11 Jenis Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kolagen Secara Semulajadi


11 Jenis Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kolagen Secara Semulajadi

Ada yang nak kulit yang kekal muda, anjal, sihat, bersih dan boleh melambatkan proses penuaan, maka korang sangat perlukan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein dan ia terdapat di seluruh tubuh badan kita. Kolagen bukan untuk kulit saja, ia juga terdapat pada rambut, otot, tulang dan tisu-tisu di dalam badan.

Tahu tak, badan kita sebenarnya boleh menghasilkan sendiri kolagen tetapi kolagen akan makin berkurang dan susut apbila umur sudah menghampiri 25 tahun ke atas. Dan kolagen juga boleh berkurang disebabkan proses penuaan, pencemaran, toksin, terdedah kepada cahaya matahari dan pemakanan.Bayangkan hari-hari kita mengahadap semua situasi ini kan? Apa jadi dengan kolagen kita?

Tapi korang tidak perlu risau, ada cara untuk mengahasilkan kolagen secara semulajadi iaitu melalui pemakanan. Dalam entri ini ada jenis makanan yang korang boleh makan untuk membantu menghasilkan dan meningkatkan kolagen secara semulajadi.


11 Jenis Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kolagen Secara Semulajadi

1. Sayur berwarna merah


Contohnya tomato, strawberi, tembikai dan anggur yang berwarna merah jambu. Sayuran berwarna merah kaya dengan lycopene, sejenis antioksidan yang bertindak sebagai sunblock semulajadi dan penggalak kolagen. Juga mengandungi vitamin C, yang juga merupakan antioksidan yang menggalakkan sintesis kolagen.

2. Sayur berwarna hijau gelap


Sayuran jenis ini kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang mana ia membantu meningkatkan pengeluaran kolagen di dalam badan.

3. Sayur berwarna oren


Kandungan Vitamin A di dalam sayur ini bukan hanya untuk meningkatkan pengeluaran kolagen secara semulajadi di dalam badan, tetapi juga memberi keanjalan kulit dan meningkatkan aliran darah ke seluruh wajah agar kelihatan lebih berseri. Vitamin A boleh didapati dalam buah-buahan seperti oren, mangga, lobak dan betik.

4. Buah citrus


Buah citrus seperti oren, limau, lemon dan limau gedang tinggi kandungan vitamin C. Vitamin C memainkan peranan penting untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan dan membantu asid amino-lysine dan proline untuk ditukar kepada kolagen.

Vitamin C juga membantu meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh yang mana ia boleh menyerang dan memecah kolagen dan elastin dalam kulit.

5. Berry 


Contohnya strawberi, blueberries, raspberi, atau beri hitam semua penuh dengan antioksidan. Antioksidan penting untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan juga meningkatkan pengahsilan kolagen di dalam badan.

6. Bawang putih


Bawang putih mengandungi asid taurin dan lipoik, yang membantu membina semula serat kolagen yang telah rosak. Bawang putih juga merupakan sumber semula jadi sulfur yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan kolagen. Rajinlah makan bawang putih untuk membantu anda mendapat kulit yang sihat dan muda.

7. Teh putih


Minum teh putih dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan dan mencegah aktiviti enzim yang boleh memecahkan kolagen apabila umur makin bertambah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kingston University dan Neal's Yard Remedies, teh putih boleh melindungi protein struktur kulit, khususnya kolagen.

8. Avokado


Avokado kaya dengan vitamin E yang boleh membantu melawan radikal bebas dan juga mengandungi asid lemak omega-3, yang akan membantu meningkatkan pengeluaran kolagen di dalam badan.

9. Protein

Pengeluaran kolagen di dalam badan melibatkan asid amino, sebab itu sangat penting untuk mendapatkan bekala protein harian yang cukup. Salah satu asid amino penting, lysine membantu memudahkan penghasilan kolagen di dalam badan kita.

10. Soya


Soya adalah sumber protein dan lysine yang sangat baik. Ia juga mengandungi hormon tumbuhan iaitu genistein. Genistein ini boleh meningkatkan kolagen, menguatkan kulit dan menghalang enzim yang boleh membuatkan kulit lebih cepat tua. Contoh makanan yang ada kandungan soya dan lysine ialah kekacang dan putih telur.

11. Biji labu


Biji labu antara makanan yang kaya dengan zink. Zink bertindak sebagai cofactor untuk sintesis kolagen. Kajian juga menunjukkan bahawa mengambil suplemen zink boleh membantu melambatkan kadar kerosakan kolagen.

Zink juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengekalkan membran sel yang sihat. Ini menjadikan zink antara nutrisi yang baik untuk kulit yang sihat dan cantik.z sumber lain zink ialah bayam, kacang garbanzo, walnut, kacang, dan badam.


Bagi korang yang ingin kulit muda dan sihat, rajin-rajin lah makan makanan yang di atas ini. Ia bukan saja dapat memabntu meningkatkan kolagen tapi juga baik untuk kesihatan.


Bagaimana dengan suplemen kolagen?

Pengambilan suplemen kolagen juga antara yang paling ramai dan cara paling mudah pada zaman ini. Tapi korang perlu berhati-hati memilih suplemen kolagen. Pastikan ia betul-betul berkualiti dan terbaik.

Collagen Powder Shaklee


Suplemen kolagen daripada Shaklee yang berkualiti tinggi. Ia diekstrak daripada sisik ikan merah yang paling tulen. Mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen. Saiz molekul yang lebih kecil berbanding kolagen lain kira-kira 1,000 Dalton. Jadi, penyerapan lebih optimum dan mudah diserap oleh badan kita. Dan juga membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tambahan ada tambahan 7 lagi bahan utama dalam collagen powder bagi meningkatkan lagi keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan luar dan dalam. 


Kebaikan Collagen Powder Shaklee
  • Anti-Penuaan – mengurangkan kedutan, mengurangkan liang roma
  • Melembap – melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
  • Mencerah – mengurangkan pigmentasi jeragat
  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Meningkatkan pergerakan
  • Menyubur
  • Menegangkan payudara dan punggung

Berminat untuk mendapatkan Collagen Powder Shaklee ini korang boleh menghubungi Gee atau klik bawah ini untuk pautan Whatsapp. Terima kasih. 


 http://Www.wasap.my/60135707812



Post a Comment

0 Comments