14 November 2020

Selamat Hari Diabetes Sedunia

 

Setiap tahun pada 14 November 2020 adalah Hari Diabetes Sedunia! 




Tahu tak? Pada tahun 2019 kira-kira dalam 3.9 juta (18.3%) penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah penghidap Diabetes dan jumlah ini sebenrnya telah meningkat sebanyak 13.4% berbanding 2015.


Tanda-tanda dan gejala Diabetes
  1. Dahaga keterlaluan
  2. Kerap membuang air kecil
  3. Perubahan berat (berlebihan atau berkurangan)
  4. Keletihan melampau atau kekurangan tenaga
  5. Penglihatan kabur
  6. Jangkitan yang kerap atau berulang
  7. Luka dan lebam yang lambat sembuh
  8. Kebas ditangan atau kaki
  9. Bermasalah untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi.


Ramai penghidap Diabetes tidak menunjukkan tanda-tanda tapi kita boleh buat pemeriksaan awal, boleh mengubah gaya pemakanan harian juga.


Langkah penting dalam mencegah Diabetes ialah:
  1. Menyedari faktor risiko, tanda dan gejala.
  2. Menjalankan ujian saringan terlebih dahulu..
  3. Mendapatkan rawatan segera apabila dikesan menghidap Diabetes.


Pencegahan Awal Diabetes
  1. Makan secara sihat - #sukusukuseparuh
  2. Kekal aktif
  3. Kawal berat badan
  4. Berhenti merokok dan jangan ambil alkohol
  5. Jalani ujian saringan kesihatan secara berkala
  6. Ketahui risiko Diabetes anda.



#WorldDiabetesDay2020



1 comment:

  1. thank you sharing info! hope smua org dpt kawal permakanan .. mengelak lebih baik dari mengubatikan

    ReplyDelete