Dec 27, 2017

Makanan terbaik untuk elak dan merawat kulit berminyak




Kulit berminyak boleh menyebabkan anda tidak selesa dan sukar untuk dirawat bagi sesetengah orang. Kulit berminyak berlaku disebabkan oleh kelenjar sebum terlebih aktif dan akhirnya mengeluarkan sebum yang berlebihan.

Ini menyebabkan kulit berminyak kelihatan berkilat dan melekit. Jika anda mempnunyai jenis kulit berminyak, maka kulit anda akan mudah terdedah kepada jerawat, blackheads, whitehead, dan bintik-bintik penuaan yang lain.

Kulit berminyak berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran seperti pemakanan dan gaya hidup. Paling penting, jika anda mengubah corak pemakanan yang sihat dan betul, ia boleh membantu masalah kulit anda termasuklah kulit berminyak.


Apakah makanan terbaik dan sesuai untuk anda yang ada masalah kulit berminyak?

Makanan terbaik untuk elak dan merawat kulit berminyak


1. Avocado


Apa yang menarik dengan avocado ini bukan hanya boleh dimakan, ia juga boleh disapu terus pada kulit untuk menghalang rembesan minyak. Ia bertindak sebagai pelembap yang berkesan untuk kulit anda.

2. Air


Meminum air adalah terbaik untuk anda. Air adalah agen pembersihan yang akan membawa keluar semua toksin dari badan. Jika anda minum banyak air sepanjang hari ia dapat membantu menghidratkan badan anda dan membuatkan kulit kelihatan segar. Yang terbaik adalah air putih berbanding minuman lain.

3. Air kelapa


Sangat bagus untuk kulit anda. Ia memastikan kulit anda bersih dan lembut dan menghalang masalah kulit berminyak.

4. Brokoli


Brokoli kaya dengan vitamin C yang mana ia sangat mudah diserap tubuh anda. Ia juga akan membantu mengawal kulit berminyak dan mengurangkan risiko jerawat.

5. Dark coklat


Bukan sekadar rasanya yang sedap, tapi kandungan antioksidan di dalamnya juga berkesan untuk menghalang jerawat, keradangan dan juga mengawal penghasilan minyak pada liang kulit anda.

6. Gandum


Tinggi dengan serat yang akan membantu melancarkan proses penghadaman dan melindungi kulit daripada berminyak dan berjerawat.

7. Ikan 


Terutama ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3. Ia membantu masalah keradangan pada kulit dan memperbaiki kulit berminyak dan mencegah pertumbuhan jerawat.

8. Kacang


Kandungan asid lemak omega 3 di dalam kacang ini dapat membantu memperbaiki masalah kulit berminyak.

9. Limau Gedang



Sangat berkesan untuk kulit berminyak. Limau gedang mengandungi vitamin C yang akan membantu menyingkir toksin keluar daripada badan anda. Ia juga mengandungi banyak air. Untuk kesan terbaik, makan limau gedang mentah atau buat jus limau gedang tanpa gula.

10. Buah Citrus


Buah-buahan citrus seperti oren dan lemon yang mengandungi vitamin C juga sangat membantu untuk detoksifikasi yang akan menyingkir lebihan minyak daripada kulit anda.Amalkan makan buah citrus setiap hari untuk kesihatan kulit dan badan anda sekali.

11. Pisang


Jika anda ada masalah kulit berminyak, makan pisang setiap hari sangat bermanfaat untuk anda. Pisang mengandungi potassium, vitamin E dan fosfat yang akan membantu menyerikan kulit anda.

Pisang juga antara agen detoksifikasi. Ia mengawal liang pori anda dengan menghalang kotoran dari memasuki kulit yang boleh menyebabkan kulit berminyak.

12. Sayuran berdaun hijau


Sayuran jenis ini tidak mempunyai minyak atau lemak. Tapi kaya dengan fiber yang akan membantu membersihkan minyak pada kulit anda.

13. Serat


Makanan berserat tinggi seperti jagung, oat dan roti perang. Serat membantu menyerap nutrien penting dan menyingkirkan toksin keluar dari badan anda. Ia juga memberikan kulit anda anda kekal sihat dan bersih.

14. Timun 


Mengandungi banyak air sebanyak 95 peratus air. Ia juga mengandungi antioksidan dan membantu menghidratkan kulit . Jadi, ia sangat membantu kulit anda kelihatan lebih segar. Untuk kesan terbaik makan timun mentah-mentah.

.

Nutrisi untuk kulit yang sihat 

Bagaimana suplemen Shaklee membantu anda memperbaiki kulit berminyak dan mendapatkan kulit yang sihat?




1. Vitamin C Plus 
Tinggi kandungan antioksidan dan mempunyai fungsi detoksifikasi yang akan membantu menyingkir toksin dan lebihan minyak di kulit anda.

Vitamin C Plus Shaklee boleh dibuat masker muka untuk kesan terbaik pada kulit anda. Lihat di sini cara membuat masker Vitamin C Shaklee. 

2. Alfalfa Complex
Kaya dengan serat yang penting untuk melancarkan proses penghadaman dan membuang toksin keluar dari badan termasuklah membersihkan minyak pada kulit anda.

Menariknya Alfalfa Shaklee ini boleh dibuat masker untuk memperbaiki kulit berminyak dan jerawat.Lihat di sini cara membuat masker Alfalfa Shaklee.

3. ESP 
Mengandungi protein yang sihat dan berkualiti. Juga ada asid amino yang merupakan binaan penting untuk kulit, yang mana ia juga penting untuk mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Asid amino juga penting dalam penghasilan kolagen, membantu menegangkan kulit dan menghalang liang roma anda daripada tersumbat.

ESP Shaklee ini juga boleh dibuat masker muka!


Paling penting untuk merawat kulit berminyak, anda perlu konsisten dan disiplin mengambil suplemen selain menjaga pemakanan dan rutin harian anda.


Jangan biarkan kulit berminyak kerana minyak adalah umpama kolam untuk jerawat! Jom cegah segera! Katakan TIDAK pada kulit berminyak.


Berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee, anda boleh menghubungi Gee terus ke 013-5707812 atau klik link di bawah in.



www.wasap.my/6013-5707812