29 April 2014

Petua rambut sihat, hitam dan lebat

Assalamualaikum..


Rambut yang sihat, hitam dan lebat serta cantik adalah idaman tiap wanita. Gitu juga lelaki masa kini yang sudah mula mementingkan penjagaan rambut.

Macam-macam petua tradisional dan moden yang boleh dicuba. Kini rambut yang  sihat, hitam dan lebat serta cantikbukan lagi sekadar impian.

Jom baca apa petua-petua tradisional yang anda boleh cuba;


Petua Pertama:
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.InshaAllah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua Kedua:
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur. InshaAllah.

Petua Ketiga:
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.

Petua Keempat:
Ambil minyak sayuran dan tuala bersih. Kemudian, panaskan minyak sayuran. Selepas itu lumurkan minyak tadi pada rambut. Oles rambut anda (pastikan minyak tidak terlalu panas semasa dilumur). Kemudia tekup rambut dengan tuala selama 20 minit dan bilas rambut dengan bersih. InshaaAllah, masalah rambut kering akan dapat diatasi dengan baik. Amalkan selalu untuk mengatasi masalah rambut kering.

Petua Kelima:
Campurkan air asam jawa dan santan, bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi baunya. Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas. Kemudian, basuh rambut dengan campuran bahan tadi. InshaaAllah rambut akan berbau harum malah boleh mengelakkan masalah rambut gugur.


Petua Keenam:
Ambil syampu dan kuning telur. Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur dalam semangkuk air suam. Kemudian, cuci/bilas rambut eperti biasa menggunakan campuran syampu dan kuning telur tadi. Amalkan dua kali seminggu. Jangan lupa untuk membilas rambut anda. InshaaAllah, masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.  


Petua Ketujuh:
Ambil beberapa helai bunga melur atau bunga melati dan daun pandan perlulah dihiris halus /cincang atau pun ditumbuk sehingga hancur. Kemudiannya dicampur bersama minyak bijan. Sebatikan campuran ini dan kemudian disapukan pada keseluruhan bahagian kepala (rambut). Biarkan selama 20 minit sebelum rambut dicuci bersih. Amalkan dua atau tiga kali seminggu. Insyaallah ramabut akan lebih lebat.


SELAMAT MENCUBA :)

SHAKLEE juga ada SET PENJAGAAN RAMBUT, lihat di SINI & SINI.










Nurzhinan Mohd Yunus | Shaklee Independent Distributot [ID : 1085116]
SMS or WHATSAPP 013-5707812 | FB : Ziana Beauty Shoppe


Continue Reading

28 April 2014

Kenali kitaran haid yang normal | Kesuburan

Assalamualaikum..

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi ada wanita yang mengalami kitaran yang pendek dan panjang tetapi masih lagi normal jika kitaran haidnya antara 21 hingga 35 hari.

Dalam kitaran haid yang berlaku selama 28 hari, fasa yang berlaku ialah:

Hari 1-7
Dalam masa ini berlaku fasa pengeluaran darah haid. Sebaik-baiknya pada hari pertama haid, setiap wanita menadakan pada kalendar bagi tujuan merancang keluarga sama ada mahu hamil atau mengelakkan kehamilan.

Hari 7-14
Dalam masa ini dinamakan fasa follicular di mana tahap hormon estrogen meningkat dalam tubuh seorang wanita. Pada rahem wanita, dinding rahem akan menebal bagi persediaan untuk hamil. Ovum dalam ovari pula mematangkan diri untuk dikeluarkan ke saluran fallopian bagi tujuan persenyawaan.

Hari 14
Pada masa ini proses ovulasi bermula di mana telur ovum dikeluarkan dari ovari. Dalam pada masa yang sama hormon Luteinizing (LH) akan meningkat dalam darah. Telur ovum yang disenyawakan dengan sperma teurun ke rahem melalui fallopian tube semantara telur ovum yang tidak disenyawakan akan mati.

Hari 15-28
Fasa ini dinamakan fasa luteal atau fasa secretory. Pada masa ini hormone progestrone dikeluarkan untuk menrangsangkan penebalan dinding rahem. Jika tiada persenyawaan berlaku, tahap hormon ini akan menurun dan menyebabkan dinding rahem akan runtuh dan mengalami pendarahan hai pada hari pertama kitaran haid.


Tahukah anda
Pengiraan kitaran haid penting untuk setiap wanita.. terutama yang telah berkahwin, ia penting dalam menentukan waktu subur.
Pasangan suami isteri yang ingin HAMIL, masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim suami-isteri ialah pada hari ovulasi, di mana telur ovum dikeluarkan dari ovari. Ia berlaku lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya. 

Contoh, jika kitaran haid adalah 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari.
Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.
Jika kitaran haid selama 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya kitaran haid adalah 35 hari, maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

kredit to Dr Zubaidi

Andakah kitaran haid anda teratur?
Sekiranya kitaran haid tidak menentu, agak sukar mengira hari subur.. berkemungkinan sukar juga untuk hamil..
Walabagaimanapun, rezeki itu datang dari Allah, kita berusaha, berdoa & bertawakal kepada Allah swt.

Kawal atur kitaran haid dengan suppelement Shaklee, GLA Complex bagi wanita.
Kesuburan lelaki dapat ditingkan dengan vitamin E dan Zinc Complex.
Set Kesuburan suami isteri.










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA..


Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

sms/whatsapp: 0135707812

FB Page: Ziana Beauty Shoppe

IG: vitamincanteksihat


Continue Reading

23 April 2014

15 cara mengatasi muntah dan loya semasa hamil | Peppermint Shaklee




Assalamualaikum...

Hari ini terasa nak berkongsi pulak pasal "morning sikcness".
Mabuk pada awal kehamilan juga dikenali sebagai morning sickness. Antara punca morning sickness ini berlaku kerana hormone hCG yang dirembeskan dalam kuantiti yang banyak pada peringkat awal kehamilan.

Ketahui 15 cara mengatasi muntah dan loya semasa hamil: kredit
1. Anda boleh makan craker ataupun makanan ringan kesukaan anda sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah.

2. Cuba makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari anda untuk memastikan perut anda tidak kosong dari mengisi asid mencetuskan loya.

3. Jangan lupa snek sebelum tidur anda! Ia merupakan salah satu cara mengatasi muntah.

4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado; protein; keju; susu; yogurt; mentega, kacang disapu di craker dan roti; pasta dan lain-lain.

5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya, ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dapat perut.

6. Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.

7. Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek dan lain-lain.

8. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.

9. Elakkan meminum sejumlah besar air atau minuman lain semasa makan.

10. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.

11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.

12. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah.

13. Anda boleh cuba menarik nafas yang panjang.

14. Tidur untuk mengelakkan keloyaan.

15. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan pil mencegah muntah sekiranya keloyaan anda teruk.



Atasi morning sickness dengan supplement Shaklee


Supplement yang sesuai untuk masalah morning sickness ini ialah Peppermint Ginger Plus Shaklee..


Harga pasaran - RM 45.00



Peppermint Ginger Plus merupakan supplemen yang dihasilkan daripada kombinasi 4 herba yang sangat bagus untuk dalaman; DAUN PUDINA, HALIA, FENNAL (POKOK ADAS) dan CEKUR MANIS (ANISE).


Kebaikan Peppermint Ginger Plus kepada ibu hamil:
  • Membantu mengurangkan rasa loya, mual akibat morning sickness
  • Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus
  • Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
  • Membantu menghilangkan kembung perut
  • Melegakan kesakitan perut
  • Membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan
  •  
Peppermint Ginger Plus ini juga sesuai untuk:
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan. 








Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA..


Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

sms/whatsapp: 0135707812

FB Page: Ziana Beauty Shoppe


Continue Reading