16 September 2020

Bahaya Sinar UV Kepada Kulit


Apa itu Radiasi UV? Apa kesan UV kepada kulit?




Jenis Radiasi UV yang paling biasa kita dengar ialah cahaya matahari. Tahu tak bahawa matahari menghasilkan sinar UVA dan UVB.

Sinar UVA akan menembus masuk jauh ke dalam kulit anda, merosakkan dan memecahkan kolagen dan juga elastin. Sinar UVB pula boleh merosakkan lapisan atas kulit.


Kesan Buruk Sinar UV

Sinar UVA - kulit rosak akibat cahaya matahari, kesan tompok gelap dan tone tak sekata pada muka dan kulit muka dan sekitar mata cepat berkedut.




Sinar UVB - kulit mengalami suburn atau terbakar, kerosakan DNA pada sel kulit dan risiko untuk mendapat kanser kulit.






Jagalah kulit kita sebaiknya dari sinar UV matahari. Jangan biarkan ia terdedah. Kita mampu untuk menjaga dan melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB.



Perlukah guna krim pelindung UV?

Ya perlu menggunakan krim pelindung UV sebab setiap hari kita terdedah kepada sinar UVA dan UVB ini. Terutama yang kerja luar tiap hari, memandu setiap hari, duduk di tepi tingkap dan sebagainya.

Tahu tak? Kaca yang biasa digunakan rumah, pejabat. kereta direka untuk menghalang kebanyakan sinar UVB saja tapi bukan UVA ( yang banyak mempengaruhi penuaan pramatang). Oleh sebab itulah kita semua digalakkan untuk memakai krim pelindung UV supaya kulit mendapat perlindungan sepenuhnya.

Begitu juga dengan peralatan elektronik yang kita guna setiap hari. Cahaya biru atau Sinar Cahaya Biru Bertenaga Tinggi (HEV) adalah cahaya yang dikeluarkan skrin telefon bimbit, tablet dan komputer. Ia berupaya menembusi kulit dan menyebabkan foto penuaan, hiperpigmentasi, tompok usia dan melasma.





Itulah sebabnya kita perlu menggunakan krim pelindung UV setiap hari walaupun hanya berada di rumah dan tidak bekerja seperti yang lain.



Lindungi Kulit dengan Youth Age defense Moiaturizer - SPF 50

Ada banyak krim pelindung UV di pasaran tapi Gee nak perkenalkan yang Gee sendiri guna iaitu dari jenama YOUTH, Age defense Moiaturizer dengan SPF 50.



Age Defense Moisturizer SPF 50


Apa kelebihan dah keistimewaan krim pelindung UV Youth ini?

Boleh jadi moisturizer dan sunscreen skali. Senang 2 in 1 kombinasi, jadi tak perlu beli asing dah. Kaya dengan vitamin dan botani yang bagus untuk kulit. Kiranya kita sapu krim ni sambil-sambil kulit dapat khasiat dia sama. Juga bagus untuk membantu melembapkan dan menambah baik penampilan kulit secara menyeluruh.

Juga mampu melindungi kulit kita dari sinar UVA UVB sebab ada 'broad spectrum sunscreen'. Ni yang paling Gee suka sebab di pasaran mostly tak ada dua-dua fungsi ni bersama.


Bahan-bahan dalam Youth Age Defense Moisturizer 
  • Muscadine Grapes Extract ( bahan utama VIVIX) - menghalang kerosakan kolagen dan elastin.
  • Alga hijau (laminara) - melegakan, regenerasi, memberi oksigen kepada sel kulit.
  • Alteromonas (alga hijau) - penting untuk memperbaiki dan meremajakan kulit, bertindak sebagai penghalang untuk melindung kulit.
  • Kacang pis - memelihara protease daripada degenerasi protein kulit seperti kolagen dan elastin, kulit jadi lebih tegang dan anjal.
  • Vital Repair+ - melindungi kulit dari rosak dan meggalakkan tumbesaran sel kulit yang sihat.
  • SPF 50 - sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas bagi melidungi kulit dari sinar matahari.
  • Non-comedogenic, tak menyumbatkan liang pori.





Bahan-bahan dalam krim pelindung UV Youth ini semua best kan? Sebab tu Gee suka. Dah 2 tahun guna. Sangat serasi dan tak tukar lain lagi sekarang ni.






Berminat nak dapatkan krim pelindung UV ini, anda bolehlah terus menghubungi Gee di 013-5707182 atau klik gambar bawah ini untuk pautan whatsapp.






4 comments:

  1. Selaran matahari memang boleh merosakkan kulit. Kalau nak berpanas tu memang wajiblah pakai sun screen...

    ReplyDelete
  2. betul, sinar uv actually buat kulit kita rosak tapi ada ja org ckp itu ada la vitamin... kalau nak berjemur pun. perlu ada protection.. thank you sharing this

    ReplyDelete