15 April 2020

Petua Rambut Sihat, Hitam dan Tak Gugur


Rambut yang sihat, hitam dan lebat serta cantik adalah idaman tiap wanita. Begitu juga lelaki masa kini yang sudah mula mementingkan penjagaan rambut.




Macam-macam petua tradisional dan moden yang boleh dicuba. Kini rambut yang sihat, hitam dan lebat serta cantik bukan lagi sekadar impian.

Jom baca apa petua-petua tradisional yang anda boleh cuba.
Petua Pertama:

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.InshaAllah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.


Petua Kedua:

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur. InshaAllah.


Petua Ketiga:
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.


Petua Keempat:

Ambil minyak sayuran dan tuala bersih. Kemudian, panaskan minyak sayuran. Selepas itu lumurkan minyak tadi pada rambut. Oles rambut anda (pastikan minyak tidak terlalu panas semasa dilumur). Kemudia tekup rambut dengan tuala selama 20 minit dan bilas rambut dengan bersih. InshaaAllah, masalah rambut kering akan dapat diatasi dengan baik. Amalkan selalu untuk mengatasi masalah rambut kering.


Petua Kelima:

Campurkan air asam jawa dan santan, bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi baunya. Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas. Kemudian, basuh rambut dengan campuran bahan tadi. InshaaAllah rambut akan berbau harum malah boleh mengelakkan masalah rambut gugur.


Petua Keenam:
Ambil syampu dan kuning telur. Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur dalam semangkuk air suam. Kemudian, cuci/bilas rambut eperti biasa menggunakan campuran syampu dan kuning telur tadi. Amalkan dua kali seminggu. Jangan lupa untuk membilas rambut anda. InshaaAllah, masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.


Petua Ketujuh:

Ambil beberapa helai bunga melur atau bunga melati dan daun pandan perlulah dihiris halus /cincang atau pun ditumbuk sehingga hancur. Kemudiannya dicampur bersama minyak bijan. Sebatikan campuran ini dan kemudian disapukan pada keseluruhan bahagian kepala (rambut). Biarkan selama 20 minit sebelum rambut dicuci bersih. Amalkan dua atau tiga kali seminggu. Insyaallah ramabut akan lebih lebat.



Selain mengamalkan petua di atas, Gee ada cara moden dan lebih mudah lagi untuk jaga rambut kita sentiasa sihat tak rosak, rambut lebih lebat dan hitam bersinar.

Set Rambut Shaklee

1. Protein ESP 



ESP mengandungi protein dan ini sangat penting untuk rambut. Nak rambut sihat dan kuat serta tak mudah gugur kena rajin amik protien setiap hari. Paling senang minum protein ESP setiap hari. Sebab itu juga Gee selalu rekomen ibu yang lepas bersalin untuk meminum skali ESP untuk elak rambut gugur.


2. Multivitamin Vitaea



Dalam Vitalea ni ada semua 28 jenis vitamin dan mineral penting untuk badan kita. Ini termasuk zinc, vitamin C dan vitamin E yang sangat penting untuk rambut. Nak rambut sihat dan kuat tak mudah patah serta gugur rajinlah amik vitalea setiap hari.


3. B-Complex



Vitamin B juga penting untuk rambut sihat. Vitamin B-12, biotin, dan niacin dapat menguatkan rambut dan menjaga rambut agar kekal sihat.


4. Revitalizing Shampoo


  • Menyegarkan, melicinkan kutikel dan melebatkan rambut.
  • Membuang kotoran, minyak dan bahan cemar tanpa merosakkan kulit kepala.
  • Memberikan kekuatan, kilauan dan ketahanan pada rambut

5. Replenishing Conditioner


  • Menguat, melembut dan menambah kilauan.
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.


6. Nourishing Scalp Treatment



Mengandungi kepekatan tertinggi Scalp Health Complex, iaitu campuran unik 10 vitamin, mineral dan herba berkesan yang menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan berkilauan. Antioksidan vitamin A dan E, serta Koenzim Q10 melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas. Formula yang terbukti secara klinikal boleh digunakan setiap hari pada rambut basah atau kering.
  • Menyubur, menguat dan melebatkan rambut dengan mengurangkan keguguran semasa disikat.
  • Formula tanpa bilas, melegakan kulit kepala.
  • Melindungi keseimbangan lembapan-minyak sihat semula jadi.






Hubungi Gee untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .





2 ulasan:

  1. Hai,jemput dengr lgu bru saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    BalasPadam
  2. Sy pon ada masalah gugur..pent dh mcm2 try

    BalasPadam