Oct 28, 2017

5 TIPS RANGSANG BANYAK SUSU IBU


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

ok. Entri kalini gee share bab penyusuan pulak yer. Sebab gee ada terbaca info dalam majalah. So gee share kat blog gee untuk manfaat bersama. Apa tips dia?



1. Kerapkan menyusu atau mengepam 

Susukan bayi sekurangnya selang tiga jam sekali. Sama juga dengan rutin memerah susu (jika berpisah dengan bayi). Buat tiga jam sekali.


2. Jangan tunggu penuh 

Elakkan dari menunggu payudara penuh sebelum menyusu bayi atau mengepam. Kena yakin yang payudara sentiasa ada susu. Bila payudara kosong, tubuh automatik menghasilkan semula lebih banyak susu.


3. Pam pada waktu malam

Rajin mengepam pada waktu malam dan jadikan ia sebagai rutin. Hormon prolaktin banyak dihasilkan antara jam 12 tengah malam hingga jam 6 pagi. 


4. Minum banyak air

Rajinkan diri untuk minum banyak air kosong sepanjang tempoh penyusuan. Paling baik cuba minum 3 liter air setiap hari.


5. Menyusu atau mengepam lebih lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusu atau mengepam. Biarkan baby menyusu dengan puas sebelum menukar ke payudara yang sebelah lagi. 

Semasa memerah, ambil masa antara 15-20 minit bagi setiap payudara. Semasa tempoh itu pastikan payudara betul-betul kosong sebelum berhenti memerah. 


sumber; majalah  pa&ma