Healing krisis atau krisis penyembuhan selepas mengambil supplemen



Healing krisis atau krisis penyembuhan ini bukan bermaksud badan anda tidak menerima makanan tambahan, tapi ia adalah tindak balas badan kita lepas mengambil makanan tambahan atau zat-zat baru masuk ke dalam badan.


Apa itu healing krisis atau krisis penyembuhan? 
Satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, demam, sakit pinggang dan macam-macam lagi dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Mengapakah ia terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 
Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.


Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan makanan kesihatan yang diambil berkesan. Tapi masih ada yang berfikir krisis ini menjadi semakin teruk, tetapi sebenarnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia satu petanda yang sangat baik. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
Setiap orang mengalami krisis yang berbeza. Ada yang mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan ada juga yang akan mengalami krisis penyembuhan selepas satu atau dua bulan. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Tempoh bagi krisis penyembuhan ini? 
Bergantung kepada tahap kesihatan dan badan individu. Mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau sehingga 7 hari mungkin lebih dari sebulan.


Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah lain seperti:
  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi

Bagaimana cara mengatasi krisis penyembuhan?
Sepangjang tempoh krisis ini, adalah digalakkan untuk :
  • Meminum banyak air suam paling kurang 2 hingga 3 liter sehari.
  • Rehat yang cukup.
  • Kurangkan dos pengambilan dari biasa.
  • Kurangkan makan makanan segera.
  • Berfikiran positif dan set minda.
  • Beri masa kepada tubuh sepanjang krisis penyembuhan ini. 



Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:



Krisis Penyembuhan                    
Penerangan / Penyebab
Sakit kepala yang melampau
Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
Demam, tidak cukup rehat             
Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
Cirit-birit                                          
Meningkatkan pergerakan usus
Najis berbau, air kencing berbau    
Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan  buangan dan sisa-sisa dalam usus besar                    
Kembung perut                                  
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, kulit gatal, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan keluar lendir                                       
Penghasilan lendir seperti  selsema dan kahak                            
Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah  petanda bagi menyahtoksin
Pendarahan Hidung                          
Mungkin petanda bagi kekurangan darah
Rasa sakit pada otot dan sendi        
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit 
Peningkatan rasa sakit                      
Mempercepatkan krisis penyembuhan di sebahagian badan yang bermasalah
Lapar, Pening Tekanan
Anaemia, darah rendah
Kitaran haid yang tidak menentu, perubahan waktu kitaran haid,
kegatalan pada alat sulit,
penghasilan lendiran yang banyak
Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir



Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity





Post a Comment

0 Comments