30 September 2020

HIDUP UNTUK BERI MANFAAT


Bangun pagi fikir apa lagi aku boleh buat arini? Apa manfaat aku boleh bagi kat orang?




Ada macam cara kita boleh buat. Antaranya yang Gee boleh rekomen;
  • Boleh bersedekah.
  • Boleh kongsi tips di fb.
  • Boleh kongsi ilmu yang kita ada pada ahli team.
  • Boleh bantu mak masak.
  • Boleh bantu kemas rumah.
  • Boleh bantu ajar adik-adik.
  • Boleh kutip sampah yang kita jumpa.
  • Boleh belanja kawan minum ke.

Banyak cara yang kita boleh buat. Yang penting niat kita untuk bantu orang dan sebarkan kebaikan kerana Allah swt.

Semoga semua hidup ceria dan sihat selalu. Hidup untuk beri manfaat, buat kebaikan dan bantu orang. 





Continue Reading

28 September 2020

23 September 2020

Hi Tea Viktoria Yang Pertama Kali di Double Tree Hilton Melaka


Pada 19 September 2020 lepas, buat pertama kali kami geng Viktoria dapat berjumpa dan berkumpul ramai-ramai. Tapi masih limit juga sebab PKPP ni kan. 

Gee memang suka sangat dan tak sabar nak join sebab ni pertama kali Gee join dan dapat jumpa semua orang. Satu lagi dah Gee ada kat Johor ni pergilah skali kan. Kalau Gee balik sarawak payah gak nak turun. 



Event Hi Tea Viktoria ni diadakan di Double Tree by Hilton Melaka, bermula jam 2 hingga 5 petang. 

Viktoria ni sebenarnya grup Shaklee di bawah naungan Master Iffah Anuar (MIA) dan Master Firdaus (MD). Dia gabungan beberapa orang master shaklee terpilih dalam s2ufamilies. Rasanya dah lebih setahun ditubuhkan. Sejak penubuhan memang banyak input dan kelas kami buat semua secara online. 

Ok ini gambar-gambar semasa majlis semalam.Meriah dan memang best sebab dapat jumpa semua depan-depan. Semua ramah-ramah dan mesra. 


Kami bergerak dari Johor, jumpa di hentian makan kejap sebelum pergi Hi Tea tu.


Bergambar dengan Kak Yong, salah seorang side line Gee dalam Shaklee ni tapi kita orang di bawah upline dan Master yang sama. 



Ni dengan Lyza, kami dua yang gerak satu kereta dan satu bilik sama share kat hotel semalam.





Dengan Kak Yati, Gee kenal on0 je tapi hari tu baru jumpa depan-depan. Hehe. best. peramah orangnya.



Dengan Kak Shida, orang yang Gee mula kenal dulu on9 jer tapi kita orang dah banyak kali jumpa. Sangat baik dan peramah orangnya, dah macam kakak Gee dah ni. Hihi.



Ni sebahagian dari team kami yang direct bawah Master Iffah Anuar (yang pakai purdah, jaket putih) dan suami dia Master Firdaus yang baju biru tepi sekali tu. Dorang ni yang sangat banyak membantu Gee dalam bisnes Shaklee ni. Dari Gee tak tau apa dulu sampai boleh bina team dan sales dalam RM 20, 000 sebulan. Alhamdulillah.



Yang best masa event ni ada air Vivix campur lemon dan Performance Drink Oren! Serius sedap. Ramai yang suka minum. Cepat je habis. Hahaha.



Apa yang Gee suka join aktiviti gini bukan merapatkan silaturahim, tapi dapat dengar sharing dan tambah ilmu juga. Gee pun ada skali bagi sharing, pertama kali tu cakap depan ramai orang dalam event macam. Memang neves gila. Haha. Tapi jadi pengalaman lah seronok kan..


Barisan Master-master Shaklee under S2uFamilies, yang tengan bercakap tu Master Iffah, yang tubuhkan grup s2ufamilies ni. Kira upline kami semua lah. Beliau yang buat event ni. 



Makanan ada banyak masa Hi Tea aritu tapi bila dah nebes nak share kat depan jadi tak selera makan. Lawak betul. Hahahaha.



Ok ni sebahagian dari aktiviti bisnes Shaklee yang kami buat. Jika buat betul dan suka buat memang best rasa. Konsep dia kita bantu orang sihat, tolong selesaikan masalah orang dan bantu yang nak berjaya juga. The more you share, the more you get. 

The real bisnes lah Shaklee ni, sebab dia boleh diwarisi oleh anak-anak kita. Dan paling seronok ramai dah yang guna pay slip shaklee untuk beli rumah ke, kereta ke atau apa saja. 

Siapa-siapa yang nak jad sebahagian dari team kami? Jom Gee alukan dan sedia bantu korang. Kita buat sama-sama, buat sampai berjaya. 




Boleh hubungi Gee di 013-5707812 atau klik wasap je. 




Continue Reading

17 September 2020

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM





SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Wajib follow blog Tiara Saphire dan TiaraNovella
2. Masukkan blog Tiara Saphire dan TiaraNovella ke dalam bloglist blog anda
3. Buat entry 'SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM'. copy banner dan backlink ke post ini.
4. Tinggalkan link entry di ruangan komen di bawah.


Segmen Tamat : 11.59 Malam | 30 September 2020






Continue Reading

16 September 2020

Bahaya Sinar UV Kepada Kulit


Apa itu Radiasi UV? Apa kesan UV kepada kulit?




Jenis Radiasi UV yang paling biasa kita dengar ialah cahaya matahari. Tahu tak bahawa matahari menghasilkan sinar UVA dan UVB.

Sinar UVA akan menembus masuk jauh ke dalam kulit anda, merosakkan dan memecahkan kolagen dan juga elastin. Sinar UVB pula boleh merosakkan lapisan atas kulit.


Kesan Buruk Sinar UV

Sinar UVA - kulit rosak akibat cahaya matahari, kesan tompok gelap dan tone tak sekata pada muka dan kulit muka dan sekitar mata cepat berkedut.




Sinar UVB - kulit mengalami suburn atau terbakar, kerosakan DNA pada sel kulit dan risiko untuk mendapat kanser kulit.






Jagalah kulit kita sebaiknya dari sinar UV matahari. Jangan biarkan ia terdedah. Kita mampu untuk menjaga dan melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB.



Perlukah guna krim pelindung UV?

Ya perlu menggunakan krim pelindung UV sebab setiap hari kita terdedah kepada sinar UVA dan UVB ini. Terutama yang kerja luar tiap hari, memandu setiap hari, duduk di tepi tingkap dan sebagainya.

Tahu tak? Kaca yang biasa digunakan rumah, pejabat. kereta direka untuk menghalang kebanyakan sinar UVB saja tapi bukan UVA ( yang banyak mempengaruhi penuaan pramatang). Oleh sebab itulah kita semua digalakkan untuk memakai krim pelindung UV supaya kulit mendapat perlindungan sepenuhnya.

Begitu juga dengan peralatan elektronik yang kita guna setiap hari. Cahaya biru atau Sinar Cahaya Biru Bertenaga Tinggi (HEV) adalah cahaya yang dikeluarkan skrin telefon bimbit, tablet dan komputer. Ia berupaya menembusi kulit dan menyebabkan foto penuaan, hiperpigmentasi, tompok usia dan melasma.





Itulah sebabnya kita perlu menggunakan krim pelindung UV setiap hari walaupun hanya berada di rumah dan tidak bekerja seperti yang lain.



Lindungi Kulit dengan Youth Age defense Moiaturizer - SPF 50

Ada banyak krim pelindung UV di pasaran tapi Gee nak perkenalkan yang Gee sendiri guna iaitu dari jenama YOUTH, Age defense Moiaturizer dengan SPF 50.



Age Defense Moisturizer SPF 50


Apa kelebihan dah keistimewaan krim pelindung UV Youth ini?

Boleh jadi moisturizer dan sunscreen skali. Senang 2 in 1 kombinasi, jadi tak perlu beli asing dah. Kaya dengan vitamin dan botani yang bagus untuk kulit. Kiranya kita sapu krim ni sambil-sambil kulit dapat khasiat dia sama. Juga bagus untuk membantu melembapkan dan menambah baik penampilan kulit secara menyeluruh.

Juga mampu melindungi kulit kita dari sinar UVA UVB sebab ada 'broad spectrum sunscreen'. Ni yang paling Gee suka sebab di pasaran mostly tak ada dua-dua fungsi ni bersama.


Bahan-bahan dalam Youth Age Defense Moisturizer 
  • Muscadine Grapes Extract ( bahan utama VIVIX) - menghalang kerosakan kolagen dan elastin.
  • Alga hijau (laminara) - melegakan, regenerasi, memberi oksigen kepada sel kulit.
  • Alteromonas (alga hijau) - penting untuk memperbaiki dan meremajakan kulit, bertindak sebagai penghalang untuk melindung kulit.
  • Kacang pis - memelihara protease daripada degenerasi protein kulit seperti kolagen dan elastin, kulit jadi lebih tegang dan anjal.
  • Vital Repair+ - melindungi kulit dari rosak dan meggalakkan tumbesaran sel kulit yang sihat.
  • SPF 50 - sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas bagi melidungi kulit dari sinar matahari.
  • Non-comedogenic, tak menyumbatkan liang pori.





Bahan-bahan dalam krim pelindung UV Youth ini semua best kan? Sebab tu Gee suka. Dah 2 tahun guna. Sangat serasi dan tak tukar lain lagi sekarang ni.






Berminat nak dapatkan krim pelindung UV ini, anda bolehlah terus menghubungi Gee di 013-5707182 atau klik gambar bawah ini untuk pautan whatsapp.






Continue Reading

15 September 2020

Features Baru Facebook Ada Avatar


Hari semua meriah facebook gara-gara muncul avatar hehe. Yang gee perasan jarang update pon banyak dah muncul kat wall FB. Memang meriah betullah FB dari petang ke malam ni.

Features dia pun menarik, cartoon avatar siap kita boleh edit dan pilih lagi nak macam mana. Memang cartoon betullah hehe. Gee pon amik peluang skali buat gak. Seronok kan. Sampai gelak-gelak tengok orang lain. Hehe.







Alang-alang dah femes avatar ni kan, Gee sajalah buat poster skali haha. edit gambar letak produk. Saja nak bagi meriah hehe. Comey pulak tengok kan. Hehe. Amik aura dia. 













Ok selamat berfacebook dan beravatar semua. Cara nak buat cartoon tu klik jer try it kat mana-mana kawan fb yang buat tu. Jika tak muncul kena update fb dululah gitu. Selamat mencuba!




Continue Reading

13 September 2020

09 September 2020

08 September 2020

Cara Kuatkan Imun Badan dengn Set Imun Shaklee


Apa itu sistem imun? Bagaimana Set Imun Shaklee membantu?

Sistem imun adalah sistem pertahanan atau kekebalan tubuh badan kita. Sitem imun penting untuk mengenalpasti, menghancurkan benda-benda asing atau sel abnormal yang akan menganggu fungsi  tubuh.

Sangat penting untuk kita mempunyai sistem imun badan yang kuat dan mantap untuk melindungi diri dari serangan kuman, benda asing dan virus terutama virus covid-19 yang sedang berlaku sekarang ini.


Cara Menguatkan Sistem Imun Badan

Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat penting untuk memantapkan sistem imun badan kita bagi melawan jangkitan.

Orang ramai disarankan untuk mengambil makanan yang banyak khasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein juga penting seperti ikan, telur dan ayam.

Ini kerana makanan sebegini mempunyai kandungan vitamin A, C, E dan D yang tinggi. Yang mana ia penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan bagi melawa sebarang jangkitan virus dan penyakit.

Bukan hanya menjaga makan, meminum air yang cukup juga penting. Jika badan kurang air boleh menyebabkan sel-sel badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik.


Set Imun Shaklee Membantu Menguatkan Imun Badan 

Langkah tambahan yang boleh kita ambil untuk memantapkan lagi sistem imun tubuh adalah dengan mengambil suplemen, Set Imun Shaklee.

Set Imun ini lengkap semuanya untuk meningkatkan sistem imun badan kita secara selamat dan berkesan.


Kebaikan Set Imun Badan Shaklee

Set Imun Badan untuk semua orang, Ada Nutriferon, Omega 3 dan Vitamin untuk kuatkan imun badan. Satu keluarga boleh mengambilnya setiap hari.



Set imun badan dengan gabungan protein ESP, Vitamin C dan Vitamin E. Set ini sesuai bagi yang nak menjaga kecantikan kulit dalam masa yang sama.



Bagi yang tak suka tablet boleh minum Vivix untuk kuatkan imun badan. Jika jenis tak nak banyak makan amik ResV. Keduanya power untuk imun badan dan kesihatan secara menyeluruh.



Set imun badan untuk kanak-kanak juga ada. Lengkap sekali dengan vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak-anak.





Itulah dia pilihan set untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badan kita seharian lagi-lagi sekarang masih ada lagi Covid-19 maka kita digalak mengambilnya setiap hari.

Bila imun badan kuat dapatlah mencegah atau mengelak dari kena lebih teruk bila terkena virus covid-19 ini. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri. Moga wabak covid-19 segera hilang!








Berminat nak dapatkan Set Imun Shaklee ini anda bolehlah terus menghubungi Gee di 013-5707182 atau klik gambar bawah ini untuk pautan whatsapp.








Continue Reading

04 September 2020

Cara Cepat dan Berkesan Hilangkan Gastrik dengan ESP


Kebaikan ESP Shaklee untuk gastrik. Bagaimana ESP boleh membantu mereka yang ada masalah gastrik?




Gastrik sering berkaitan dengan sakit pada bahagian perut atau pedih ulu hati.

Tanda-tanda penyakit gastrik yang biasa berlaku;
  • Selalu sakit di bahagian ulu hati
  • Kerap loya dan muntah
  • Kerap sendawa
  • Masalah perut kembung
  • Muntah darah
  • Najis berwarna hitam


Bagaimana ESP membantu? 
Kebaikan ESP Shaklee untuk sakit gastrik.




ESP adalah suplemen protein dari tumbuhan soya non-GMO. Seperti kita tahu, kacang soya sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkali dan ini dapat membanti meneutralkan keasidan di dalam perut yang dirembeskan oleh kelenjar perut.

ESP mengandungi protien yang berkualiti tinggi. Protien juga sangat penting dalam membantu membina dan membaikpulih sel-sel dan tisu baru pada dinding/lapisan perut.

ESP juga mengenyangkan dan ia boleh menjadi alas perut untuk mengelak perut kosong sekaligus dapat membantu mencegah gastrik menyerang. Jika kerap lambat makan atau makan tak tentu masa bolehlah minum ESP sebagai alas perut.

Malah, ESP juga memberi tenaga kepada tubuh agar badan tak berasa letih lesu. 


Bila-bila masa boleh minum ESP. Gee suka minum pagi, kadang malam bila
lapar malam ada gak minum untuk elak kontrol makan yang berat.




Testimoni ESP Shaklee untuk Gastrik









Promosi ESP! Beli 3 dapat Percuma ahli dan pos! Jom boleh share beli ramai-ramai!










Jom dapatkan produk Shaklee sekarang! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.









Continue Reading

02 September 2020

Pengalaman Hiking di Gunung Pulai Johor


Pada hari Jumaat yang lepas (28 Ogos), Gee pergi hiking dengan sepupu. Dah lama tak hiking ni. Last zaman study dulu. Dah lebih 4-5 tahun dah kot. Kalini tetiba nak pergi, satu sebabnya dekat je dengan rumah makcik gee kat Pontian ni.


Pagi gerak jam 645 pagi dengan sepupu. Kami 4 orang. Yang sorang dia bawak anak sorang.




Kat Gunung Pulai, dekat lah dengan rumah mak cik kat Pontian (kayu ara pasong ni).



Ni jalan masuk tu.



Pemandangan dari luar, belum masuk dalam lagi. Ada kedai makan dan rumah-rumah orang kampung sekitar.




Masa hiking tu tak sampai atas lagi sebab ada bawak budak kecik ni. So kita orang singgah sampai air terjun jelah.



Cantik juga tempat air terjun tu. Ramai je orang masa laluan naik ke atas gunung tu.





Ni laluan yang jalan biasa, ada jugak laluan hutan dalam tu.





Sampai 2000m lebih je masa tu. Ada budak kan dia tak larat.



Nampak pokok ni cantik pulak bentuk dia.





Ok tudia cerita hiking Gee ke Gunung Pulai.

Sedikit tips nak share, sebelum hiking Gee ada minum protein Shakes untuk bagi perut kenyang dan tenaga skali. Lepas tu makan 1 biji Vitamin C untuk imun badan.

Kemudian, lepas abis hiking balik rumah Gee minum lagi protein shakes lagi skali. Protein untuk bantu recover balik otot-otot lepas banyak berjalan.




Sebab dah lama tak hiking dan jalan jauh gitu memang terasa sakit kaki. Badan tu Gee tak rasa sanagat letih lah. Cuma kaki ada lenguh dan sakit kat belakang tu.

So bagi kurangkan rasa sakit dan nak recover otot kaki tu Gee pun ada makan suplemen kalsium, Ostematrix juga siang tu dan malam sebelum tidur. Alhamdulillah lah bangun pagi esok hari tu dah ada kurang rasa sakit. Badan pun segar senang bangun.


Kiranya, jika korang ada pergi hiking, buat aktiviti lasak atau cycling ker, nanti boleh amik macam Gee jugak untuk tenaga dan badan. Amik protein ESP atau Cinch Shake, kalsium Ostematrix dan Vitamin C untuk mantapkan imun badan ( ye lah ada covid lagi sekarang so imun badan kena mantap).

Macam ni yang Gee makan tu.

Ostematrix
Protein ESP
Vitamin C





Gambar selpie lepas abis hiking, berpeluh lagi tu hehe.



Cantik view dia. Masa ni jam dalam 9 lebih pagi. Ramai gak yang baru naik.





Ok sekian cerita hiking Gee, pengalaman yang best. Seronok pulak hiking ni hehe.





Continue Reading