Bolehkah Vitamin C Cegah Penyakit?


Bagaimana Vitamin C boleh membantu dalam mencegah penyakit? Ada banyak aspek kita boleh lihat kebaikan vitamin C ini.

Vitamin C cegah penyakit



VITAMIN C SEBAGAI ANTI OKSIDAN DALAM MELAWAN JANGKITAN KUMAN

Kajian menunjukkan vitamin C akan meningkatkan sistem imuniti tubuh kita dengan mengawal stres oksidatif dan meningkatkan jangka hayat sel-sel imun tubuh kita dan mengurangkan kerosakan sel-sel tubuh akibat jangkitan kuman. Di sinilah kelebihan vitamin C dalam membantu tubuh kita melawan kesan jangkitan kuman seperti virus.

Kerosakan akibat serangan radikal bebas ini berlaku dalam paru-paru pesakit yang di jangkiti virus Covid 19 ini yang menyebabkan keadaan yang dipanggil ‘ribut sitokin’ (cytokine storm) yang akan menyebabkan kesan kegagalan fungsi paru-paru di panggil ARDS (Acute Respiratory Distress Syndrome). Di sini lah kenapa didapati pesakit kritikal dan serius di ICU akibat jangkitan kuman Covid 19 pulih selepas di berikan vitamin C dalam dos yang tinggi. Kajian telah dijalankan oleh doktor-doktor dan penyelidik di China dan laporan kejayaan merawat pesakit Covid 19 ini sedang di buat dengan penggunaan dos sehingga 10,000mg ke 20,000mg sehari.

Hasil rawatan dengan vitamin C ini telah memberikan kesan positif dan inilah bukti yang tidak boleh disangkal lagi kelebihan menggunakan vitamin C dalam dos tinggi ini. Yang menariknya, tiada apa-apa kesan sampingan merbahaya berlaku kepada pesakit yang mengambil rawatan ini dan tiada laporan kerosakan organ seperti buah pinggang yang terjadi.

Apa yang menariknya, kajian menunjukkan paras vitamin C dalam darah dan sel-sel darah putih akan turun dengan sangat cepat semasa seseorang mengalami jangkitan kuman ini. Oleh kerana itu, pengambilan suplemen vitamin C semasa mengalami jangkitan kuman adalah satu kaedah yang efektif untuk melawan jangkitan tersebut kerana ia membantu meningkatkan fungsi sistem imuniti tubuh kita. Kajian ini di laporkan dalam jurnal perubatan The Journal of Cellular Biochemistry pada tahun 2004



VITAMIN C MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN JANGKITAN KUMAN
Kajian menunjukkan vitamin C bukan hanya mempercepatkan proses penyembuhan daripada jangkitan kuman, ia juga mencegah jangkitan kuman tersebut jika di amalkan sebelumnya secara konsisten. Kajian demi kajian menunjukkan kesan positif vitamin C mengurangkan tempoh masa jangkitan kuman dan ia juga meningkatkan ketahanan tubuh melawan jangkitan kuman tersebut iaitu jangkitan bakteria dan virus.

Satu kajian yang dijalankan kepada tentera dan keluarga mereka yang duduk di dalam kem askar mendapati kadar penyakit jangkitan paru-paru atau pneumonia adalah 80 ke 100% lebih rendah di kalangan mereka yang mengambil vitamin C suplemen berbanding dengan mereka yang tidak mengambil suplemen vitamin C.



VITAMIN C MENCEGAH JANGKITAN KUMAN (VIRUS & BAKTERIA)

Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C mempercepatkan kesembuhan seseorang yang mendapat jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) di kalangan orang-orang muda. Pelajar-pelajar yang mengambil suplemen vitamin C 1000mg setiap 6 jam dan selepas itu 3 kali sehari menunjukkan pengurangan simptom demam, batuk dan selsema sehingga 85% berbanding dengan pesakit yang semata-mata mengambil ubat demam dan ubat selsema sahaja.

Kelebihan ini bukan hanya kepada orang-orang muda, tetapi juga kepada golongan warga emas berdasarkan kajian yang menunjukkan warga emas yang dimasukkan ke hospital kerana mendapat jangkitan kuman paru-paru (pneumonia) dan radang saluran pernafasan bronkus (bronkitis) menunjukkan pemulihan yang lebih cepat apabila diberikan suplemen vitamin C.

Kajian yang lain menunjukkan wanita yang diberikan rawatan kerana jangkitan faraj (vagina) akan sembuh dengan lebih cepat apabila di berikan vitamin C didalam farajnya dan didapati berlakunya pengurangan jumlah bakteria didalamnya. 

Vitamin C juga sangat membantu melawan jangkitan kuman bakteria sebagaimana yang telah di tunjukkan oleh satu kajian ke atas bakteria H. Pylori. Bakteria H.pylori ini telah di ketahui sebagai kuman yang menjangkiti perut seseorang yang mengakibatkan masalah radang gastrik, gastrik ulser dan boleh melarat menjadi kanser perut. Dalam satu kajian epidemiologi didapati pengambilan vitamin C dan vitamin E berkait rapat dengan penurunan 90% risiko mendapat kanser perut.

Kajian lain menambahkan lagi bukti yang menyokong bahawa jangkitan kuman H.pylori adalah faktor risiko utama untuk mendapat kanser perut yang sangat berkaitan dengan pengambilan vitamin C yang rendah berbanding dengan seseorang yang mengambil vitamin C dengan lebih tinggi. Teori yang di utarakan oleh saintis bahawa vitamin C mencegah kanser perut dengan melawan pembiakan kuman H.pylori dalam perut dan juga mencegah pelbagai komplikasi gastrointestinal yang lain .

Kajian yang lain juga menunjukkan vitamin C mungkin mempunyai kelebihan dalam melawan jangkitan virus HIV. Dalam satu kajian di makmal, paras vitamin C yang tinggi didapati bersifat toksik kepada sel-sel yang telah dijangkiti oleh kuman virus HIV, dan ini menyebabkan kemusnahan sel-sel ini dan menyelamatkan sel-sel imun yang tidak dijangkiti. Dalam satu lagi kajian di makmal yang mengkaji sel-sel imuniti manusia , didapati vitamin C membantu menghalang pembiakan virus HIV. Dalam kajian yang lain pula menunjukkan, pesakit yang telah dijangkiti virus HIV yang mempunyai masalah sistem imuniti yang rendah di berikan suplemen dos tinggi vitamin C dan anti oksidan N asetil sistin (N-Acetyl Cysteine; NAC) menunjukkan peningkatan fungsi imuniti tubuh mereka.

Vitamin C juga amat baik untuk melawan jangkitan virus herpes simplex. Jangkitan herpes ini adalah jangkitan yang melibatkan kawasan kulit di sekitar mulut, kemaluan dan membran mukosa. Kajian yang dilaporkan dalam jurnal perubatan Alternative Medicine Review : A Journal of Clinical Therapeutics pada tahun 2006 telah menunjukkan pengambilan rawatan secara nutrisi iaitu vitamin C akan membantu mempercepatkan pemulihan jangkitan herpes dan mencegah jangkitan semula. Disini jelas bukti tentang kelebihan vitamin C melawan masalah penyakit akibat jangkitan virus.



VITAMIN C DAN BUAH PINGGANG

Satu kajian menunjukkan pengambilan vitamin C akan membantu mengelakkan kerosakan buah pinggang. Masalah kerosakan buah pinggang selalu berlaku secara senyap-senyap dan tidak diketahui oleh pesakit. Selalunya mereka hanya mula menyedari kerosakan buah pinggang selepas ia telah menjadi teruk dan tidak boleh pulih semula. 

Kajian oleh saintis menunjukkan vitamin C boleh mencegah kerosakan buah pinggang yang berkaitan dengan kerosakan kepada saluran darah (glomerulosclerosis) kepada organ buah pinggang yang selalunya berlaku dikalangan pesakit diabetes.

Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Medical Hypothesis pada tahun 2006 yang mengkaji nutrisi seperti vitamin C, vitamin E, pyridoxamine, arginine dan asid folik yang boleh membantu mengawal masalah glomerulosclerosis ini. Hakikatnya 80% kerosakan ginjal sekarang berlaku kerana penyakit diabetes yang tidak dikawal dengan baik iaitu komplikasi penyakit diabetes yang dipanggil sebagai Diabetic Nephropathy.

Mengawal dan memulihkan diabetes di peringkat awal penyakit ini adalah kunci utama untuk mengelakkan komplikasi penyakit buah pinggang ini. Ia boleh dimulakan dengan berhenti mengambil gula dan makanan proses secara berlebihan dan mengambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan lemak sihat dalam pemakanan.



VITAMIN C DAN KANSER SURVIVAL

Kajian yang di terbitkan dalam jurnal perubatan The Canadian Medical Association Journal (CMAJ) pada tahun 2006 menunjukkan vitamin C dos tinggi boleh membantu meningkatkan kadar boleh hidup (survival) seseorang pesakit kanser. Pesakit kanser yang telah menjalani semua rawatan kanser (surgeri, kimoterapi dan radioterapi) yang diberikan di hospital tetapi penyakit mereka semakin teruk dan melarat sehingga mereka ini di labelkan sebagai pesakit terminal atau paliatif.

Kajian menunjukkan pesakit yang telah sampai ke tahap terminal paliatif ini mempunyai kadar hayat yang lebih lama apabila diberikan vitamin C dengan dos tinggi sehingga 18,000mg sehari secara oral atau suntikan intravenous (IV).

Kajian yang lebih mendalam dan lebih lama di perlukan untuk menjadikan ia sebagai satu rawatan standard. Tetapi sesuatu yang boleh kita simpulkan bahawa pesakit kanser yang telah di tahap akhir ini dan diberikan vitamin C dalam dos yang tinggi juga tidak dilaporkan menghadapi masalah kerosakan buah pinggang dan tidak juga mengalami komplikasi merbahaya semasa menajalani rawatan dengan vitamin C ini malahan kualiti hidup mereka bertambah baik.



VITAMIN C DAN KEKUATAN TULANG

Vitamin C juga penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang. Kajian menunjukkan vitamin C akan meningkatkan ketumpatan tulang. Saintis telah menemui kaitan di antara peningkatan pengambilan vitamin C dalam pemakanan seperti makan buah-buahan dengan peningkatan ketumpatan tulang di kalangan orang dewasa muda dan warga emas. Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2006 dengan kajian ‘cross sectional cohort’ .

Kesimpulan kajian ini adalah selari dengan satu kajian awal yang di lakukan oleh saintis di Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Clinical Calcium tahun 2005 yang memberikan saranan untuk seseorang mengambil secukupnya vitamin C setiap hari untuk mencegah masalah reput tulang atau osteoporosis di usia tua.



Kesimpulannya ada banyak kebaikan vitamin C dalam pelbagai masalah kesihatan. Kita boleh mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari untuk membantu kita mendapat kesihatan yang lebih baik dan membantu sistem imuniti kita untuk melawan jangkitan kuman yang melanda dalam masyarakat di seluruh dunia sekarang, Insyaallah.




Kredit kepada;

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MSc (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE







Rujukan:

1. Padayatty SJ, Riordan HD, Hewitt SM, Katz A, Hoffer LJ, Levine M. Intravenously administered vitamin C as cancer therapy: three cases. CMAJ. 2006 Mar 28;174(4):937-42.

2. McCarty MF. Adjuvant strategies for prevention of glomerulosclerosis. Med Hypotheses. 2006 Jul 5;

3. Shidfar F, Baghai N, Keshavarz A, Ameri A, Shidfar S. Comparison of plasma and leukocyte vitamin C status between asthmatic and healthy subjects. East Mediterr Health J. 2005 Jan-Mar;11(1-2):87-95.

4. Prynne CJ, Mishra GD, O’Connell MA, et al. Fruit and vegetable intake and bone mineral status: a cross sectional study in 5 age and sex cohorts. Am J Clin Nutr. 2006 Jun;83(6):1420-8.

5. Katsuyama H, Sunami S, Fukunaga M. Influence of nutrients intake on bone turnover markers. Clin Calcium. 2005 Sept;15(9):1529-34.

6. Gaby AR. Natural remedies for Herpes simplex. Altern Med Rev. 2006 Jun;11(2):93-101.

7. Korantzopoulos P, Kolettis TM, Galaris D, Goudevenos JA. The role of oxidative stress in the pathogenesis and perpetuation of atrial fibrillation. Int J Cardiol. 2006 Jun 7;

8. https://www.lifeextension.com/magazine/2006/10/report_vitaminc

9. Hemila H. Vitamin C supplementation and the common cold—was Linus Pauling right or wrong? Int J Vitam Nutr Res. 1997;67(5):329-35.

10. Davison G, Gleeson M. Influence of acute vitamin C and/or carbohydrate ingestion on hormonal, cytokine, and immune responses to prolonged exercise. Int J Sport Nutr Exerc Metab. 2005 Oct;15(5):465-79.

11. Yokoo S, Furumoto K, Hiyama E, Miwa N. Slow-down of age-dependent telomere shortening is executed in human skin keratinocytes by hormesis-like-effects of trace hydrogen peroxide or by anti-oxidative effects of pro-vitamin C in common concurrently with reduction of intracellular oxidative stress. J Cell Biochem. 2004 Oct 15;93(3):588-97.

12. Hemila H. Vitamin C supplementation and respiratory infections: a systematic review. Mil Med. 2004 Nov;169(11):920-5.

13. Gorton HC, Jarvis K. The effectiveness of vitamin C in preventing and relieving the symptoms of virus-induced respiratory infections. J Manipulative Physiol Ther. 1999 Oct;22(8):530-3.

14. Wintergerst ES, Maggini S, Hornig DH. Immune-enhancing role of vitamin C and zinc and effect on clinical conditions. Ann Nutr Metab. 2006;50(2):85-94.

15. Gorton HC, Jarvis K. The effectiveness of vitamin C in preventing and relieving the symptoms of virus-induced respiratory infections. J Manipulative Physiol Ther. 1999 Oct;22(8):530-3.

16. Hemila H, Douglas RM. Vitamin C and acute respiratory infections. Int J Tuberc Lung Dis. 1999 Sep;3(9):756-61.

17. Petersen EE, Magnani P. Efficacy and safety of vitamin C vaginal tablets in the treatment of non-specific vaginitis. A randomised, double blind, placebo-controlled study. Eur J Obstet Gynecol Reprod Biol. 2004 Nov 10;117(1):70-5.

18. Salgueiro J, Zubillaga M, Goldman C, et al. Review article: is there a link between micronutrient malnutrition and Helicobacter pylori infection? Aliment Pharmacol Ther. 2004 Nov 15;20(10):1029-34.

19. Kim HJ, Kim MK, Chang WK, et al. Effect of nutrient intake and Helicobacter pylori infection on gastric cancer in Korea: a case-control study. Nutr Cancer. 2005;52(2):138-46.

20. Kim DS, Lee MS, Kim YS, et al. Effect modification by vitamin C on the relation between gastric cancer and Helicobacter pylori. Eur J Epidemiol. 2005;20(1):67-71.

21. Rivas CI, Vera JC, Guaiquil VH, et al. Increased uptake and accumulation of vitamin C in human immunodeficiency virus 1-infected hematopoietic cell lines. J Biol Chem. 1997 Feb 28;272(9):5814-20.

22. Harakeh S, Jariwalla RJ. Comparative study of the anti-HIV activities of ascorbate and thiol-containing reducing agents in chronically HIV-infected cells. Am J Clin Nutr. 1991 Dec;54(6 Suppl):1231S-5S.

23. Muller F, Svardal AM, Nordoy I, et al. Virological and immunological effects of antioxidant treatment in patients with HIV infection. Eur J Clin Invest. 2000 Oct;30(10):905-14.





Post a Comment

6 Comments

  1. Pengambilan vitamin C amat perlu untuk kesihatan tubuh

    ReplyDelete
  2. banyak kebaikkan vitamin c ni. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bagus
    banyak fungsi Vitamin C nih

    ReplyDelete
  4. antara vit yang kena consume hari2..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ziana Eunos. Terima kasih atas perkongsian ilmu ni. Saya pun memang consume vitamin C.

    ReplyDelete