Kebaikan Asid Folik Untuk Ibu Hamil

Asid folik memang penting untuk ibu hamil. Tapi sebab apa ia penting? Bagi yang merancang untuk mendapat zuriat atau baru berkahwin juga sangat disarankan untuk mengambil asid folik ini juga. Kalini Gee akan kongsikan apa kebaikan dia. Jom teruskan membaca ya.

Kebaikan_Asid_Folik_Untuk_Ibu_Hamil

Asid folik itu apa?

Asid folik adalah sejenis vitamin B9 yang penting untuk badan kita dalam penghasilan sel baru setiap hari. Ia masuk kategori vitamin larut air. Sebab itu perlu diambil hari-hari kerana badan kita tak dapat mengahsilkannya. 

5 Kebaikan Asid Folik untuk Ibu Hamil

1. Mencegah Kecacatan Tiub Saraf Janin
Asid folik memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem saraf bayi dalam kandungan. Ini termasuk pembentukan tabung saraf yang betul. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan masalah serius seperti spina bifida dan anencephaly. 

Tahukah anda? Kecacatan ini boleh berlaku seawal 28 hari pertama ibu hamil. Sebab itu para ibu digalak mengambil asid folik lebih awal lagi bagus. Sebaiknya cuba makan seawal baru berkahwin atau sebelum kahwin lagi.

2. Mencegah Anemia
Ibu hamil memerlukan lebih darah untuk membekalkan oksigen kepada janin. Asid folik membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia semasa mengandung.

3. Mengurangkan Risiko Kelahiran Pramatang
Pengambilan asid folik yang cukup boleh membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Ini bermakna bayi lebih berpeluang untuk dilahirkan dalam keadaan sihat.

4. Meningkatkan Fungsi Saluran Darah
Asid folik juga membantu mengekalkan saluran darah yang sihat dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa kehamilan, yang boleh membawa kepada komplikasi serius.

5. Meningkatkan Keupayaan Imun
Asid folik penting juga untuk memperkuat sistem imun ibu masa mengandung, membantu melindungi daripada jangkitan dan penyakit semasa kehamilan. Paling baik ambil bersama dengan vitamin C untuk perlindungan imuniti yang terbaik. 

Bagaimana untuk Mendapatkan Asid Folik yang Cukup

1. Makanan Kaya Asid Folik
Boleh ambil asid folik daripada makanan seperti sayur-sayuran hijau, kacang-kacangan, bijirin, dan buah-buahan sitrus. Ini adalah cara semula jadi untuk mendapatkan nutrien ini.

Baca >> 15 Makanan Terbaik Yang Tinggi Asid Folik

2. Suplemen Asid Folik
Doktor mungkin akan mencadangkan pengambilan suplemen asid folik, terutamanya jika anda menghadapi risiko tinggi kekurangan asid folik. Boleh cuba asid folik Shaklee yang lengkap dengan semua jenis vitamin B, iaitu B-Complex Shaklee. 

Asid Folik Shaklee
Boleh ambil asid folik ini dari awal hamil atau sebelum kawen. 

Kebaikan_Asid_Folik_Untuk_Ibu_Hamil

Yang menarik asid folik Shaklee mudah diserap tubuh badan kita. So, tak perlu risau nak makan setiap hari.

Kebaikan_Asid_Folik_Untuk_Ibu_Hamil

Bukan hanya ada asid folik, juga ada vitamin B yang lain. Satu badan juga dapat khasiat bila rajin makan B-Complex ini. 

Kebaikan_Asid_Folik_Untuk_Ibu_Hamil



Kesimpulan

Asid folik sangat penting untuk ibu hamil. ia boleh memberi kesan besar kepada kesihatan ibu dan janin yang dikandung. Ia membantu mencegah masalah pembangunan bayi dan meningkatkan kesihatan keseluruhan semasa kehamilan. Oleh itu, pastikan para ibu mendapatkan asid folik yang cukup melalui pemakanan dan suplemen yang sesuai. 

Jadi, jangan lupa untuk menjaga pengambilan asid folik semasa kehamilan. Ia adalah satu langkah kecil yang boleh membawa perbezaan besar kepada kesihatan anda dan bayi yang dikandung.



Berminat untuk mencuba asid folik dari Shaklee ini anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp.
 
Boleh hubungi Gee terus atau klik gambar untuk pautan whatsapp. Gee akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan kulit sihat dengan set kulit shaklee ini.   Set Rahmah Shaklee





Post a Comment

0 Comments