Niat Puasa Ramadhan Perlu Baca Tiap Malam Tak?

Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Ramdhan yang mulai ini. Persoalannya ramai yang ingin tahu adakah perlu membaca niat puasa setiap malam atau cukup hanya sekali?

Apa yang Gee jumpa dari perkongsian Ustaz Muhammad Yaakub Yusra, menurut penulisan beliau jika mengikut mazhab;

1. MAZHAB SYAFI’IE

Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.

2. MAZHAB MALIKI

Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam.

3. PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI’IE

Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.


Ok di  sini Gee sertakan sekali niat puasa bulan Ramadhan untuk perkongsian kita bersama.

Niat Puasa Ramadhan


Jika Gee sendiri suka berpegang kepada mazhab al-Syafi’ie iaitu niat dibaca pada setiap malam untuk berpuasa. Itu lebih baik kan? Contoh lepas terawih malam atau sebelum tidur ke boleh terus baca niat puasa. 




Post a Comment

1 Comments