14 August 2020

Cara Selamat Atasi Vertigo


Vertigo ialah apabila seseorang merasakan keadaan di sekitar seakan berpusing, berputar, walaupun pada masa itu sebenarnya dia tak bergerak. Boleh jadi pesakit jadi hilang keseimbangan. Mesti ada antara anda yang mengalaminya kan? Jom kita ketahui lebih lanjut apa punca, simptom vertigo dan rawatan (kebiasaanya ramai suka mengambil Vivix untuk vertigo).




Apakah punca berlakunya Vertigo?

Sebanarnya ada jenis vertigo dan sebab ia berlaku.

Vertigo periferi
Melibatkan bahagian saraf yang menghantar maklumat daripada telinga ke otak ataupun masalah pada bahagian dalam telinga. Kebanyakan vertigo berlaku adalah disebabkan vertigo jenis ini.

Vertigo berpusat
Masalah pada bahagian otak di bahagian cerebellum yang bertugas mengawal keseimbangan badan.


Punca Vertigo berlaku
  • Migrain
  • Strok (angin ahmar)
  • Tumor di bahagian cerebellum
  • Multiple sclerosis
  • Kecederaan di bahagian leher dan kepala
  • Kesan dari ubatan (cuma jarang berlaku)


Simptom dan tanda Vertigo
  • Rasa diri dan ruang sekeliling berputar, berpusing-pusing
  • Penglihatan bertindih
  • Rasa sesak nafas
  • Sensitif kepada cahaya, bunyi
  • Loya dan muntah
  • Rasa tak stabil bila berjalan
  • Sakit kepala
  • Juga ada masalah untuk bercakap, menelan 


Jika ada tanda-tanda vertigo segerlah berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan.


Siapa yang berisiko mendapat Vertigo?
  • Pernah kena stroke
  • Ada masalah sistem saraf tidak sihat
  • Wanita lebih tinggi risiko vertigo berbanding lelaki
  • Mereka yang dah berumur



Tindakan apabila Vertigo menyerang

Jika diserang vertigo semasa berdiri hendaklah segera duduk. Jika sedang berjalan dan pening juga mesti segera duduk kerana ia boleh mencederakan diri pesakit.

Minta tolong pada orang terdekat masa vertigo menyerang. Tetapi ada yang tak mampu menahan serangan vertigo, maka segerlah mendapatkan rawatan.



Apa yang boleh kita nampak, Vertigo banyak berkaitan dengan fungsi sistem saraf. Pentingnya kita menjaga kesihatan saraf kita.


Supplemen sesuai untuk Vertigo 

1. Vivix 

Vivix antara pilihan terbaik dan berkesan untuk membantu masalah vertigo. Vivix tinggi antioksidan iaitu kaya dengan Resveratrol. Ia dapat membantu masalah dalaman seperti dalam telinga yang berlaku keradangan, jangkitan bakteria dan virus.

Vivix juga membantu menambah baik fungsi sel, saraf dan keseimbangan dalam badan kita. Ringkasnya vivix baik untuk fungsi kesihatan secara menyeluruh.


2. B-Complex

Vitamin B yang lengkap dengan semua 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan kita. Vitamin B6 penting untuk menjaga fungsi sistem saraf pusat, melancarkan peredaran darah. Ia juga dapat meredakan pening, sakit kepala, rasa loya disebabkan vertigo.


3. Ostematrix

Mengandungi mineral penting untuk membantu pesakit vertigo seperti kalsium, vitamin D, magnesium, zinc, boron, mangan dan kuprum. Mineral ini semua bagus untuk peredaran darah, kesihatan otot, membantu tidur lebih lena, dan meredakan masalah pening dan sakit badan.







Testimoni Vivix Shaklee untuk Vertigo











Jom dapatkan produk Shaklee sekarang untuk atasi Vertigo! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.









Rujukan;

1. http://www.myhealth.gov.my/fisioterapi-untuk-vertigo/

2. https://thediagnosa.com/vertigo-punca-simptom-rawatan/




10 comments:

  1. kdg2 bila tgh sujud lama2 tu rasa hanyut n nak pitam je. Tp rasanya ini disebabkan darah tinggi kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin pengaliran darah rasanya tu, ada history darah tinggi ke abam kie?

      Delete
  2. pernah jugak kena vertigo ni, mungkin sebab migrain kot. kalau serabut sangat kepala memang selalu vertigo. selalunya kai cuma tido je untuk hilangkan. thanks for the info!

    ReplyDelete
  3. risau kalau vertigo jadi, masa tu kita sorang2..huhu

    ReplyDelete
  4. Pernah kena juga vertigo ini. Maybe tak cukup rehat kot :)

    ReplyDelete
  5. pernah juga kena bila all out kerja..kena take rest lama skit baru ok..

    ReplyDelete
  6. ramai rupanya yang ada kena ya, moga semua sihat selalu.

    ReplyDelete