Makanan yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh makin parah


makanan sebabkan jerawat


Pernah dengar pepatah, ‘you are what you eat’. Apa yang anda makan akan memberi kesan kepada tubuh. Makanan dan jerawat juga sebenarnya sangat berkait antara sata sama lain terutama bagi yang ada masalah jerawat yang serius. Sebab itu sangat penting untuk anda mengetahui makanan apa yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh di kulit.


Makanan yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh makin parah


1. Keju


Tidak semua produk tenusu membahayakan kulit, tetapi salah satu makanan yang boleh menyebabkan jerawat ialah keju. Semua jenis keju termasuk krim dan karamel mengandungi progesteron dan steroid yang boleh meninggalkan kesan negatif badan kita kerana ia dapat meningkatkan aktiviti kelenjar lemak, antara yang akan menyebabkan jerawat.


2. Susu


Terutama susu lembu. Menurut Dr Kazin, beberapa kajian menunjukkan bahawa jerawat mungkin lebih buruk lagi bagi yang anda yang mengambil produk tenusu terutamanya yang suka minum susu. Keadaan ini berlaku kerana peningkatan hormon testosteron yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh.


3. Minuman berkafein 
 

Jika anda ingkan kulit yang sihat anda perlu mengelakkan atau mengurangkan pengambilan minuman berlafein. Terutamanya kopi dan alkohol boleh meningkatkan kemungkinan hormon kortisol aktif iaitu sejnis hormon tekanan. Hormon kartisol adalah antara sebab utama kulit jerawat.


4. Makanan dalam tin


Sangat perlu dielakkan untuk anda yang ada masalah jerawat. Makanan dalam tin adalah makanan yang diproses yang juga mengandungi banyak bahan kimia tidak sihat yang boleh memberi kesan kepada kulit.


5. Popcorn

 
Ia sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai. Tetapi malangnya popcorn ini kaya dengan trans fat, kanji dan produk tenusu. Oleh itu, popcorn bukan makanan yang baik untuk kulit anda dan ia juga boleh memburukkan lagi jerawat.


6. Potato chips


Gee pasti ramai yang suka makan potato chips kan. Tapi awas ya untuk orang ada masalah kulit. Potato chips ini diperbuat daripada minyak dan kanji tidak baik untuk kulit. Potato chips adalah antara makanan yang menyebabkan jerawat anda makin naik.

7. Udang 



Yang ini lagi ramai yang suka makan udang kan?? Jangan tak tahu, udang juga makanan yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh. Udang mengandungi alergen yang boleh menyebabkan kulit ruam dan jerawat. Udang juga tinggi dengan kandungan iodin yang tidak bagus untuk kesihatan kulit anda.


8. Gula-gula


Sangat tinggi dengan kandungan gula. Ia bukan saja tidak baik untuk kulit, juga berisiko untuk kenaikan berat badan, Diabetes, dan penyakit kardiovaskular. Pakar mengatakan bahawa gula makanan yang tinggi gula akan merosakkan kulit dan jerawat suka naik. Jadi anda perlu hadkan pengambilan kek, biskut, gula-gula, dan soda.


9. Makanan bergoreng


Minyak dan lemak adalah tidak sihat untuk kulit kerana ia boleh membawa kepada pengumpulan lemak di dalam badan. Dan ia juga sangat mudah menyebabkan jerawat makin paras dan banyak naik.


10. Buah longan


Antara buah yang ramai orang suka kerana rasanya yang lazat dan manis. Tetapi anda kena tahu bahawa buah longan juga boleh menyebabkan jerawat naik.

Untuk ibu mengandung, anda perlu menghadkan pengambilan buah longan kerana ia boleh menyebabkan badan panas dari dalam, menganggu perkembangan janin dan sakit perut.


11. Delima


Makanan tempatan yang sangat kaya dengan gula, mineral dan vitamin. Tetapi buah delima mengandungi terlalu banyak gula boleh menyebabkan jerawat tumbuh.


12. Kacang


Kacang mengandungi karbohidrat, protein, dan vitamin yang memberi manfaat kepada hati dan buah pinggang anda. Walau bagaimanapun, kacang agak sukar untuk dicerna. Sebab itu anda tidak boleh memakannya dengan banyak pada satu masa. Kacang juga sangat panas, jadi jika anda ada masalah jerawat, anda tidak boleh makan kacang dengan banyak. Jika boleh elakkan.


13. Durian


Antara buah yang juga membuatkan badan anda panas apabila memakannya. Ia boleh meningkatkan haba di dalam badan anda dan boleh menyebabkan jerawat jika anda memakannya terlalu banyak.


14. Minuman berkarbonat / bergas


Minuman ini boleh menyebabkan keradangan kepada tubuh. Dan ia juga mengandungi aspartame, yang boleh menyebabkan jerawat.


15. Gluten 


Gluten boleh menyebabkan keradangan dan masalah penghadaman kepada akan menyebabkan jerawat. Kesan gluten juga sama seperti gula. Contohnya, makanan seprti roti, tepung, bijirin, gandum dan pasta antara penyebab terbesar keradangan berlaku di dalam tubuh anda yang akhirnya akan keluar sebagai jerawat pada kulit.


16. Makanan pedas


Pengambilan berlebihan makanan pedas boleh menganggu sistem penghadaman. Dan makanan pedas juga menyebabkan jerawat. Jika anda ada masalah jerawat, anda digalakkan untuk mengawal kuantiti makanan pedas.


17. Sushi


Tidak semua sushi berpotensi untuk menyebabkan jerawat tetapi ada beberapa perkara perlu adan tahu kaitan sushi dengan jerawat khususnya untuk penggemar sushi. Contohnya sushi yang ada menggunakan beras putih yang tinggi indeks glsemik, isi ketam dan sos soya pula tinggi gluten. Kesemuanya boleh meningkatkan keradangan di dalam badan sehingga boleh memburukkan lagi jerawat. Berhati-hati untuk penggemar sushi sekiranya anda ada msalah jerawat.


18. Jus dalam botol


Walaupan ada yang beranggapan jus dalam botol ini adalah jus buah segar tetapi ia sebaliknya. Jus dalam botol ini kebanyakan tinggi kandungan gula dan tidak ada serat. Ini akan meningkatkan paras gula dalam darah anda hingga boleh meningkatkan pengeluaran minyak (sebum) dan keradangan. Sebaiknya anda ambil jus dari buah-buahan segar.

Lihat juga: Punca dan Faktor Jerawat Naik


Bagi yang ada masalah jerawat, Gee sarankan supaya anda berhati-hati dalam memilih makanan. Salah makan, ia boleh memberi kesan terus kepada jerawat anda.

Selain itu, anda juga boleh mencuba SET JERAWAT ini untuk yang ada masalah jerawat.


Paling penting amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Ia bukan saja baik untuk mengawal jerawat tapi juga baik untuk kesihatan anda.




www.wasap.my/6013-5707812




Post a Comment

0 Comments