28 December 2020

Azam Tahun Baru 2021


Tak rasa macam sekejap tahun 2020 ini. Tambah lagi dengan pendemik covid yang melanda. Rasa tahun ni mencabar bagi semua orang dengan norma baru semua.

Apa azam dan matlamat tahun baru 2021? Dah sedia nak melangkah tahun baru?




Gee senaraikan contoh-contoh azam positif 2021 yang boleh kita semua amik . Ada juga azam Gee sendiri ni.

Azam Baru 2021

1- Bangun awal dan solat subuh awal waktu. Lagi baik bangun sebelum subuh dan buat solat Tahajud.

2- Kurangkan merungut tapi lebihkan bersyukur. Sebagai contoh boleh buat jurnal kesyukuran. Kita boleh listkan satu-satu kat buku. Yang ni Gee memang ada buat moga lebih konsisten nanti.

3- Rajin membaca buku dan info yang bermanfaat. Kurangkan baca gosip dan benda tak berfaedah.

4- Banyakkan bersenam. Boleh cuba buat sekurangnya 3-4 kali seminggu.

5- Menyimpan duit tiap bulan. Mula belajar pasal kewangan dan cara urus duit yang betul.

6- Elak membeli benda yang kurang penting dan ikut nafsu. Fokus pada benda yang betul-betul perlu.

7- Fokus beri dan sebar manfaat baik pada orang.

8- Solat tepat pada waktu dan cukup 5 waktu setiap hari.

9- Banyakkan berzikir dan buat secara konsisten. Sikit takpa janji ada buat tiap hari.

10- Rajin bersedekah setiap hari.

11- Rajin membaca Al-Quran setiap hari. Sekurangnya 1 muka surat tiap hari.

12- Berbakti dan buat baik pada mak ayah. Contohnya belanja makan atau bagi duit belanja tiap bulan ke.

13- Berhenti banding diri kita dengan orang lain. Percaya kita juga boleh buat dan hebat. Yakin diri boleh berjaya!

14- Keluar dari zon selesa. Cabar diri buat perkara baru dan susah.

15- Latih diri untuk fikir positif dan bersangka baik selalu.

16- Lembut hati untuk sentiasa memaafkan orang lain. Contoh sebelum tidur malam kita maafkan semua orang dulu.

17- Bina hubungan baik dan positif dengan semua orang.

18- Buat perkara yang kita minat. Dari minat mana tau boleh tambah income kita ke nanti.

19- Berhenti merungut dan bagi alasan. Cari penyelesaian.

20- Elakkan berhutang. Jika ada hutang cuba selesaikan dengan segera.

21- Jaga aurat selalu.

22- Belajar dan belajar ilmu baru. Jangan kedekut nak keluarkan duit untuk belajar.

23- Kurangkan / elakkan membawang dan bergosip.

24- Bila ada idea baru terus tulis idea dalam buku/kertas.

25- Tinggalkan sikap suka bertangguh. Terus buat jika perkara itu penting.

26- Bantu lebih ramai wanita berjaya tahun 2020. Bantu dari segi kewangan dan taraf hidup. Ni antara impian Gee dalam bisnes Shaklee.

27- Tulis azam / target untuk tahun 2020 dan tempoh 5 tahun akan datang.

28- Bercuti bersama keluarga sambil eratkan hubungan silaturahim.

29- Belajar memasak dan tambah baik skill memasak.

30- Elakkan makanan proses, banyak bergula, bergaram. Mula amal konsep suku suku separuh. Lebihkan makan sayur dan buah.

31- Berhenti merokok. Bagi yang ada merokok cuba set matlamat berhenti merokok untuk tambah baik kesihatan diri.

32- Tidur awal sebelum jam 12 malam. Waktu malam ni badan tengah bekerja, risiko diabetes, naik nafsu makan, proses badan renew jadi lambat. So tidur awal untuk jaga kesihatan.

33. Buat self talk. Contoh tiap pagi cuba ucap ayat positif untuk diri sendiri. Misalnya, saya seorang yang hebat, saya rajin, saya tak mudah putus asa.

34. Tonton kisah-kisah inspirasi mereka yang dah berjaya. Mana tau dari situ boleh cetus dan tambah lagi semangat nak berjaya!

35. Maafkan semua orang yang pernah menyakiti, mengguris hati kita. Jangan bawa dendam, iri hati dan kecewa di tahun baru 2020. Tinggalkan! Sayangi diri kita.





Selamat Tahun Baru 2021 Gee ucapkan. Moga tahun baru ini kita semua lebih berjaya, lebih kaya, lebih sihat, lebih gembira, lebih komited dan positif selalu.

Tinggalkan suka duka dan yang negatif di tahun 2020, kita ubahdiri jadi lebih hebat dan lebih baik!



9 comments:

  1. Waa ada byak juga azam ya.. Tp sy fokus azam blogging saja.. Nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan azam kita boleh buat hehe
      blog pun masuk list tu nanti

      Delete
  2. waaa byknyaaa azam baru.... for me i dont believe in azam....whatever u wanna do. just do it on the spot heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tapi kena ada matlamat juga tau utk push diri kita lebih baik.

      Delete
  3. selamat menyambut tahun baru 2021 :)

    ReplyDelete
  4. tq Gee for sharing.
    aida ni every year, da 3-4 tahun, xde la fikirkan apa2 azam sgt.
    sebab azam yg dedolu pun tak tertunai :)

    but, for next year, azam aida nak mantapkan diri sendiri bab agama.
    mengenangkan 2020 yg amat perit, virus yg buat kita semua takut nak keluar rumah!
    umur pun dah nak masuk 43, da time utk perbaiki bab agama la, Gee.
    solat awal waktu. zikir. baca Quran lebih kerap.
    in shaa Allah.

    ReplyDelete