Punca Kulit Kusam dan Gelap | Cara Mengatasi Kulit Kusam dan Gelap

Apa punca yang menyebabkan kulit jadi kusam dan gelap? Apakah cara untuk mengatasi kulit kusam dan gelap?


Tips kulit kusam dan gelap


Kulit kusam dan gelap boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua dari usia anda sebenar. Hati-hati ya! Jangan dibiarkan kulit muka kusam begitu saja. Lama-lama kulit kusam boleh menyebabkan muncul jeragat padda kulit anda.

Bagaimana nak merawat dan memperbaiki kulit kusam dan gelap ini??

Sebelum anda mengetahui cara mengatasi kulit kusam dan gelap, anda perlu tahu dahulu apa punca masalah kulit menjadi kusam dan gelap. Selidik dahulu apa sebab kulit kusam jadi begitu.


Punca kulit kusam dan gelap 

1. Stress

Apabila stress, badan akan mengeluarkan hormon stress iaitu kortisol. Apabila hormon kortisol ini di keluarkan secara berlebihan di dalam badan dan kelenjar, ia menyebabkan:
  • Jerawat dan kulit mula bermasalah
  • Melambatkan proses regenerasi semula jadi kulit
  • Tona kulit kelihatan pucat dan kusam 

2. Tidak cukup tidur

Apabila anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, sel-sel kulit anda tidak akan dapat menjana semula dengan cepat dan cekap seperti biasa, sebaliknya kulit menjadi kasar, kusam, kering, lingkaran hitam sekitar mata dan juga memberi kesan kepada perubahan pengeluaran minyak dan pengelupasan sel kulit.

Sebab itu tidur yang cukup penting untuk menjana dan menghasilkan semula pertumbuhan sel-sel dan kolagen.


3. Sel kulit mati

Terlalu banyak sel kulit mati di wajah anda akan menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tak berseri. Penting untuk anda menggelupas atau membuat skrub muka secara berkala setiap minggu menghilangkan dan membuang sel kulit mati di wajah anda.


4. Rokok

Rokok juga berbahaya untuk anda! Asap rokok boleh menghalang peredaran darah yang ada oksigen daripada masuk ke dalam kulit. Dan ini menyebabkan kulit anda tidak mendapat bekalan nutrien yang cukup sehingga menganggu proses regenerasi kulit. Akhirnya kulit anda kelihatan kusam, tak berseri dan nampak tua dari usia.


5. Sinar UV matahari

Terdedah pada sinar UV matahari setiap hari boleh menyebabkan kulit anda menjadi kasar dan berkedut serta mempercepatkan lagi proses proses penuaan kulit.


6. Dehidrasi

Atau dalam kata lain kekurangan air. Dehidrasi akan melambatkan proses peredaran darah ke kulit anda hingga menyebabkan kulit kelihatan pucat dan sakit.


7. Pemakanan tidak sihat

Kita adalah apa yang kita makan. Adalah penting untuk mengawal apa yang anda makan setiap hari kerana ia memberi kesan terus kepada kulit anda. elakkan dan kurangkan makanan proses, gula, garam dan amalkan makanan tinggi antioksidan, kaya dengan serat, protein dan asid lemak perlu ( omega 3).



Berikut pula bebarap cara untuk mengatasi kulit kusam dan gelap yang boleh anda amalkan. 

Tips Atasi Kulit Kusam dan Gelap 
  • Buat masker muka sekurangnya 2 kali seminggu
  • Lakukan skrub pada muka sekurangnya 1 kali seminggu
  • Rajin mencuci muka waktu pagi dan malam untuk membersihkan makeup, kotoran dan minyak di muka.
  • Gunakan mada sebagai pelembap. Anda boleh sapukan madu dengan kapas di kawasan kering dan tunggu dalam 10 minit barulah anda membilas muka anda.
  • Guna pelindung matahari untuk melindung kulit daripada sinar UV yang berbahaya untuk kulit anda.
  •  Bersenam untuk membantu melancarkan peredaran darah.
  • Amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan makanan berminyak, yang diproses, bergula dan tinggi garam. 
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Banyakkan minum air putih. 


Selain itu, anda juga boleh mengambil suplemen untuk membantu mengatasi kulit kusam dan gelap. Antara suplemen yang boleh anda amalkan:


Set shaklee untuk kulit kusam dan gelap


1. B-complex 

Vitamin B Shaklee mempunyai 8 jenis vitamin B dan semua mempunyai fungsi masing-masing.

Untuk kulit kusam,
  • Vitamin B5 - melancarkan peredaran darah sekaligus mmenjadikan kulit sihat, segar dan berseri
  • Vitamin B12 - membantu sekatakan tona kulit, ia mengelak kulit gelap di kawasan tertentu di tubuh
  • Vitamin B3 dan B5 - mengekalkan kelembapan kulit, melambatk penuaan kulit, memperbaiki jerawat 
 
2. Sustained Release Vita C

Vitamin C Shaklee ini mengandungi Citrus Bioflavonoid, yang akan membantu meningkatkan penyerapan vitamin C di dalam tubuh.

Vitamin C sangat penting untuk kulit. Ia membantu:
  • Membentuk kolagen 
  • Mencerahkan kulit satu badan
  • Melambatkan proses penuaan kulit
  • Mengurangkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari
  • Menyekat pigentasi penyebab utama jeragat

3. Vitamin E Complex

Vitamin E Shaklee dibuat daripada minyak kacang soya, minyak biji gandum, grape seed extract, selenium dan 8 jenis vitamin E. Ini membuatkan vitamin E Shaklee antara terlengkap di pasaran dan mudah diserap tubuh.

Vitamin E juga penting untuk kulit:
  • Melambatkan proses penuaan kulit
  • Memudarkan kesan parut 
  • Melancarkan peredaran darah, menjadikan wajah berseri tak kusam
  • Melambatkan pembentukan melanin - pigmen kulit yang menyebabkan jeragat
  • Memperbaiki kesan sunburn

4. ESP Shaklee

Supplemen protein yang lengkap. Rendah lemak dan tiada kolesterol. Juga lengkap dengan asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh anda.


Protein sangat penting untuk kulit, ia 
  • Memperbaiki sel kulit yang rosak dan membina sel baru
  • Mencerahkan kulit secara sekata
  • Menyingkir sel mati yang berwarna hitam dan gelap
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan dan memudarkan parut
  • Memperbaiki kesan jeragat

5. Collagen Powder 

Suplemen kolagen terbaik dari Shaklee. Ia diperbuat daripada sumber tulen dan tahan lasak, 4000 mg ekstrak kolagen RSS yang berkualiti. Molekul sangat ringan, 1000 Dalton jadi ia sangat mudah diserap tubuh untuk membantu merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.

Kebaikan Collagen Powder untuk kulit:
  • Mengurangkan tanda penuaan - garis halus, kedutan, kecilkan liang roma
  • Mencerahkan kulit, pigmentasi, parut pada kulit
  • Menganjlakan kulit
  • Melembapkan kulit yang kering dan menggelupas
  • Kulit lebih licin dan lembut


Cadangan suplemen di atas adalah saranan untuk anda yang ada masalah kulit kusam.

Jika anda mempunyai masalah kulit yang lain juga, anda boleh menghubungi Gee terus ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah.


http://www.wasap.my/6013-5707812



Post a Comment

0 Comments