Punca Bibir Kering dan Tip Merawat Bibir Kering


Bibir kering, bibir pecah, menggelupas. Pasti ramai yang ada masalah bibir kering ini kan? Macam mana nak merawat bibir kering??




Ok jom kita ketahui dulu apa sebab dan punca bibir jadi kering.


Punca Bibir Kering
  • Pencemaran udara serta debu.
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Suka makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, suka minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangn minum air terutama air suam.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur
  • Masalah kekurangan vitamin & mineral dalam badan (vitamin B terutama asid folik dan riboflavin, vitamin C, vitamin E dan kurang zat besi)


Sekarang cara dan tips untuk merawat bibir kering.


15 Tip Merawat bibir kering 
  1. Pastikan pengambilan air secukupnya (2 hingga 3 liter sehari)
  2. Penggunakan pelembab bibir yang mengandungi SPF 15 atau SPF 20 untuk melindungi bibir dari sinaran matahari.
  3. Mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
  4. Menjauhi rokok dan sebagainya.
  5. Kurangkan pengambilan ubat-ubatan, cubalah beralih kepada natural remedy.
  6. Pakai lipbalm tiap hari sebelum tidur. Yang ni boleh buat bibir sentiasa lembap sepanjang malam.
  7. Sapu madu pada bibir, tunggu dalam 2 atau 3 minit kemudian lap bibir guna tuala lembap. Cara ini boleh membuang kulit kering pada bibir.
  8. Gosok bibir perrlahan-lahan menggunakan span lembut.
  9. Sentiasalah membasahkan bibir dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah.
  10. Sebelum tidur bersihkan sisa lipstik dengan segera.
  11. Amalankan banyak makan buah-buahan & sayuran yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral.
  12. Urut bibir dengan minyak zaitun. Ia membantu mealncarkan peredaran darah pada bibir!
  13. Sapu tisu yang bersih setiap hari.
  14. Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.
  15. Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.


Cara Gee sendiri untuk merawat masalah bibir kering, menggelupas ialah dengan banyakkan minum air kosong. Kemudian Gee juga ada menyapu krim pada bibir.

Krim ini yang Gee guna. Bila rasa kering dan menggelupas tu gee akan sapu krim ni nipis-nipis je lah kat bibir. Baru rasa selesa tak sakit seban merekah kan.


Herbal Blend krim




Bagi yang ada bibir kering tu boleh follow tips-tips yang Gee share. Untuk tambahan nak guna krim herbal blend juga boleh.






Jom dapatkan produk Shaklee sekarang! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.






Post a Comment

1 Comments

  1. time puasa memang akan crack la bibir..
    jenuh.. hari2 lain xpa ok ja..

    ReplyDelete