31 May 2020

Testimoni Herblax Shaklee Membantu Sembelit


Ramai juga ada masalah sembelit sebenarnya. Sembelit berlaki bila kita jarang membuang, atau dalam seminggu hanya 1-3 kali saja membuang.




Yang sebaiknya kita kena membuang setiap hari bagi tujuan membuang segala toksin keluar dari badan. Tapi malangnya ada yang mengahadapi kesukaran untuk membuang tiap hari sehingga berasa sakit dan meneran bila nak membuang kan?


Tips atasi sembelit
  • Kena rajin minum air kosong
  • Banyak makan sayur dan buah yang ada serat untuk bantu mudah lawas

Satu lagi cara mudah bagi Gee sendiri, boleh tambah ambil Herblax. Bagi mudah lawas, tak rasa sakit nak buang, tak amik masa lama dalam tandas sebab meneran nak buang. Senang. Lancar. Perut pun rasa lega.


Testimoni pengguna herblax Shaklee untuk sembelit dan mudah membuang




















Semua best kan?? Harga pasaran sebotol RM58 120 biji. Jimat sangat dan berbaloi.


Jom dapatkan produk Shaklee pada harga promosi sekarang! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.






Continue Reading

30 May 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam. Raya tahun ini ada kelainan dari sebelum ni memandangkan kita masih dalam fasa covid-19.

Raya tahun ini juga gee tak beraya kat rumah sendiri di Sarawak, gee beraya di Pontian Johor. PKPB tak boleh nak balik. Jika balik pun macam-macam hal nak urus dan flight pon terhad kan. So gee tangguh dulu balik sampai keadaan ok semua.



Ni family Gee di kampung dan bawah tu adik di KL



Dengan anak buah makcik gee di Johor

Sama anak buah gak

Sempat lah gak sarung baju raya haha


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA 




Continue Reading

28 May 2020

Kenapa Raya Ni Saya Suka Amik Alfalfa Shaklee?


Selamat Hari Raya buat semua!

Tak dan jalan jadilah bergambar Alfalfa baju baru dengan baju raya baru. Baju raya ni kurung moden kain cotton. Best sangat kain dia, tebal. Harga juga murah rm65 rasanya aritu beli.

Ok nak cerita sikit berkenaan Alfalfa Shaklee yang Gee amik ni.



Bila raya Gee memang tak miss amik yang satu ni, ALFALFA. Yang besar Gee amik. Gemuk jer kan. Ok Gee suka amik Alfalfa ni sebab bila raya kompom makan banyak. Dengan rendang, sate, kek kapis sarawak, biskut lagi tu.




Bila dah makan banyak kompomlah macam-macam masuk perut, masuk badan. Sebab tu Gee ready dengan Alfalfa ni untuk bantu badan detox buang toksin dan lemak skali.

Satu lagi Alfalfa ni juga boleh buang angin. Gee dah rasa bila makan banyak, terlebih amik yang manis, jadi pening kepala sebab banyak angin. Tak best langsung😨.

Sekarang dah tau dah, rasa banyak angin dan sakit kepala terus makan Alfalfa ni. Leganya. Korang jika rasa badan selalu berangin dan jenis kuat makan siap sedia Alfalfa tau.

Gee suka yang besar jimat dan banyak. Berbulan makan tu. Senang tak yah oder selalu hihi.


Alfalfa berbaju baru



Satu lagi Gee nak share terutama yang wanita ni kan, Gee rekomen korang amiklah Alfalfa ni nanti sebab banyak sangat manfaat untuk kita.

Kebaikan Alfalfa untuk wanita
  1. menghasilkan hormon estrogen yang mencukupi dalam tubuh
  2. memberikan kesan kewanitaan ketara
  3. tiada masalah vagina berbau
  4. bahagian intim semakin ketat
  5. menghilangkan masalah keputihan
  6. hubungan seks semakin membara
  7. buah dada dan punggung lebih anjal dan tegang
  8. membantu masalah kedinginan selepas bersalin
  9. membantu meningkatkan pelincir semulajadi wanita


Best kan untuk wanita?? yang tengah hamil jangan dulu amik, lepas pantang boleh ambil semula ok.

Nak dapatkan Alfalfa Shaklee boleh wasap gee segera k. 




Continue Reading

27 May 2020

Terbukti Berjaya Kurus Dengan Set Kurus Shaklee


Kalini Gee nak kongsikan testimoni yang dikongsikan sendiri oleh Puan Ainul dan suami beliau, Encik Joe Labu.


Beraya dengan lebih gembira bila dapat berat ideal dengan bantuan set kurus shaklee!


Menurut Puan Ainul, mereka konsisten mengambil
  • CINCH SHAKES
  • OMEGA GUARD
  • DTX COMPLEX
Tapi paling konsisten dan tak tinggal yang Cinch Shake tu. Kata puan Ainul. pernah try tak ambil cinch shake dan kesannya, berat slow sangat nak turun. Naik turun je.

Jadi, paling penting jangan tinggal cinch shake.

Nampak beza sangat kan yang suami dia tu. Yang penting konsisten dan semangat nak kurus.



Ok, Gee nak share apa kebaikan set kurus yang mereka berdua tu amik.


1. CINCH SHAKE MIX
  • Hadir dengan 3 jenis perisa sedap iaitu coklat, cafe latte dan vanilla.
  • Lengkap dengan karbohidrat, protien, fiber, vitamin dan mineral menjadikan ia sesuai untuk membantu anda menguruskan badan.
  • Diet yang tinggi protien sangat perlu untuk meningkatkan metabolisme tubuh.
  • Mengenyangkan sekaligus membantu menjaga nafsu makan.
  • Juga mengandungi Leucine yang membantu melindungi otot agar bebas lemak dan mengelak BERAT NAIK SEMULA !!



2. OMEGA GUARD
  • Membakar lemak degil dalam badan (termasuk turunkan kolesterol tinggi)
  • Meningkatkan hormon Leptin, hormon yang kawal selera makan (rasa kenyang kurang mengunyah)
  • Meningkatkan metabolisme badan, high metabolisme badan cekap lagi bakar kalori/lemak!




3. DTX COMPLEX

  • Menapis toksin dan menyingkir racun dalam badan.
  • DTX fokus untuk detox hati kerana hati adalah pusat pengumpulan dan proses toksin dalam badan kita (ramai terlepas yang ini bila nak detox dan kurus).
  • Menggalak kesihatan hati yang lebih sihat






Berminat nak dapatkan set kurus Shaklee boleh menghubungi Gee terus. Gee sedia membantu anda kurus dengan lebih sihat.




Continue Reading

26 May 2020

21 May 2020

20 May 2020

10 Fakta Penting Tentang Kanser Patut Kita Tahu!


Kanser ialah pertumbuhan tak normal sel-sel di dalam badan kita. 




10 fakta penting berkenaan kanser

1. Tahu tak? Setiap hari sebanyak 30% dari jumlah pesakit adalah pesakit kanser.

2. Kanser paling popular untuk wanita ialah kanser payudara dan kanser ovari. Manakala untuk orang lelaki pula ialah kanser kolon, kanser prostat dan kanser paru-paru.

3. Dalam dunia ini sebenarnya terdapat lebih daripada 200 lebih jenis penyakit kanser yang telah dikenal pasti.

4. Setiap manusia yang hidup ada sel kanser dalam tubuh kita sendiri, tapi perbezaannya sama sel kanser itu aktif atau tidak aktif sahaja.

5. Sel kanser ini satu hari akan menjadi aktif dan "multiply" atau membiak di dalam tubuh kita, dari satu sel menjadi pulohan sel, dan kemudian menjadi ribuan sel dan jutaan sel.

6. Apabila sel kanser ini membiak menjadi berjuta-juta sel banyaknya, akhirnya ia akan menjadi besar dan di namakan sebagai tumour atau lump.

7. Jika tubuh seseorang itu sihat dan antibodi badan atau darah putih dalam tubuh sesaorang itu kuat, maka antibodi itu akan berupaya  menyerang dan mematikan sel kanser. Alhamdulilah orang itu akan selamat dari penyakit kanser.

8. Sebaliknya jika antibodi dalam tubuh itu lemah disebabkan faktor stress, tak cukup rehat atau faktor pemakanan, dan lain-lain lagi maka antibodi itu tidak dapat melawan sel kanser dan sel kanser itu akan aktif membiak di dalam tubuh badan pesakit itu.

9. Kadangkala sel kanser boleh membiak selama bertahun-tahun di dalamm tubuh badan kita tanpa menunjukkan apa-apa simpton atau kesan dan tanpa disedari oleh pesakit. Akhirnya ia sampai ke tahap yang kritikal di mana simpton sakit-sakit kanser ini akan mula dirasai oleh pesakit.

10. Rawatan moden seperti kimoterapi atau radioterapi atau hormon terapi tidak boleh mematikan sel-sel kanser. Ia hanya boleh melemahkan atau "surpressed" sel-sel kanser itu. Yang akan mematikan sel-sel kanser ini ialah ANTI BODI / IMUN SISTEM / DAYA KETAHAN TUBUH di dalam tubuh pesakit kanser itu sendiri.



Jadi, sangat penting untuk kita sentiasa berusaha menguatkan dan memantapkan lagi sistem imun badan setiap hari. Bagi yang sudah ada kanser boleh usaha untuk kuatkan sistem imun badan tubuh untuk usaha melawan kanser dari terus aktif membiak.


Kesimpulannya, kia boleh nampak kaitan imun sistem atau daya ketahanan tubuh dan kanser.  Sel-sel kanser lebih mudah menyerang apabila antibodi badan kita LEMAH.

Betapa PENTINGNYA imun sistem kita ini sehinggakan sekiranya ia LEMAH atau TIDAK STABIL kita akan lebih MUDAH di serang pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser!




kredit info; Dr Azima



Continue Reading

19 May 2020

Dapat Hadiah Kurma Ajwa


Awal puasa haritu Gee dapat hadiah dari upline, kurma ajwa. Sedap lah ajwa kan. Alhamdulillah terima kasih buat Master Firdaus dan Master Iffah Anuar. Upline / mentor Gee dalam bisnes Shaklee ni.




Bukan Gee sorang je dapat tapi rakan shaklee yang lain dalam team Viktoria juga ada dapat sama. Seronok bershaklee ni. Ilmu dapat, hadiah dapat, upline baik-baik semua dan banyak membantu.







Continue Reading

16 May 2020

13 May 2020

Bolehkah Vitamin C Cegah Penyakit?


Bagaimana Vitamin C boleh membantu dalam mencegah penyakit? Ada banyak aspek kita boleh lihat kebaikan vitamin C ini. 





VITAMIN C SEBAGAI ANTI OKSIDAN DALAM MELAWAN JANGKITAN KUMAN

Kajian menunjukkan vitamin C akan meningkatkan sistem imuniti tubuh kita dengan mengawal stres oksidatif dan meningkatkan jangka hayat sel-sel imun tubuh kita dan mengurangkan kerosakan sel-sel tubuh akibat jangkitan kuman. Di sinilah kelebihan vitamin C dalam membantu tubuh kita melawan kesan jangkitan kuman seperti virus.

Kerosakan akibat serangan radikal bebas ini berlaku dalam paru-paru pesakit yang di jangkiti virus Covid 19 ini yang menyebabkan keadaan yang dipanggil ‘ribut sitokin’ (cytokine storm) yang akan menyebabkan kesan kegagalan fungsi paru-paru di panggil ARDS (Acute Respiratory Distress Syndrome). Di sini lah kenapa didapati pesakit kritikal dan serius di ICU akibat jangkitan kuman Covid 19 pulih selepas di berikan vitamin C dalam dos yang tinggi. Kajian telah dijalankan oleh doktor-doktor dan penyelidik di China dan laporan kejayaan merawat pesakit Covid 19 ini sedang di buat dengan penggunaan dos sehingga 10,000mg ke 20,000mg sehari.

Hasil rawatan dengan vitamin C ini telah memberikan kesan positif dan inilah bukti yang tidak boleh disangkal lagi kelebihan menggunakan vitamin C dalam dos tinggi ini. Yang menariknya, tiada apa-apa kesan sampingan merbahaya berlaku kepada pesakit yang mengambil rawatan ini dan tiada laporan kerosakan organ seperti buah pinggang yang terjadi.

Apa yang menariknya, kajian menunjukkan paras vitamin C dalam darah dan sel-sel darah putih akan turun dengan sangat cepat semasa seseorang mengalami jangkitan kuman ini. Oleh kerana itu, pengambilan suplemen vitamin C semasa mengalami jangkitan kuman adalah satu kaedah yang efektif untuk melawan jangkitan tersebut kerana ia membantu meningkatkan fungsi sistem imuniti tubuh kita. Kajian ini di laporkan dalam jurnal perubatan The Journal of Cellular Biochemistry pada tahun 2004



VITAMIN C MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN JANGKITAN KUMAN
Kajian menunjukkan vitamin C bukan hanya mempercepatkan proses penyembuhan daripada jangkitan kuman, ia juga mencegah jangkitan kuman tersebut jika di amalkan sebelumnya secara konsisten. Kajian demi kajian menunjukkan kesan positif vitamin C mengurangkan tempoh masa jangkitan kuman dan ia juga meningkatkan ketahanan tubuh melawan jangkitan kuman tersebut iaitu jangkitan bakteria dan virus.

Satu kajian yang dijalankan kepada tentera dan keluarga mereka yang duduk di dalam kem askar mendapati kadar penyakit jangkitan paru-paru atau pneumonia adalah 80 ke 100% lebih rendah di kalangan mereka yang mengambil vitamin C suplemen berbanding dengan mereka yang tidak mengambil suplemen vitamin C.



VITAMIN C MENCEGAH JANGKITAN KUMAN (VIRUS & BAKTERIA)

Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C mempercepatkan kesembuhan seseorang yang mendapat jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) di kalangan orang-orang muda. Pelajar-pelajar yang mengambil suplemen vitamin C 1000mg setiap 6 jam dan selepas itu 3 kali sehari menunjukkan pengurangan simptom demam, batuk dan selsema sehingga 85% berbanding dengan pesakit yang semata-mata mengambil ubat demam dan ubat selsema sahaja.

Kelebihan ini bukan hanya kepada orang-orang muda, tetapi juga kepada golongan warga emas berdasarkan kajian yang menunjukkan warga emas yang dimasukkan ke hospital kerana mendapat jangkitan kuman paru-paru (pneumonia) dan radang saluran pernafasan bronkus (bronkitis) menunjukkan pemulihan yang lebih cepat apabila diberikan suplemen vitamin C.

Kajian yang lain menunjukkan wanita yang diberikan rawatan kerana jangkitan faraj (vagina) akan sembuh dengan lebih cepat apabila di berikan vitamin C didalam farajnya dan didapati berlakunya pengurangan jumlah bakteria didalamnya. 

Vitamin C juga sangat membantu melawan jangkitan kuman bakteria sebagaimana yang telah di tunjukkan oleh satu kajian ke atas bakteria H. Pylori. Bakteria H.pylori ini telah di ketahui sebagai kuman yang menjangkiti perut seseorang yang mengakibatkan masalah radang gastrik, gastrik ulser dan boleh melarat menjadi kanser perut. Dalam satu kajian epidemiologi didapati pengambilan vitamin C dan vitamin E berkait rapat dengan penurunan 90% risiko mendapat kanser perut.

Kajian lain menambahkan lagi bukti yang menyokong bahawa jangkitan kuman H.pylori adalah faktor risiko utama untuk mendapat kanser perut yang sangat berkaitan dengan pengambilan vitamin C yang rendah berbanding dengan seseorang yang mengambil vitamin C dengan lebih tinggi. Teori yang di utarakan oleh saintis bahawa vitamin C mencegah kanser perut dengan melawan pembiakan kuman H.pylori dalam perut dan juga mencegah pelbagai komplikasi gastrointestinal yang lain .

Kajian yang lain juga menunjukkan vitamin C mungkin mempunyai kelebihan dalam melawan jangkitan virus HIV. Dalam satu kajian di makmal, paras vitamin C yang tinggi didapati bersifat toksik kepada sel-sel yang telah dijangkiti oleh kuman virus HIV, dan ini menyebabkan kemusnahan sel-sel ini dan menyelamatkan sel-sel imun yang tidak dijangkiti. Dalam satu lagi kajian di makmal yang mengkaji sel-sel imuniti manusia , didapati vitamin C membantu menghalang pembiakan virus HIV. Dalam kajian yang lain pula menunjukkan, pesakit yang telah dijangkiti virus HIV yang mempunyai masalah sistem imuniti yang rendah di berikan suplemen dos tinggi vitamin C dan anti oksidan N asetil sistin (N-Acetyl Cysteine; NAC) menunjukkan peningkatan fungsi imuniti tubuh mereka.

Vitamin C juga amat baik untuk melawan jangkitan virus herpes simplex. Jangkitan herpes ini adalah jangkitan yang melibatkan kawasan kulit di sekitar mulut, kemaluan dan membran mukosa. Kajian yang dilaporkan dalam jurnal perubatan Alternative Medicine Review : A Journal of Clinical Therapeutics pada tahun 2006 telah menunjukkan pengambilan rawatan secara nutrisi iaitu vitamin C akan membantu mempercepatkan pemulihan jangkitan herpes dan mencegah jangkitan semula. Disini jelas bukti tentang kelebihan vitamin C melawan masalah penyakit akibat jangkitan virus.



VITAMIN C DAN BUAH PINGGANG

Satu kajian menunjukkan pengambilan vitamin C akan membantu mengelakkan kerosakan buah pinggang. Masalah kerosakan buah pinggang selalu berlaku secara senyap-senyap dan tidak diketahui oleh pesakit. Selalunya mereka hanya mula menyedari kerosakan buah pinggang selepas ia telah menjadi teruk dan tidak boleh pulih semula. 

Kajian oleh saintis menunjukkan vitamin C boleh mencegah kerosakan buah pinggang yang berkaitan dengan kerosakan kepada saluran darah (glomerulosclerosis) kepada organ buah pinggang yang selalunya berlaku dikalangan pesakit diabetes.

Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Medical Hypothesis pada tahun 2006 yang mengkaji nutrisi seperti vitamin C, vitamin E, pyridoxamine, arginine dan asid folik yang boleh membantu mengawal masalah glomerulosclerosis ini. Hakikatnya 80% kerosakan ginjal sekarang berlaku kerana penyakit diabetes yang tidak dikawal dengan baik iaitu komplikasi penyakit diabetes yang dipanggil sebagai Diabetic Nephropathy.

Mengawal dan memulihkan diabetes di peringkat awal penyakit ini adalah kunci utama untuk mengelakkan komplikasi penyakit buah pinggang ini. Ia boleh dimulakan dengan berhenti mengambil gula dan makanan proses secara berlebihan dan mengambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan lemak sihat dalam pemakanan.



VITAMIN C DAN KANSER SURVIVAL

Kajian yang di terbitkan dalam jurnal perubatan The Canadian Medical Association Journal (CMAJ) pada tahun 2006 menunjukkan vitamin C dos tinggi boleh membantu meningkatkan kadar boleh hidup (survival) seseorang pesakit kanser. Pesakit kanser yang telah menjalani semua rawatan kanser (surgeri, kimoterapi dan radioterapi) yang diberikan di hospital tetapi penyakit mereka semakin teruk dan melarat sehingga mereka ini di labelkan sebagai pesakit terminal atau paliatif.

Kajian menunjukkan pesakit yang telah sampai ke tahap terminal paliatif ini mempunyai kadar hayat yang lebih lama apabila diberikan vitamin C dengan dos tinggi sehingga 18,000mg sehari secara oral atau suntikan intravenous (IV).

Kajian yang lebih mendalam dan lebih lama di perlukan untuk menjadikan ia sebagai satu rawatan standard. Tetapi sesuatu yang boleh kita simpulkan bahawa pesakit kanser yang telah di tahap akhir ini dan diberikan vitamin C dalam dos yang tinggi juga tidak dilaporkan menghadapi masalah kerosakan buah pinggang dan tidak juga mengalami komplikasi merbahaya semasa menajalani rawatan dengan vitamin C ini malahan kualiti hidup mereka bertambah baik.



VITAMIN C DAN KEKUATAN TULANG

Vitamin C juga penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang. Kajian menunjukkan vitamin C akan meningkatkan ketumpatan tulang. Saintis telah menemui kaitan di antara peningkatan pengambilan vitamin C dalam pemakanan seperti makan buah-buahan dengan peningkatan ketumpatan tulang di kalangan orang dewasa muda dan warga emas. Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2006 dengan kajian ‘cross sectional cohort’ .

Kesimpulan kajian ini adalah selari dengan satu kajian awal yang di lakukan oleh saintis di Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Clinical Calcium tahun 2005 yang memberikan saranan untuk seseorang mengambil secukupnya vitamin C setiap hari untuk mencegah masalah reput tulang atau osteoporosis di usia tua.



Kesimpulannya ada banyak kebaikan vitamin C dalam pelbagai masalah kesihatan. Kita boleh mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari untuk membantu kita mendapat kesihatan yang lebih baik dan membantu sistem imuniti kita untuk melawan jangkitan kuman yang melanda dalam masyarakat di seluruh dunia sekarang, Insyaallah.




Kredit kepada;

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MSc (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE







Rujukan:

1. Padayatty SJ, Riordan HD, Hewitt SM, Katz A, Hoffer LJ, Levine M. Intravenously administered vitamin C as cancer therapy: three cases. CMAJ. 2006 Mar 28;174(4):937-42.

2. McCarty MF. Adjuvant strategies for prevention of glomerulosclerosis. Med Hypotheses. 2006 Jul 5;

3. Shidfar F, Baghai N, Keshavarz A, Ameri A, Shidfar S. Comparison of plasma and leukocyte vitamin C status between asthmatic and healthy subjects. East Mediterr Health J. 2005 Jan-Mar;11(1-2):87-95.

4. Prynne CJ, Mishra GD, O’Connell MA, et al. Fruit and vegetable intake and bone mineral status: a cross sectional study in 5 age and sex cohorts. Am J Clin Nutr. 2006 Jun;83(6):1420-8.

5. Katsuyama H, Sunami S, Fukunaga M. Influence of nutrients intake on bone turnover markers. Clin Calcium. 2005 Sept;15(9):1529-34.

6. Gaby AR. Natural remedies for Herpes simplex. Altern Med Rev. 2006 Jun;11(2):93-101.

7. Korantzopoulos P, Kolettis TM, Galaris D, Goudevenos JA. The role of oxidative stress in the pathogenesis and perpetuation of atrial fibrillation. Int J Cardiol. 2006 Jun 7;

8. https://www.lifeextension.com/magazine/2006/10/report_vitaminc

9. Hemila H. Vitamin C supplementation and the common cold—was Linus Pauling right or wrong? Int J Vitam Nutr Res. 1997;67(5):329-35.

10. Davison G, Gleeson M. Influence of acute vitamin C and/or carbohydrate ingestion on hormonal, cytokine, and immune responses to prolonged exercise. Int J Sport Nutr Exerc Metab. 2005 Oct;15(5):465-79.

11. Yokoo S, Furumoto K, Hiyama E, Miwa N. Slow-down of age-dependent telomere shortening is executed in human skin keratinocytes by hormesis-like-effects of trace hydrogen peroxide or by anti-oxidative effects of pro-vitamin C in common concurrently with reduction of intracellular oxidative stress. J Cell Biochem. 2004 Oct 15;93(3):588-97.

12. Hemila H. Vitamin C supplementation and respiratory infections: a systematic review. Mil Med. 2004 Nov;169(11):920-5.

13. Gorton HC, Jarvis K. The effectiveness of vitamin C in preventing and relieving the symptoms of virus-induced respiratory infections. J Manipulative Physiol Ther. 1999 Oct;22(8):530-3.

14. Wintergerst ES, Maggini S, Hornig DH. Immune-enhancing role of vitamin C and zinc and effect on clinical conditions. Ann Nutr Metab. 2006;50(2):85-94.

15. Gorton HC, Jarvis K. The effectiveness of vitamin C in preventing and relieving the symptoms of virus-induced respiratory infections. J Manipulative Physiol Ther. 1999 Oct;22(8):530-3.

16. Hemila H, Douglas RM. Vitamin C and acute respiratory infections. Int J Tuberc Lung Dis. 1999 Sep;3(9):756-61.

17. Petersen EE, Magnani P. Efficacy and safety of vitamin C vaginal tablets in the treatment of non-specific vaginitis. A randomised, double blind, placebo-controlled study. Eur J Obstet Gynecol Reprod Biol. 2004 Nov 10;117(1):70-5.

18. Salgueiro J, Zubillaga M, Goldman C, et al. Review article: is there a link between micronutrient malnutrition and Helicobacter pylori infection? Aliment Pharmacol Ther. 2004 Nov 15;20(10):1029-34.

19. Kim HJ, Kim MK, Chang WK, et al. Effect of nutrient intake and Helicobacter pylori infection on gastric cancer in Korea: a case-control study. Nutr Cancer. 2005;52(2):138-46.

20. Kim DS, Lee MS, Kim YS, et al. Effect modification by vitamin C on the relation between gastric cancer and Helicobacter pylori. Eur J Epidemiol. 2005;20(1):67-71.

21. Rivas CI, Vera JC, Guaiquil VH, et al. Increased uptake and accumulation of vitamin C in human immunodeficiency virus 1-infected hematopoietic cell lines. J Biol Chem. 1997 Feb 28;272(9):5814-20.

22. Harakeh S, Jariwalla RJ. Comparative study of the anti-HIV activities of ascorbate and thiol-containing reducing agents in chronically HIV-infected cells. Am J Clin Nutr. 1991 Dec;54(6 Suppl):1231S-5S.

23. Muller F, Svardal AM, Nordoy I, et al. Virological and immunological effects of antioxidant treatment in patients with HIV infection. Eur J Clin Invest. 2000 Oct;30(10):905-14.





Continue Reading

12 May 2020

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan Yang Boleh Kita Buat


Tasking 10 Malam Terakhir😔

Bermula Selasa malam Rabu, 20 Ramadhan, 12/5/2020. Jom rancang dari awal.


Selepas solat Isyak, terus laksanakan ikut urutan di bawah:

1. Solat Sunat Ba'diyah Isyak 4 rakaat. Cara dan fadhilatnya lihat link ini👇( 1 rakaat bersamaan dengan 30,000 rakaat. 4 rakaat solat bersamaan dengan 120,000 rakaat)
https://youtu.be/OpyvSBKO2t0

2. Teraweh

3. Solat Taubat

4. Solat Tahajud (boleh dibuat awal jika risau tak sempat tahajud di sepertiga malam. Jika dah tahajud, dan terjaga lagi 3@4pagi, boleh buat tahajud lagi dan tak perlu witir. Tahajud di sepertiga malam lebih afdhal)

5. Solat Witir

6. Istighfar 100x (Allah akan kurniakan hujan, harta, anak pinak, kebun-kebun yang mengalir sungai-sungai. Tafsirannya adalah rezki yang mengalir tak putus-putus.

7. Selawat 100x ( 1x Selawat, Allah Selawat 10x bermaksud 10 rahmat diturunkan ke atasnya dan malaikat memohon keampunan untuknya sebanyak 10x, 100x = 1000x)

8. AlMulk 1x (Fadhilatnya terselamat dari siksa kubur)

9. AlWaqiah 1x (Tidak akan miskin selamanya)

10. Baca Quran dan Makna ( Pahala 1 huruf = 10 pahala. Baca Alif, Lam, Mim = 30 pahala)

11. Sedekah Duit/Infak/Wakaf ( Rezeki digandakan hingga 700 kali ganda)

Pilihan

a) Transfer ke akaun penerima seperti sedekah pada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, orang miskin, anak yatim atau sesiapa saja asalkan dibuat pada waktu malam.

b) Jika tiada akaun transfer, masukkan duit dalam sampul dan masukkan dalam peti surat penerima pada malam yang sama. Maklumkan padanya melalui wasap. Paling dekat sedekah untuk jiran tetangga atau anak-anak jiran serendah RM1. Tidak mengapa sedikit asalkan penuh ikhlas. RM1 x 30 Hari x fadilat 1000 bulan = Rm30,000). Ini jika Rm1. Jika RM10? Jika RM100?

c) Infak atau wakaf surau, masjid, pam air boleh Lihat link ini👇

https://serantaumuslim.onpay.my/

Serantau Muslim tidak ambil 1 sen pun keuntungan dari sedekah anda. Semuanya disalurkan 100%

12. Zikir

a) Subhanallah 100x (Ganjaran separuh timbangan)

b) Alhamdulillah 100x ( Ganjaran Seluruh Timbangan)

c) Allahu Akbar 100x (Ganjaran memenuhi langit dan bumi)

d) Laa ilaaha illallah (Wajib Syurga baginya)

e) Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil aziimi 100x ( Beratkan timbangan Mizan di akhirat dan 124,000 kebaikan akan dituliskan)

f) Laahaulawalaa Quwwata illa billahil aliyyil aziim 100x ( Seperti menanam tanaman di Syurga  untuk yang membacanya)

g) Laa ilaha illallah al malikul haqqul mubin 100x ( Rezeki mengalir deras)

h) Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntum minazzoolimin 100x ( Allah akan keluarkan kesusahan dari hidup kita)
i) Hasbunallah wanikmal waqeel, nikmal maula wanikmannasir 100x ( Pergantungan kepada Allah = Tawakkal = Allah akan berikan rezki yang tidak disangka-sangka)

13. Sedekah al fatihah
Untuk diri sendiri 1x
Untuk Suami/Isteri 1x
Untuk Ibu 1x
Untuk Ayah 1x
Untuk Seluruh Umat Islam sama Ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia 1x ( Bayangkan kita sedekah hanya bacaan alfatihah tetapi kepada jutaan penduduk Islam dunia selama 84tahun)

14. Ayat Qursi 3x ( Merupakan ayat Allah paling Agung dan syaitan tidak dapat menghampiri hingga pagi)

15. At Takatsur 10x ( Bacaan 1 surah seperti membaca 1000 ayat Al-Quran)

16. Al Ikhlas 39x
Niatkan setiap 10x utk bina Syurga mak, ayah dan diri sendiri dan setiap 3x untuk pahala seperti khatam al Quran buat mak, ayah dan diri sendiri
( 10x baca = Allah bina sebuah mahligai di Syurga)
(3x baca umpama khatam 1 Quran)

17. Zikir Ya Ghani, Ya Mughni, Ya Razzaq, Ya Fattah 100x

18. Baca Doa Khas Malam Lailatul Qadar

19. Doa apa saja yang dihajatkan

20. Dengar 1 majlis Ilmu (5-10 minit atau lebih) Majlis ilmu adalah taman Syurga walaupun didalam kaca tv atau youtube. Malaikat menghamparkan sayap bagi mereka yang menuntut ilmu hingga ke langit dunia. Jika ilmu itu diamalkan dan disebarkan akan menjadi pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia.

Bilangan zikir 100x hanya cadangan. Boleh buat setakat yang mampu. Jika dilebihkan lebih baik.

Pastikan di usahakan buat sebelum tidur setiap malam selama 10 malam terakhir ini. InshaaAllah tiada pilihan lain melainkan setiap amalan kita akan jatuh juga pada malam Lailatul Qadar.

Bayangkan jika kita selesai 20 tasking ni umpama kita melaksanakan 20 tasking ni selama 1000 bulan = 84 tahun tanpa henti. Sebarkan pada keluarga, jiran, saudara mara dan sahabat2 yang anda sayang. Semoga segala amalan mengalir untuk sesiapa yang menyebarkan kebaikan tanpa mengurangkan pahala orang yang melaksanakannya. Allahumma aameen ☺️




Continue Reading

11 May 2020

Produk Shaklee Tukar Wajah Baru Raya Tahun Ini


Tepat pulak produk Shaklee ni tukar packaging baru. Cun dekat raya pulak tu. Boleh tengok bawah ni beberapa gambar produk Shaklee berbaju baru.






Walaupun baju baru tapi kandungan masih sama lagi. Jangan risau✌.

Tapi packaging baru dia memang cantik kan?? Cun gitu. Ni selaras satu dunia Shaklee buat.


Berminat nak dapatkan produk Shaklee baru ni boleh hubungi Gee segera.




Continue Reading

07 May 2020

Tahun 2020 Tahun Mencabar, Norma Hidup Baru


Tahun 2020 adalah satu tahun yang mencabar dan sangat luar biasa. Jika dulu, kita semua fikir tahun 2020 adalah tahun era baru yang maju. Tetapi sebaliknya ia merupakan satu tahun sangat unik yang tak pernah kita lalui selama ini.

Tetapi hidup perlu diteruskan. Kita TIDAK mampu untuk berkurung di rumah untuk tempoh lama. Ekonomi perlu digerakkan, kehidupan sosial perlu di sambung termasuk untuk bekerja dan bersekolah.

Masyarakat juga perlu bersedia dan menerima hakikat bahawa pandemik Covid-19 akan terus berlegar untuk tempoh 2 tahun sekurangnya atau sehingga vaksin dan rawatan khusus di temui untuk memerangi covid-19 ini. 




Dalam tempoh ini, 3 amalan ini perlu kita jadikan rutin harian baru.

1. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tangan, iaitu kerap membasuh tangan dengan betul dengan air dan sabun, atau dengan hand sanitizer.

2. Menggunakan topeng muka atau mask bila keluar tempat awam.

3. Mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya menjaga jarak di antara kita satu meter daripada satu orang dengan orang yang lain.


3 Perkara ini pula perlu kita elakkan

● Elakkan berada di kawasan yang sesak atau ramai orang (crowded area)

● Elakkan berada di dalam kawasan yang tertutup (confine space)

● Elakkan bercakap pada jarak yang dekat (kurang dari satu meter) (close conversation)


Pesanan penting untuk bulan ramadhan dan syawal ini;

● Sebaiknya tidak balik ke kampung untuk menyambut sebarang keramaian atau untuk berhari raya.

● Sayangilah warga emas, mereka berisiko tinggi sekiranya terdedah kepada covid-19.

● Jangan mengadakan rumah terbuka ketika hari raya pada tahun ini

● Jangan keluar rumah sekiranya tiada keperluan.


Kita mesti jaga kita.
Kita mesti jaga keluarga kita.
Kita mesti jaga masyarakat kita,
Kita mesti jaga negara kita.
Kita lah barisan hadapan yang sebenar.



Kredit: AP Dr Farizah Bt Mohd Hairi, Dr Zaki Hilmi
Infografik oleh PHM



Continue Reading

03 May 2020

02 May 2020

Segmen Bloglist PKP 2020




Nyatakan pengalaman anda semasa PKP. Anda boleh menceritakan peristiwa menarik/tidak dijangka yang terjadi kepada diri anda.


Gee terkandas kat Johor tak boleh balik Sarawak. Nasib baik ada pakcik kat sini. Memang duduk situlah dah masuk fasa ke 4 PKP ni. 

Lepas tu, masuk group delivery makanan gelang patah. Dah macam orang sini dah. haha. siap oder makanan lagi macam-macam. 

Moga covid-19 ni cepat hilang dan pulih. Boleh kita balik tempat masing-masing.




Continue Reading

01 May 2020

Pencapaian Terbaik April 2020


TAHNIAH UNTUK APRIL 2020! 🎊

Setel dah closing April semalam. Jadi hari ini ada kesempatan untuk update senarai TOP SCORER untuk bulan April.

Tahniah semua buat VE team👏👏 (Victory Empire team ni nama group Shaklee gee).











Memang hebat semua lah diorang ni. Puasa dan pkp pun bisnes jalan. Even ada yang baru join bulan lepas dah pecut gear awal!

Ini total sales grup Gee untuk bulan April. Naik banyak banding Mac. Mac dalam RM 10K lebih.



Bulan may ni kita aim lagi besarrrr!!

Jom siapa lagi nak join team Victory Empire buat side income waktu musim PKP ni bolehlah roger gee k✌

Nak pakai duit banyak kan?

Kena bertindak sekarang, jangan tangguh tangguh lagi. Gee sedia membantu.



Gee @ Ziana Eunos
Shaklee Busines Leader
Shaklee Trusted Seller
Founder Victory Empire
013-5707812



Continue Reading