May 23, 2016

10 Buah Yang Mengandungi Banyak Air




Mempunyai kandungan vitamin A yang baik untuk mata. Ia juga boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan memberikan perlindungan daripada radikal bebas seperti asap kenderaan dan sebagainya.



Ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Manfaat lain yang ada pada buah strawberi termasuk meningkatkan imunisasi tubuh dan membantu melancarkan aliran darah. Ia juga mampu mengurangkan risiko darah tinggi.  


 
Mempunyai kandungan beta-keroten yang tinggi dan tidak dimiliki oleh buah lain. Kandungan beta-keroten memulihkan sel kulit mati dan juga tinggi kandungan vitamin C. Ia dikatakan dengan memakan beberapa potong buah tembikai susu setiap hari dapat menjadikan kita kelihatan lebih mudah.  



Kesan yang baik untuk kulit dengan mengurangkan kesan kulit mati, Jika diamalkan secara teratur, ia dapar membantu daya ingatan dan gerakan motorik.
 


Tinggi dengan antioksidan, ia membantu tubuh mencegah proses pertumbuhan sel-sel kanser serta membantu mereka yang ingin berdiet.



Terkenal dengan kandungan Vitamin C yang tinggi. Antara manfaat mengamalkan buah limau adalah menjadikan wajah semakin cerah dan segar. Selain itu, ia juga membantu tubuh membanteras jangkitan selain membantu melancarkan peredaran darah.
 


Mengandungi antioksidan yang tinggi dan ia bagus untuk kulit yang sihat dan cerah. Bauh pic ini juga membantu mencegah dibetes dan ekstrak daripada buah pic dikatakan mujarab untuk membunuh sel kanser.
 


Membantu melancarkan pencernaan tubuh, Ia juga terkenal dengan kandungan antioksidan yang tinggi. Dalam keadaan kering, buah plum tetap memiliki mineral dan vitamin yang penting pada tubuh badan. Ia juga mengandungi vitamin A yang baik untuk mata.



Membantu mencegah penuaan kerana kandungan nanas dapat mengurangkan risiko penuaan kulit disebabkan umur. Selain itu, nanas juga mempnuyai kandungan potasium yang tinggi di mana ia bagus untuk menurunkan tekanan darah.



Kandungan air yang sangat tinggi di dalam buah ini menjadikan meraka yang memakannya dapat kekal segar dan bertenaga. Buah ini juga membantu melancarkan metabolisme tubuh jika anda berasa letih atau tidak bermaya. Kandungan antioksidan yang tinggi juga bagus untuk jantung.