Jan 27, 2018

Cara Merawat & Hilangkan Bisul Agar Cepat Pecah dan Sembuh



Ada yang pernah kena bisul? Yang pernah kena bisul mesti tahu kan macam mana. Rasa takut dan fobia kalau bisul datang lagi nanti. Kalini Gee nak berkongsi pengalaman sendiri kena bisul kat korang.


Cara Merawat & Hilangkan Bisul Agar Cepat Pecah dan Sembuh

Kena bisul ni antara pengalaman paling 'ngeri' bagi Gee.

Kenapa 'ngeri'?
Disebabkan bisul ni Gee tak boleh berjalan dengan betul macam biasa, banyak duduk dan baring. Lepastu solat pun Gee kena solat duduk. Hilang nikmat kejap nak solat dan sujud macam biasa sebab Gee solat duduk atas kerusi. Kaki tak boleh berdiri lama or bergerak banyak sebab bisul banyak, tak pecah keluar nanah dia. Memang rasa sakit tu berdenyut.

Kenapa teruk macam tu skali?
Sebab bisul ni Gee kena kat bawah tapak kaki. Dua belah kaki pulak tu. Ya Allah memang sakit nak jalan. Lagi-lagi bila bisul tu masih tak pecah dan merebak banyak kat kaki Gee. Memang rasa seksa. Masa ni Gee terfikir macam ni lah kan kalau orang tu ada sakit tak boleh jalan. Takda nikmat dah.





Ni sebahagian gambar. Tapi ni gambar mula-mula sebelum bisul tu merebak habis kat kaki.


Macam mana Gee merawat bisul dan menghilangkan bisul agar cepat pecah dan sembuh?

1. Makan suplemen. Gee baca yang bisul ni sebab antibodi / sistem imun badan lemah. Dan boleh jadi demam kan bila kena bisul.

Jadi Gee makan suplemen Vitamin C, Garlic dan Alfalfa. Dos memang lebih sikit Gee makan untuk kuatkan imuniti badan lawan bisul tu. So far masa tu Gee tak kena demam. Syukur jugak kan.


Gee amik juga ESP. Ni untuk percepatkan proses penyembuhan, kulit lagi cepat elok. Parut hilang dan pudar. Satu lagi, badan tak rasa letih sangat.

2. Gee juga amik ubat. Beli dari farmasi. Ada 2 jenis ubat yang Gee makan. Tapi ubat ni Gee makan hari ke 3-4 macam tu. Sebab tak tahan sakit. Bisul dia makin merebak. Jadi mintak ayah belikan ubat kat farmasi.

Ubat tahan sakit untuk bisul

Ubat untuk bagi bisul cepat pecah dan tak naik lagi bisul


3. Gee beli krim dari farmasi jugak. Krim ni Gee tengok, untuk krim sakit mata tu. Tapi sapu je lah sebab orang kat farmasi tu bagitau boleh cepat elok. So gee sapu siang malam. Alhamdulillah memang betul, bisul cepat pecah, tak naik banyak dan makin elok. Tapi kena rajin sapu.



4. Sapu krim Herbal Blend Shaklee. Ni lepas bisul dah kering, tinggal parut dan kulit macam kering berkulit. Jadi Gee sapu lah krim ni tiap hari. Alhamdulillah cepat ok. Kulit tak kering sangat. Parut macam cepat pudar jugak.

5. Cuci bisul dengan Basic H. Gee tergerak untuk campur Basih H dengan air supaya dapat bunuh kuman dan cuci bersih kaki.

Bisul ni antara sebab dia naik ialah bab kebersihan. Jadinya Gee cuci tiap hari kaki dengan air Basic H. Hebat tau tak? Bila cuci guna air Basic H ni, kaki tu tak rasa pedih. Bila cuci guna air biasa/paip tu ada rasa pedih dia sikit. Patut pun ramai ibu-ibu guna air ni untuk anak-anak bila demam.


Berapa lama kena bisul?

Gee kena bisul ni lebih kurang dalam 10-12 hari. Lama jugak kan. Lebih dari seminggu. Tapi yang Gee perasan memang cepat baik la bila Gee amik semua atas tu.

Alhamdulillah syukur.

Lepas bisul dah baik, Gee teruskan makan suplemen. Sebab ada yang kata bisul boleh datang lagi. Makanya Gee teruskan makan macam biasa. Dan jaga kebersihan kaki jugak. Takut dia naik lagi bisul kat tempat yang sama. Kena pandai cegah dari awal lah kan.

Alhamdulillah. Bila kena bisul ni banyak mengajar Gee untuk lebih bersabar dan bersyukur. Yang penting kena yakin dengan Allah. Ada lah sebab dia bagi ujian tu kan.


Sedikit tip bisul yang boleh Gee kongsikan untuk korang bersama.

Tip Bisul:
  • Rajin makan makanan yang tinggi antioksidan untuk kuatkan sistem imun badan melawan bakteria.
  • Jangan pecahkan bisul. Bila pecah merebak lagi banyak.
  • Jaga makan. Makan-makanan yang sihat-sihat.
  • Rajin minum air kosong untuk elak badan terhidrat. Efek jugak bila air kurang dalam badan, sistem imun lemah. 
  • Menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar. 
  • Bersabar untuk tunggu bisul baik sepenuhnya.

Moga pengalaman dan tip Gee kongsi ni dapat membantu korang yang ada bisul. Paling penting jaga kebersihan dan tingkatkan sistem imun badan.



 http://Www.wasap.my/60135707812