jangkitan bakteria, virus dan kulat
  • Tekanan emosi atau perasaan, rasa stress
  • Badan berpeluh
  • Bahan yang boleh menyebabkan iritasi seperti sabun dan pencuci
  • Bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti kacang, susu, telur, ikan, soya, debunga
  • Gangguan sistem imuniti badan 


Langkah selamat untuk memulihkan eczema dari makin teruk berlaku


1. Elak makanan proses dan karbohidrat halus

Contohnya GULA pasir, makanan berasaskan tepung gandum (seperti kuih muih, biskut, kek) dan susu (dan produk tenusu), serta makanan berasaskan lemak trans seperti marjerin dan krimer.


2. Makanan asli

Sebaiknya untuk memulihkan eczema sangat penting untuk memilih makanan asli seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.


3. Kawal stress

Bila badan stress, karadangan dalam badan akan makin teruk dan kesannya eczema boleh jadi makin teruk dan sukar untuk dirawat. Jadi, elakkan stress dan kawal sebaiknya. 


4. Cukup tidur

Bila tidur tak cukup ia akan mengganggu sistem imun tubuh dan boleh meningkatkan keradangan dalam tubuh. Ini boleh menyebabkan ekzema bertambah teruk dan sukar di rawat. Oleh itu penting untuk dapat tidur yang cukup setiap malam dan tidur didalam keadaan yang selesa, gelap dan nyenyak.


5. Rajin bersenam

Eczema dapat dikawal dengan bersenam kerana ia boleh meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan keradangan dalam badan. Contoh senaman yoga, berenang, berbasikal, berkebun, dan sebagainya ikut minat kita.


6. Supplemen

Supplemen atau makanan tambahan juga penting dalam membantu proses pemulihan eczema. Antara cadangan supplemen yang boleh diambil untuk mengurangkan dan memulihkan eczema dari makin teruk berlaku.


Cadangan Shaklee untuk Eczema

Vitamin C


Penting untuk menguatkan sistem imun badan. Bila imun badan kuat dapat melawan sebarang jangkitan penyakit termasuk eczema.


Nutriferon



Juga penting untuk diambil mereka yang ada sistem imun badan yang lemah. Dalam bentuk serbuk boleh diambil bagi yang sukar menelan tablet seperti Vitamin C.


Alfalfa Complex



Raja segala tumbuhan dan ia ada mengandungi klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.


Omega Guard

Mempunyai asid lemak Omega 3 yang bersifat anti-radang yang dapat mengawal masalah keradangan kulit, menghaluskan kulit dan memantapkan lagi sistem imuniti kulit terhadap sebarang jangkitan.


Meal Shakes / ESP


Tinggi dengan protein yang baik untuk baik pulih luka dan menggantikan sel rosak dengan sel baru yang lebih sihat. Bila sel badan sihat ia secara tak langsung dapat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan sekaligus dapat memulihkan luka eczema dengan lebih cepat.

Untuk anak-anak boleh ambil protein Meal Shakes. Ada mengandungi multivitamin penting untuk kanak-kanak sekiranya mereka jenis sukar mengambil tablet.


Vitamin E

Jika kulit kering bersisik dan berparut, anda boleh mengambil vitamin E untuk baiki kulit rosak sebab eczema. Boleh di makan dan di sapu pada kulit yang berparut. 


Herbal Blend 

Krim sapu luar yang bebas Paraben. Selamat untuk kulit. Boleh di sapu terus pada kulit. Krim ini juga bagus untuk melegakan kulit gatal dan kering akibat eczema. Elak guna jika eczema ada berair.



Apa kata pengguna Set Eczema Shaklee?










Jom dapatkan produk Shaklee pada harga promosi sekarang! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.





Continue Reading

23 April 2020

Selamat Berpuasa 2020


Assalamualaikum semua.

Gee nak ucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam seluruh dunia. Moga segala amalan dan puasa kita tahun ini diterima dan diberkati Alah.



Puasa tahun ni tak dirancang Gee tersekat tak boleh balik rumah di Sarawak. Gee tersekat kat Johor di rumah pakcik. Haha

Apapun syukur alhamdulillah ada keluarga pakcik kat johor ni. Satu lagi ada lagi satu famili paksu juga terkandas tak boleh balik. kira meriahlah hehe. Takda lah gee sunyi.


Gee share skali niat puasa ramadhan dan dia berbuka puasa.




Selamat berpuasa semua😃🌻



Continue Reading

20 April 2020

Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP by zzzyy.blogspot.com 19/04/20 To 28/04/20





Syarat

1. follow blog aku, nak buat jadi bloglist korang pun takpa (😍😍😍 sgt dialu-alukan) tapi bukan paksaan.

2. buat satu entry tentang apa yang korang nak sangat buat bila PKP ni berakhir  (contoh, nak makan nasi ayam kat sini/sana, nak cuci mata kat mall, bak beriadah bersukan, nak balik kampung dan apa2 saja ya)

3. backlink entry korang kat entry ni k.

4. Tarikh segmen 19/04/2020 hingga 6.00am 28/04/2020


Jawapan yang ke 2 

Gee plan untuk pergi ke aeon mall atau mana-mana mall sebab nak shopping beli baju, seluar, kasut. Satu lagi makan kat mana-mana kedai makan luar. Hehe.



Nak join klik banner di atas :)



Continue Reading

19 April 2020

Kurangkan Gula untuk Usaha Lawan Coronavirus


Apakah Gula sebenarnya? 




Gula adalah karbohidrat ringkas yang memberi sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Ia boleh didapati dalam makanan yang ada karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi.

Gula juga ada dalam buah-buahan tapi ia dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.

Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .

(sumber: http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-gula/)


Rupanya banyak makanan yang ada gula. Sebab itu kita perlu berhati-hati.

Gula juga perlu dikurangkan pengambilan dalam makanan harian kita terutama waktu sekarang wabak coronavirus covid-19.


Apa sebab perlu kurangkan gula untuk melawan coronavirus??

Gula adalah makanan kepada kuman. Bila gula yang diambila secara berlebihan boleh merosakkan pencernaan, dan ia merupakan pusat imuniti badan. Imuniti badan perlu kuat untuk melawan virus.

Bila banyak makan makanan bergula, badan juga mudah untuk dapat masalah angin, badan jadi lemah dan sensitif.

Gula jika diambil berlebihan juga boleh menyebabkan sistem imun menjadi hyperaktif dan badan menjadi sensitif. Apabila imun terlalu aktif, kesannya kahak menjadi banyak dan paru-paru sempit.

Gula yang berlebihan berisiko untuk mendapat keradangan berterusan. Apabila radang berterusan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke seluruh badan. Darah ini yang membawa oksigen dan nutrien ke sel badan.

Badan menjadi lemah sebab tak cukup oksigen dan nutrien. Proses pemulihan badan menjadi lambat. Bila diseran virus badan tak kuat dan lebih sukar atau lambat nak pulih.


Oleh itu, kita perlu mengurangkan gula dalam makanan dan minuman kerana ia amat membantu pemulihan badan, mencegah pembiakan kuman dan meningkatkan daya tahan badan untuk melawan sebarang virus.






Continue Reading

18 April 2020

17 April 2020

15 Cara Aatasi Muntah dan Loya Semasa Hamil


Muntah dan loya semasa hamil kerap berlaku pada ibu yang sedang hamil Biasanya ia banyak berlaku di awal kehamilan.





Mabuk pada awal kehamilan juga dikenali sebagai morning sickness. Antara punca morning sickness ini berlaku kerana hormone hCG yang dirembeskan dalam kuantiti yang banyak pada peringkat awal kehamilan.

Apakah cara yang sesuai untuk mengurangkan morning sickness pada ibu yang sedang mengandung?


15 cara mengatasi muntah dan loya semasa hamil

1. Anda boleh makan craker ataupun makanan ringan kesukaan anda sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah.


2. Cuba makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari anda untuk memastikan perut anda tidak kosong dari mengisi asid mencetuskan loya.


3. Jangan lupa snek sebelum tidur anda! Ia merupakan salah satu cara mengatasi muntah.


4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado; protein; keju; susu; yogurt; mentega, kacang disapu di craker dan roti; pasta dan lain-lain.


5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya, ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dapat perut.


6. Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.


7. Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek dan lain-lain.


8. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.


9. Elakkan meminum sejumlah besar air atau minuman lain semasa makan.


10. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.


11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.


12. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah.


13. Anda boleh cuba menarik nafas yang panjang.


14. Tidur untuk mengelakkan keloyaan.


15. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan pil mencegah muntah sekiranya keloyaan anda teruk.





Atasi morning sickness dengan supplement

Supplement yang sesuai untuk masalah morning sickness ini ialah Peppermint Ginger Plus. 


Berwajah baru mula 2020

Peppermint Ginger Plus merupakan supplemen yang dihasilkan daripada kombinasi 4 herba yang sangat bagus untuk dalaman; DAUN PUDINA, HALIA, FENNAL (POKOK ADAS) dan CEKUR MANIS (ANISE).


Kebaikan Peppermint Ginger Plus kepada ibu hamil:
  • Membantu mengurangkan rasa loya, mual akibat morning sickness
  • Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus
  • Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
  • Membantu menghilangkan kembung perut
  • Melegakan kesakitan perut
  • Membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan

Peppermint Ginger Plus ini juga sesuai untuk:
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.


Satu lagi, ibu boleh juga mencuba vitamin C yang boleh dihisap dan kunyah. Rasa dia yang masam manis buah tu yang sedap bila rasa nak muntah. Jadi tak perlu cari asam, boleh ganti Chewable C yang lebih berkhasiat. Boleh dapat vitamin C sekali untuk ibu dan anak.

Vitamin C boleh hisap, kunyah sedap







Jom dapatkan produk Shaklee pada harga promosi sekarang! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.






Continue Reading

16 April 2020

Kebaikan dan Testimoni ESP Untuk Berpuasa


Tak lama lagi bulan puasa ramadhan bakal tiba. Mesti semua sedang ganti puasa lagi ni. Macam biasa untuk puasa Gee suka minum protein ESP. Biasa Gee suka minum masa sahur. Kenyang . Jarang lah nak makan lauk berat ni. Kadang minum ESP dan makan kurma dalam 2-3 biji.





Kenapa ramai suka ESP Shaklee masa puasa?


Boleg blend ESP dan kurma


ESP tinggi dengan protein jadi bila makan protein ni yang buat kita rasa kenyang lama.

ESP memiliki indeks glisemik rendah, hanya 37 saja. Bila indeks glisemik rendah, boleh mengekalkan tenaga lebih, rasa kenyang lebih lama, kawal paras gula dalam darah yang stabil dan juga membantu kurangkan berat (bagi yang fokus nak kurus).

Untuk yang ada gastrik juga sangat sesuai mengambil ESP. ESP kaya denga kacang soya yang bersifat alkali, jadi ia sangat membantu meneutralkan lebihan asid gastrik yang dirembeskan oleh kelenjar perut. Jika ada gastrik tapi nak berpuasa bolehlah minum ESP lepas ni.

Protein ESP juga sangat bagus untuk yang ada pedih ulu hati dengan cara menguatkan otot perut dan esofagus.

Yang penting ESP ini rendah lemak, tiada kolesterol, ada kalsium, ada 9 asid amino, dan vitamin B. Semuanya bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.


Bagi yang nak berpuasa dengan kelainan tahun ini bolehlah mencuba ESP. Gee dah 3 tahun rasanya minum ESP masa sahur ni. Dah tak sangat makan lauk berat pagi-pagi.



Testimoni ESP Shaklee untuk berpuasa














Hubungi Gee untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .





Continue Reading

15 April 2020

Petua Rambut Sihat, Hitam dan Tak Gugur


Rambut yang sihat, hitam dan lebat serta cantik adalah idaman tiap wanita. Begitu juga lelaki masa kini yang sudah mula mementingkan penjagaan rambut.




Macam-macam petua tradisional dan moden yang boleh dicuba. Kini rambut yang sihat, hitam dan lebat serta cantik bukan lagi sekadar impian.

Jom baca apa petua-petua tradisional yang anda boleh cuba.
Petua Pertama:

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.InshaAllah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.


Petua Kedua:

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur. InshaAllah.


Petua Ketiga:
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.


Petua Keempat:

Ambil minyak sayuran dan tuala bersih. Kemudian, panaskan minyak sayuran. Selepas itu lumurkan minyak tadi pada rambut. Oles rambut anda (pastikan minyak tidak terlalu panas semasa dilumur). Kemudia tekup rambut dengan tuala selama 20 minit dan bilas rambut dengan bersih. InshaaAllah, masalah rambut kering akan dapat diatasi dengan baik. Amalkan selalu untuk mengatasi masalah rambut kering.


Petua Kelima:

Campurkan air asam jawa dan santan, bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi baunya. Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas. Kemudian, basuh rambut dengan campuran bahan tadi. InshaaAllah rambut akan berbau harum malah boleh mengelakkan masalah rambut gugur.


Petua Keenam:
Ambil syampu dan kuning telur. Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur dalam semangkuk air suam. Kemudian, cuci/bilas rambut eperti biasa menggunakan campuran syampu dan kuning telur tadi. Amalkan dua kali seminggu. Jangan lupa untuk membilas rambut anda. InshaaAllah, masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.


Petua Ketujuh:

Ambil beberapa helai bunga melur atau bunga melati dan daun pandan perlulah dihiris halus /cincang atau pun ditumbuk sehingga hancur. Kemudiannya dicampur bersama minyak bijan. Sebatikan campuran ini dan kemudian disapukan pada keseluruhan bahagian kepala (rambut). Biarkan selama 20 minit sebelum rambut dicuci bersih. Amalkan dua atau tiga kali seminggu. Insyaallah ramabut akan lebih lebat.



Selain mengamalkan petua di atas, Gee ada cara moden dan lebih mudah lagi untuk jaga rambut kita sentiasa sihat tak rosak, rambut lebih lebat dan hitam bersinar.

Set Rambut Shaklee

1. Protein ESP 



ESP mengandungi protein dan ini sangat penting untuk rambut. Nak rambut sihat dan kuat serta tak mudah gugur kena rajin amik protien setiap hari. Paling senang minum protein ESP setiap hari. Sebab itu juga Gee selalu rekomen ibu yang lepas bersalin untuk meminum skali ESP untuk elak rambut gugur.


2. Multivitamin Vitaea



Dalam Vitalea ni ada semua 28 jenis vitamin dan mineral penting untuk badan kita. Ini termasuk zinc, vitamin C dan vitamin E yang sangat penting untuk rambut. Nak rambut sihat dan kuat tak mudah patah serta gugur rajinlah amik vitalea setiap hari.


3. B-Complex



Vitamin B juga penting untuk rambut sihat. Vitamin B-12, biotin, dan niacin dapat menguatkan rambut dan menjaga rambut agar kekal sihat.


4. Revitalizing Shampoo


  • Menyegarkan, melicinkan kutikel dan melebatkan rambut.
  • Membuang kotoran, minyak dan bahan cemar tanpa merosakkan kulit kepala.
  • Memberikan kekuatan, kilauan dan ketahanan pada rambut

5. Replenishing Conditioner


  • Menguat, melembut dan menambah kilauan.
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.


6. Nourishing Scalp Treatment



Mengandungi kepekatan tertinggi Scalp Health Complex, iaitu campuran unik 10 vitamin, mineral dan herba berkesan yang menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan berkilauan. Antioksidan vitamin A dan E, serta Koenzim Q10 melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas. Formula yang terbukti secara klinikal boleh digunakan setiap hari pada rambut basah atau kering.
  • Menyubur, menguat dan melebatkan rambut dengan mengurangkan keguguran semasa disikat.
  • Formula tanpa bilas, melegakan kulit kepala.
  • Melindungi keseimbangan lembapan-minyak sihat semula jadi.






Hubungi Gee untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .





Continue Reading

14 April 2020

20 Makanan Yang Membantu Mengurangkan Kolesterol


Apa yang kita makan setiap hari amat mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Lebih lagi ramai rakyat Malaysia sekarang didapati mempunyai masalah koelesterol tinggi tidak kira gemuk atau kurus. Faktor berat badan bukan penyumbang utama kepada masalah kolesterol ini. Gaya hidup dan tabiat pemakanan harian juga sangat mempengaruhi paras kolesterol seseorang.




20 jenis makanan yang dapat mengurangkan atau menurunkan paras kolesterol


1. Kacang soya yang diproses seperti protien soya yang kaya dengan protien, lecithin, kalsium dan mineral membantu memecah lemak dan mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).


2. Bubur gandum dan oat sangat baik untuk menurunkan kolesterol. Oat mengandungi serat larut (soluble fiber) yang boleh menurunkan kolesterol jahat (LDL). Soluble fiber boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun.


3. Walnut juga boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Kacang ini mengandungi banyak asid lemak tak tepu (polysaturated fatty acids) yang dapat membuat pembuluh darah tetap sihat dan elastik.


4. Kacang badam boleh menurunkan paras kolestrol dengan mengamalkan selama 4 minggu. Tapi jangan berlebihan jika diambil bersama makanan lain kerana ia boleh menggemukkan dan meningkatkan risiko serangan jantung.




5. Asid lemak omega-3 mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-3 adalah seperti ikan makarel, ikan herring, sardine, tuna albacore dan tuna. Sebaiknya ikan dipanggang atau dibakar di dalam oven untuk mengekalkan faedah omega 3 di dalamnya.


6. Minyak zaitun mengandungi campuran antioksidan yang berpotensi untuk menekan kolesterol tanpa mengganggu kadar kolesterol baik (HDL). Beberapa kajian menyarankan bahawa kesan minyak zaitun dalam penurunan kolesterol adalah lebih besar jika menggunakan minyak zaitun tulin yang tidak melalui proses pengolahan dan penambahan zat kimia kerana ia mengandungi lebih banyak antioksidan.


7. Tomato membantu menurunkan kolestrol jahat (LDL). Ambillah 2 gelas jus tomata setiap hari untuk kesihatan anda.


8. Buah delima yang bermanfaat mengurangkan penumpukan plak kolestrol dan meningkatkan produksi okdisa nitrat yang akan membantu memengurangkan plak pada arteri.


9. Anggur membantu meningkatkan kadar kolestrol baik. Untuk menjaga kadar kolestrol minumlah 2 gelas jus anggur yang asli setiap hari.



 
10. Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti mangga, betik, rambutan, strawberi, belimbing, kedondong dan kiwi berupaya mencegah kolestrol jahat (HDL).


11. Jambu batu yang diambil setiap hari dengan kadar yang betul (400 gram atau sebiji ) mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. ia juga bagus untuk menurunkan berat badan.


12. Kurma kaya dengan kandungan serat dan flavanoid. Ia berupaya menyingkirkan lebihan lemak LDL seterusnya mengurang risiko penyakit jantung.


13. Kismis mengandungi sebatian yang berupaya menurunkan kolestrol. Pengambilan 400 kalori kismis setiap hari menurunkan kadar kolsetrol dalam darah sebanyak 8%.


14. Bawang putih sangat baik untuk menurunkan kolestrol jahat (HDL).

15. Tauhu dan tempe juga sangat baik untuk menurunkan kolestrol jahat (HDL) dan juga kaya dengan sumber protien.



16. Teh hijau. Kajian di Jepun menunjukkan theanine pada teh hijau meningkatkan kolestrol baik dan memcegah kolestrol jahat.


17. Minyak kelapa semulajadi akan meningkatkan kolestrol baik (menurut Dr. Mary Enig MS dari Nutritional Sciences).


18. Blueberry mengandungi zat yang akan bertindak melawan kolestrol jahat (HDL). Pterostilbene di dalam blueberry membantu mengurangkan kadar kolestrol.


19. Yogurt dengan pribiotik membantu menurunkan kolestrol.


20. Kuaci kaya dengan zat besi yang secara tak lansung membantu mengurangkan kadar kolestrol. Pilih kuaci jenis tawar seperti biji labu dan bunga matahari.




Pendek kata, amalam dan tabiat harian samada dalam pemakanan atau aktiviti harian penting dalam memastikan tubuh sihat dan cergas sekaligus mengelak sebarang penyakit. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.



Baca juga >> Cara kawal kolesterol dengan selamat dan berkesan




Continue Reading

13 April 2020

Cara Kawal Kolesterol Secara Selamat dan Berkesan


Hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2011) menunjukkan satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Adakah anda salah seorang daripadanya yang ada masalah kolesterol tinggi ??




Apakah kolesterol ?

Kolesterol ialah komponen sterol yang penting dalam metabolisme dan penghasilan hormon. Ia bergerak sekali dengan aliran darah sebagai lipoprotien.

Kolesterol sebenarnya bermanfaat kepada tubuh badan kita.
  • Membantu dalam penghasilan cecair hempedu
  • Membantu metabolisme vitamin larut lemak
  • Menjadi penebat kepada jaringan saraf
  • Membina dan menjaga membran sel dengan mengelak pengkritalan hidrokarbon dalam membran
  • Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kartikosteron dan sebagainya.

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam darah 
  • Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Lazimnya ia dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’.
  • Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik’ dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.

Sebab itu penting untuk mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah. Paras kolesterol yang terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan risiko strok, jantung, penyempitan arteri dan darah tidak dapat mengalir dengan baik.










Kolestrol yang tidak dikawal juga akan membuatkan anda akan diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh. Ini menyebabkan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama-lama, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. Yang pasti itulah"SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya.


Cara mudah untuk mengawal paras kolesterol dengan berkesan
  • Elak mengambil gula putih dan apa-apa gula dalam makanan dan minuman seperti kordial, air bergas, coklat, makanan segera.
  • Elak makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi seperti nasi, roti putih, makanan berasaskan tepung gandum seperti kuih-muih.
  • elak makanan kaya dengan asid lemak trans (marjerin, krimer)
  • elak minum kopi secara berlebihan dan yang dicampur gula
  • Menurunkan berat badan pada paras ideal
  • Aktiviti fizikal – seperti bersenam, berjalan, turun naik tangga
  • Menjauhi rokok


Kenapa perlu elak gula bila ada kolesterol tinggi?

Menurut ahli sains, pengambilan gula yang tinggi akan menyebabkan peningkatan paras hormon insulin dalam darah. Hormon insulin yang tinggi akan meningkatkan aktiviti enzim HMG Coa Reductase yang menghasilkan kolesterol yang berlebihan. (info dari doktor Norman).


Makanan yang membantu turunkan kolesterol 
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Kekacang
  • Chia seeds dan flaxseeds
  • Minyak zaitun
  • Avocado
  • Teh hijau
  • Kunyit
  • Ubi kayu, keledek
  • Pisang kaki
  • Bawang putih
  • Bendi
  • Oat



Supplemen untuk kawal kolesterol

Di Shaklee, ada suplemen yang boleh membantu mencegah dan mengawal masalah kolesterol tinggi.




Omega Guard kaya dengan asid lemak omega 3 yang diperlukan badan termasuk EPA & DHA. Malangnya badan tidak mampu menghasilkan sendiri asid lemak perlu ini, sebab itu kita mengambil dari sumber makanan dan juga supplemen.

Antara manfaat Omega Guard adalah :
  • merendahkan kolesterol LDL
  • memelihara tekanan darah, paras trigliserida dan kolesterol yang normal
  • membersih saluran darah
  • memperbaiki kesihatan kardiovaskular
  • mengelak masalah darah beku dalam badan



    Phytocol-ST satu produk baru daripada Shaklee dan ia khusus untuk masalah kolesterol. Phytocol-ST mengandungi phytosterol yang mempunyai struktur sama seperti kolesterol. Phytosterol ini akan bersaing dan mengalahkan kolesterol daripada menyerap ke dalam usus.

    Semakin banyak phytosterol diambil, semakin kurang kolesrerol yang dapat diserap tubuh dan berpeluang tinggi untuk merendahkan paras kolesterol. Phytosterol ini terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian.



    Garlic Complex juga bagus untuk masalah kolesterol tinggi. Tahukah anda, 2 tablet Garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen dan juga bersamaan 2 ulas garlic segar !!

    Antara manfaat Garlic Complex ialah :
    • Menurunkan kolesterol LDL, trigliserida dan kelikatan darah
    • Meningkatkan HDL
    • Menghalang strok dan penyakit koronari
    • Mengekalkan tekanan darah dan paras kolesterol yang normal



      Selain itu, Lecithin juga berperanan penting dalam mengawal paras kolesterol. Lecithin digelar sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia melekat pada lelemak. Lecithin akan menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding mambran. Hakikatnya Lecithin sangat penting kepada tubuh etapi ia tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Dan yang bestnya Lecithin Shaklee adalah daripada soya non-GMO.. soya adalah sumber lecithin yang paling berkhasiat dan bebas kolestrol.

      Antara manfaat Lecithin ini adalah :
      • Bertindak sebagai pembersih salur darah
      • Memecahkan lemak dan kolesterol
      • Membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida dalam tubuh
      • Menggalak peredaran darah




        Vitamin E Complex adalah antioksidan yang kuat yang sangat bagus untuk menyokong kesihatan jantung selain untuk kulit sihat dan kesuburan lelaki.

        Antara manfaat Vitamin E Complex ini adalah :
        • Meningkatkan kolesterol HDL
        • Mengurangkan tekanan darah tinggi
        • Melindungi jantung, sel darah merah bagi mengelak pengasidan lipid




          Satu lagi vitamin yang penting ialah Vitamin C Plus. Vitamin C biasanya terkenal dalam kecantikan. Tapi vitamin C juga sebenarnya sangat bagus untuk menurunkan kolesterol LDL.

          Antara manfaat Vitamin C ini adalah :
          • Membantu dalam metabolisme kolesterol dalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids). Jadi ia dapat mengurangkan kendungan kolesterol dalam darah sekaligus mencegah batu karang dalam pundi hempedu.
          • Menambah kolesterol HDL.
          • Mencegah atherosclerosis – mendapan kolesterol pada dinding dalur darah.



            Di samping itu, Alfalfa Complex merupakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian. Ia mengandungi Vitamin A, C dan E serta asid lemak, kalsium, protien, potasium, fosforus, serat dan zat besi.

            Antara manfaat Alfalfa Complex ini adalah :
            • Mengawal paras kolesterol dalam badan.
            • Menyingkirkan lemak dan kolesterol . kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
            • Mengandungi seponin yang bertindak sebagai span yang akan menyerap dan menyingkirkan lemak lemak kolesterol yang telah terurai keluar dari badan.



            Dan produk Shaklee yang paling terbaik untuk kesihatan menyeluruh ialah Vivix Shaklee. Satu satunya supplemen shaklee dalam bentuk cecair yang mudah ditelan dengan rasa masam masam manis. Hanya 1 sudu sehari pelbagai manfaat dan kebaikan anda perolehi.

            Kandungan resveratrol dalam Vivix didapati dapat mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL, jumlah kolesterol dan risiko penyakit kardiovaskular.



            Testimoni Set Kolesterol Shaklee



















             Wahh banyaknya supplemen untuk kolesterol ni?? Jangan risau tak perlu ambil semua ok. 

            Hubungi Gee untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .





            Continue Reading