Jan 23, 2018

Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Terkena Chicken Pox



Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Terkena Chicken Pox

Makanan sangat penting apabila anda terkena sakit chicken pox. Anda mesti menjaga makanan dengan betul agar ia tidak memburukkan lagi keadaan dan melambatkan chicken pox anda dari sembuh.

Dalam entri ini, Gee ada kongsikan makanan yang perlu anda elak semasa terkena chicken pox.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Terkena Chicken Pox

1. Makanan yang banyak lemak
Anda erlu mengelak makanan yang tinggi lemak tepu semasa terkena chicken pox. Contohnya daging, kelapa kering, mentega, minyak ikan, coklat gelap, kacang dan keju kerana makanan ini semuanya tinggi dengan lemak tepu. Ia boleh menyebabkan keradangan yang menghasilkan ruam dan melambatkan proses penyembuhan.

2. Buah citrus
Chicken pox juga boleh menyebabkan sakit tekak. Jadi, anda perlu mengelakkan dari mengambil jus atau buah jeruk. Jika dapat, elak dari mengambil buah-buahan citrus yang tinggi kandungan asid seperti oren dan anggur, ia akan menyebabkan luka di dalam mulut lebih sakit. Jika anda ingin mengambilnya, anda boleh mencampurkan buah ini dengan susu atau yogurt.

3. Produk tenusu
Elakkan dari mengambil produk tenusu seprti susu, ais krim, mentega dan keju kerana makanan ini boleh membuatkan kulit berminyak dan kulit gatal-gatal pada tempat yang terkena chicken pox.

4. Makanan bergoreng
Sekiranya anda diserang chicken pox, anda tidak boleh memakan makanan berminyak kerana kandungan minyak ini akan menyukarkan chicken pox untuk sembuh.

5. Makanan bergaram
Makanan bergaram ini boleh menyebabkan kerengsaan dan kuka di dalam mulut lebih parah. Anda harus berhenti sekejap daripada mengambila makanan yang tinggi dengan garam.

6. Makanan ringan
Semasa terkena chicken pox, anda mesti mengelakkan makanan ringan kerana ia akan memburukkan keadaan di mana akan menyebabkan anda berasa lebih sakit.

7. Makanan pedas
Semasa anda mengalami chicken pox, anda juga harus mengelak makanan yang pedas-pedas kerana boleh sakit dada dan keradangan di dalam badan.

8. Makanan berasid
Cuba untuk mengelakkan makanan yang berasid seperti coklat dan kopi yang boleh menyebabkan kerengsaan dan lebih banyak gatal-gatal akan muncul pada badan anda.

9. Air bergas
Bagi air bergas atau bikarbonat, jangan mengambilnya semasa terkena chicken pox kerana ia akan menyebabkan luka makin sakit di dalam mulut dan melambatkan luka akibat chicken pox untuk sembuh.


Sekiranya anda ingin chicken pox lebih cepat sembuh, anda perlu mengelak dari mengambil makanan ini semua. Makanan yang sangat berasid dan makanan berlemak ini akan memperlahankan proses penyembuhan dan menyebabkan keadaan kulit anda lebih teruk.