10 August 2021

10 Tips Hasilkan Artikel Blog Menarik

Tips hasilkan artikel blog menarik

Penulisan di blog penting supaya orang suka datang ke blog kita. Kalini Gee nak kongsikan apakah tips-tips yang boleh membantu anda menghasilkan penulisan artikel di blog yang menarik. 

Tips Untuk Hasilkan Artikel di Blog Yang Menarik

1.Tulis Bentuk Senarai
Tulis guna nombor untuk setiap isi yang kita nak kongsikan. Tulis guna bullet point supaya mudah orang nak baca dan fokus isi penting. 

2.Tulis Pendahuluan
Tulis ringkas tentang topik, tak perlu panjang. Cukup 2-3 baris pun dah ok.

3.Tonjolkan Bahagian Penting
Boleh pisahkan bahagian penting guna sub-headline. Contoh untuk topik,

Kebaikan Vitamin C
Untuk sub-headline boleh tulis - Buah yang kaya dengan Vitamin C, Kebaikan vitamin C untuk kulit sebagai contoh.

4. Bagi Cadangan & Inspirasi
Di akhir / penutup boleh tulis cadangan dan pendapat kita.

5. Pilih Topik yang Sesuai
Pemilihan topik,tajuk juga penting untuk menarik minat orang datang dan suka membaca blog kita.
Pastikan tajuk kita tulis mempunyai isi dan fakta yang betul. 

6. Topik Saling Berkait
Maksudnya satu artikel blog tu ada kaitan dengan artikel blog kita yang lain. Contoh topik utama berkaitan sistem imun. Dari sistem imun ni banyak artikel kita boleh hasilkan. Macam yang Gee buat, 

Punca dan sebab sistem imun lemah

Makanan terbaik kuatkan antibodi badan

Cara sistem imun bekerja melindungi badan

Set Imun bantu pesakit positif covid

Semuanya saling berkaitan satu sama lain. Kiranya ‘internal link’ antara satu artikel. Ini akan membuatkan orang tersuka nak membaca dan follow penulisan serta blog kita. 

7. Rajin Membaca
Nak hasilkan content/artikel blog yang baik dan menarik perlu rajin membaca. Bukan hanya menambah ilmu kita juga menambah baik dari segi ayat.

8. Font Tulisan Jelas
Penggunaan font tulisan juga memainkan peranan penting. Pilih font tulisan yang jelas bagi memudahkan orang suka membaca hasil penulisan blog kita. Satu lagi, cuba beza font tulisan untuk isi utama dan ayat lain supaya jelas menunjukkan point utama yang kita nak bagi. 

9. Gambar
Penggunaan gambar juga penting. Sekurangnya letak satu gambar berkaitan tajuk kita tulis. Tujuannya agar bila orang nak google dan buat carian akan nampak lebih menarik bila ada gambar. Sebaiknya gambar yang utama tu berkaitan dengan topik kita nak tuliskan macam topik penulisan blog yang Gee tulis ni. 

10. Konsisten
Nak buat apa pun kena konsisten buat selalu. Nak ada hasil dan penulisan blog yang menarik memang kena praktis buat dan rajin setiap hari. 


Selamat mencuba semua. Moga kita dapat menghasilkan artikel blog yang menarik dan memberi manfaat pada orang lain. Sekurangnya bila kita sudah tiada nanti hasil penulisan kita akan terus berjalan memberi manfaat pada orang. Tulislah yang baik-baik moga kita dapat membantu orang. 





14 comments: