Jan 12, 2018

10 Tip Memakai dan Menjaga Contact Lens dengan Betul dan Selamat




Tip Memakai dan Menjaga Conract Lens dengan Betul dan Selamat

Penggunaan contact lens sudah menjadi trending dan ada yang tiada masalah mata juga turut memakai kanta lekap agar mata kelihatan cantik.

Tapi anda harus berhati-hati memakai contact lens. Ia boleh memudararkan kesihatan mata anda.

Dalam entri ini Gee ingin konsikan pada anda tip untuk memakai dan menjaga contact lens dengan betul dan selamat.

  • Tip Memakai dan Menjaga Contact Lens dengan Betul dan Selamat

1 Cuci dan keringkan tangan sebelum menyentuh contact lens untuk mengelak ia tercemar atau kotor yang berpunca dari air paip.

2. Memakai contact lens mengikut masa seperti yang dinasihatkan oleh optometrist Sebaiknya antara 6 jam ke 12 jam sehari dan 5 hingga 6 hari dalam seminggu. Satu hari lagi anda perlu merehatkan mata anda dari memakai contact lens untuk memastikan kornea berfungsi tanpa contact lens.

3. Sentiasa membersihkan contact lens selepas ia dikeluarkan dari mata untuk mengelak mendapan kekal lipid dan protein dari air mata. Sekurangnya anda membersihkan contact lens 20 kali pada permukaan depan dan belakang dan membilas ia dengan multipurpose solution.

4. Elakkan menyimpan contact lens di bilik mandi atau tandas bagi mengelak kontaminasi dari keadaan yang lembap. Anda hendaklah sentiasa menyimpan contact lens di tempat yang kering.

5. Bekas contact lensperlu digosok dan disimpan, sekurangnya seminggu sekali dengan menggunakan berus gigi bersih dan biarkan ia kering. Jangan biarkan bekas contact lens disimpan di dalam keadaan basah kerana ia menggalak peemrtumbuhan fungi.

6. Jangan memakai contact lens semasa tidur, ketika mandi dan berenang. contact lens yang terkena air paip, akan berisiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan.

7. Sentiasa merujuk doktor untuk pemeriksaan susulan daripada optometrist berkaitan kebersihan contact lens yang tidak selesa semasa memakainya.

8. Jika berasa sakit apabila memakai contact lens, anda perlulah mengeluarkan contact lens secepat yang mungkin dan segeralah berjumpa doktor mata atau optometrist anda.

9. Jangan menggunakan contact lens lebih dari tempoh sepatutnya. Contoh contact lens perlu dilupus selepas 30 hari sebaik ia keluar dari bungkusan. Bagi contact lens pakai buang, anda perlu membuang kanta sentuh tersebut.

10. Yang penting sekali jangan berkongsi contact lens dengan orang lain atau kawan-kawan!



Info tambahan:
  • Bagi yang baru memakai contact lens anda perlu menjalani pemeriksaan mata setiap 3 bulan.
  • Bagi yang sudah lama, anda hanya perlu melakukan pemeriksaan mata sekurangnya 6 bulan sekali.
  • Berjumpa dan dapatkan nasihat daripada doktor dahulu sebelum menggunakan contact lens.
  • Bagi anda yang biasa memakai contact lens, semoga anda sentiasa menjaga kebersihan dan berhati-hati.

Jangan menggunakan sesuka hati kerana kita tidak tahu kesan pada mata dan kesihatan anda Sayangilah mata anda.
.

Bagi anda yang ada masalah berkaitan mata, Gee juga ingin perkenal satu vitamin untuk anda iaitu VITAMIN A. Seperti sedia maklum vitamin A sangat baik untuk kesihatan mata anda kan. Jadi rajin lah makan makanan yang kaya dengan Vitamin A seperti lobak dan tomato.


Untuk suplemen vitamin A anda boleh mencuba Carotomax.





 http://Www.wasap.my/60135707812