Sep 12, 2015

7 sebab kenapa kita perlu sarapan pagi | Kepentingan sarapan pagi


Kenapa kita perlu ambil sarapan pagi? Apakah kepentingan sarapan pagi untuk anda?




Biasa bersarapan pagi tak? Dulu-dulu gee tak suka sebenarnya sarapan pagi tapi sekarang alhamdulillah memang akan bersarapan walaupun segelas susu ESP ! Sarapan pagi sebenarnya penting. Biasanya kita suka mengambil sarapan pagi dengan nasi lemak, mee gerong, roti canai dan kuih muih kan. Ok jom lihat apa sebab kita perlu sarapan dan kepentingan sarapan untuk kita?


7 sebab kenapa kita perlu sarapan pagi dan kepentingan sarapan pagi

1. Dengan bersarapan pagi badan saya akan rasa lebih cergas dan bertenaga. Pilih menu sarapan yang ada karbohidrat dan berserat tinggi.

2. Dengan bersarapan pagi saya dapat nutrisi dan zat yang cukup untuk menjalankan proses perkembangan tubuh dengan sempurna.




3. Dengan bersarapan pagi juga membantu saya mengurangkan berat badan kerana proses pembakaran kalori lebih efisien pada waktu pagi dengan perut kosong.




4. Dengan bersarapan pagi saya boleh mencegah penyakit jantung. Pilih menu yang tinggi kandungan serat seperti bijirin. Serat dapat menyerap kolesterol jahat dalam badan !

5. Dengan bersarapan pagi boleh saya meningkatkan daya tumpuan dan fokus. Pilihlah makanan yang mengandungi glukosa untuk meningkatkan daya tumpuan dan menjana perkemabangan otak.

6. Dengan bersarapan pagi bersama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan saya.


7. Dengan bersarapan pagi metabolisme tubuh saya berada pada tahap yang optimum. Kedaan perut kosong dan tidak bersarapan boleh menganggu metabolisme tubuh. Otak akan memberi signal untuk menurunkan kadar metabolisme sekaligus melambatkan proses pembakaran lemak.


Jom bersapan ! Jadikan sarapan pagi sebagai rutin harian wajib setiap pagi !