Haritu kecoh Virus Influenza, kini corona virus pulak yang terbaru.

Statistik terkini 27 Jan 2020 dari KKM

Corona virus ni bermula dari satu tempat di Wuhan, China. Setakat harini kematian paling banyak di China. Negara lain belum ada lagi.

Tapi sebagai langkah berjaga-jaga kita semua tetap kena berhati-hati, menjaga kebersihan, elak tempat ramai orang, pakai mask jika keluar, makan makan yang tinggi antioksidan dan amik supplemen untuk kuatlan imuniti badan.

Satu lagi kita boleh berdoa. Bagi umat Islam, boleh amal doa untuk melindungi diri dari bala, penyakit dan corona virus & virus influenza ni.


Koleksi doa lindungi dari virus corona dan influenza.








Selain doa di atas, juga boleh amalkan zikir. Biasa zikir yang Gee buat setiap hari;
  • Ya Wakill - yang maha pemelihara
  • Ya Salam - lindungi dari penyakit

Boleh baca zikir ni 21 kali tiap kali lepas solat. Nak baca banyak kali juga boleh.

Macam musim corona virus & virus influenza ni kita boleh baca selalu zikir ni. Jangan lupa juga buat solat hajat tiap malam ok.

Gee doakan moga kita semua dilindungi dari segala virus dan penyakit.