24 June 2021

Tutorial Buat Bio Link Guna Canva Mudah dan Percuma

 

Kalini Gee nak tunjuk cara macam mana buat bio link kita menggunakan CANVA. Biasanya bio link ni ramai yang guna linktree lah salah satu contoh. Tapi pilihan dan design terhad.

Jadi Gee terjumpa cara guna Canva jadi lebih menarik, design semua kita boleh pilih kita nak macam mana. 

Ok ni contoh Gee buat bio link guna Canva tadi. Nampak cantik kan?? Nak tau cara Gee buat? Teruskan baca sampai habis. Gee ada  tunjuk step by step. 


Mula-mula boleh pergi ke https://www.canva.com/

Kemudian search 'bio link website'.



Kemudian akan keluar banyak template korang boleh pilih mana-mana yang menarik. Contoh Gee pilih template macam kat bawah ni. 



Lepas pilih template boleh edit design masing-masing. Untuk isi link, contoh link whastapp. 

1. Klik perkataan Whtasapp 
2. Klik 3 titik
3. Klik simbol link
4. Isi link yang kita nak tadi



Dah siap letak semua link, klik titik 3 dan klik 'share link'. Link ni yang penting nanti nak share kat public. 



Kemudian copy link tadi. Nanti link akan jadi panjang macam tak best pulak kan??


Jika nak pendekkan link nanti korang boleh pergi ke https://bitly.com/

Dah dapat link ni nanti korang boleh share link di instagram, tiktok, facebook dan di mana-mana media sosial. 


Moga dapat membantu korang buat bio link cantik dan menarik :)

Terima kasih.




14 comments:

  1. Tq gee, masyaAllah bestnyaa canva.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, gee pun baru tau rupanya banyak lagi yg menarik :)

      Delete
  2. tq gee. Sangkut kat share link tadi. cadang nanti baru nak godek lagi. Alang² dah ada ada entry ni, cepat la siapnya lepas ni

    ReplyDelete
  3. Tq gee.. Best nak try buat juga ni

    ReplyDelete
  4. 😊Salam perkenalan.Syu pun guna canva jugak untuk cantikkan blog.macam2 design boleh buat dengan canve. Btw jemput singgah blog Syu. Syu ada buat segmen pencarian bloglist.
    https://syuderis.blogspot.com/2021/06/segmen-pencarian-bloglist-syu-deris.html?showComment=1624534191547&m=1#c4602795653184041495

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi syu, salam kenal juga, tq sudi singgah. ok gee join :)

      Delete
  5. Cantik. Tq untuk tutorial.

    ReplyDelete
  6. good sharing. nanti nak try..

    ReplyDelete
  7. Boleh buat kelas ni...canva pun banyak guna nye...
    filem10minit.blogspot.com
    Filem Seram Pendek

    ReplyDelete
  8. TQ..anak anak byk cikgu suruh buat video guna canva...maknya lom sempat explore lagi

    ReplyDelete
  9. Terima kasih share ilmu. As pun dah cuba buat guna canva.:)

    https://bit.ly/3dcfTQx

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, perkongsian yang bermanfaat. Tq. Nk try juga ni. Harap boleh apply lah.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih semua. Moga bermanfaat

    ReplyDelete