Feb 14, 2014

BAHAYA STEROID DALAM UBAT HERBA [Barhati-hati dalam memilih ubat untuk rawatan sendi]

Bila sakit mestilah jumpa doktor kan. Lepas tu doktor akan bagi ubat semua tu. Tapi, ada juga yang bila dah sakit, dah selalu jumpa doktor, tiba-tiba hari tu malas nak jumpa doktor, pergilah farmasi atau kedai ubat.. apa lagi beli sendiri lah ubat tu kan. ‘Hari ni saya nak beli ubat herba lah pulak’. Ramai cakap ubat herba ni bagus.. brand apa? Macam-macam brand ada..

Tapi tapi tahu tak kita.. mesti ramai tak tahu kan.. ubat herba ada yang ada kandungan steroid.

Jom baca kisah bawah ni, saya amik dair FB Dr Zubaidi.

"SALAM doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?”

Ini jawapan Dr Zubaidi,
Waalaikummussalam.

Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid.

Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi.


Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi untuk melegakan kesakitan.

Padahal banyak kesan sampingan yang boleh didapati dari ubat-ubat tiruan yang mengandungi steroid. Antaranya ialah peningkatan berat badan secara tiba-tiba.

Tanpa disedari, ginjal mereka turut menjadi rosak dan boleh mengalami pendarahan dalam perut. Pengguna juga boleh mendapat penyakit kencing manis serta penyakit tekanan darah tinggi.

Walaupun rasa sakit sendi akan berkurangan, namun ia menyebabkan tulang menjadi rapuh dan menyebabkan patah.

Terdapat juga pesakit yang biasa diberi steroid oleh doctor seperti pesakit rheumatic, gout dan asma, tetapi mereka mendapat dos yang terkawal.

Jadi jika menggunakan sebarang “ubat herba” untuk melegakan sakit sendi seperti gout, dalam masa yang sama mengalami penambahan berat badan dan muka menjadi tembam secara tiba-tiba, berkemungkinan, “ubat herba”yang digunakan telah dicampur dengan steroid bagi mendapat kesan yang cepat.

Berlainan dengan ubat steroid yang diberikan oleh doctor, kebanyakan "├╝bat herba" yang dicampurkan steroid ini mengandungi dos yang tinggi sehingga memberikan kesan sampingan yang teruk.
Wallahu a’lam.

Itu jawapan daripada Dr Zubaidi. Steroid memang bahaya kan jika ambil tak ikut dos yang betul.

Sekarang dah tahu kan. Jadi berhati-hatilah dalam memilih ubat. Terutama yang suka beli ubat tanpa guide doktor anda. Bukan ubat untu sakit sendi jer.. macam-macam sakit la..

Kalau dapat elakkan, bila sakit sikt makan ubat.. ubah gaya hidup dengan makan makanan berkhasiat. Amalkan gaya hidup sihat.Hidup sihat permulaan kesihatan yang sihat.
Badan kita ni milik Allah. Allah Cuma beri pinjam kepada kita. Bila sampai masa nanti Allah akan ambil balik. Sementara masih bernafas ni, jom jaga badan kita. jaga sendi. jaga HATI.



Nurzhiana Mohd Yunus
Shaklee Independent Distributor - ID 1085116
sms.whatsapp - 0135707812
FB Page: Ziana Beauty Shoppe