Aug 6, 2017

7 Tip Melambatkan Kedutan Pada Wajah


Wajah berkedut awal? 

Kedutan di wajah boleh menyebabkan kita nampak lebih tua, tidak bermaya, kurang cantik, kurang seri dan tidak bertenaga. 

So, harini Gee nak share 7 tips yang boleh korang buat untuk melambatkan kedutan;

1- Melindungi diri dari cahaya matahari

Kebanyakan pakar kulit berpendapat cahay matahari antara penyebab utama kedutan, pigmentasi dan barah kulit berlaku. Jadi bagi mengurangkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari, penggunaan krim pelindung sinaran UV sangat perlu sebelum keluar atau menjalankan aktiviti yang terdedah kepada pancaran cahaya matahari.


2- Guna krim malam 

Krim malam boleh membantu melembapkan kulit. Ia berfungsi merangkap air di bawah kulit sekaligus membantu melambatkan proses kedutan. Tapi ingat jangan guna krim terlalu berminyak.


3- Pembersih muka

Jangan membeli permbersih muka yang ada alkohol. Pilih jenis yang water base.


4- Bekal vitamin kepada kulit 

Kulit kita perlukan nutrien. Vitamin B dan B6 dapat mengekalkan kecantikan kulit. Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen. Vitamin E untuk melambatkan prodes penuaan. Protien pula penting untuk memperbaharui sel-sel kulit baru yang lebih sihat dan cantik. Semua nutrien i boleh diperoleh daripada makanan. 


5- Mandi dengan kadar yang cepat

Makin lama berendam dalam air makin berisiko untuk kulit kering. Air yang hangat akan menghilangkan minyak semulajadi kulit. Jika ingin berendam, tambahkan minyak mandian dalam air untuk mengekalkan kelembapan kulit. Cuba jangan mandi lebih dari 15 minit.


6- Jauh dari kepanasan 

Kepanasan akan memusnahkan tisu. Semasa menggunakan pengering rambut gunakan tangan untuk menahan bahang panas dari terkena muka. 


7- Posisi tidur

Jangan tidur dengan cara menyembamkan wajah pada bantal kerana ini akan menyebabkan terjadinya kedutan pada wajah. 


Sumber: 
Panduan Membelai Diri
Indah di Mata 
Patonah Chai Choh