13 Fakta Menarik Tentang Herba Yang Perlu Anda Tahu


Nak tahu apa info menarik tentang herba yang ramai tidak tahu?

manfaat herba


1. Rawatan menggunakan herba merupakan bentuk perubatan yang tertua. Ia merupakan keperluan asas untuk masyarakan zaman silam dan masih digunakan meluas sampai hari ini. (WHO)

2. Hampir 25 peratus ubat-ubatan moden terperiskripsi berasal dari tumbuhan. Ekstrak digitalis dari daun tumbuhan foxglove, morphinie dan codeine berasal daripada pokok popi, quinine dan kulit pokok chinchona dan banyak lagi.

3. 2/3 daripada mereka yang mengambil perubatan komplementari dan alternatif tidak memaklumkan kepada doktor yang merawat.

4. Bagi sesetengah herba, kegagalan menentukan pengambilan dos yang betul boleh menyebabkan kematian atau Dosis Sola Facit Venenum (dos adalah penentu racun).

5. Perbezaan ketara antara herbalisme dan perubatan moden ialah perubatan moden hanya menggunakan sejenis ekstrak bahan kimia aktif daripada tumbuhan atau yang di sintesis di kulang untuk mengasilkan ubatan moden. Dalam herbalisme, keseluruhan tumbuhan atau bahagian tertentu tumbuhan digunakan sebagai bahan pemuliharaan atau perawatan.

6. Dalam sejenis herba terdapat beratus jenis bahan kimia yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Satu atau beberapa jenis bahan kimia memiliki sifat terapeutik yang serupa dan setiap satu pula memiliki pelbagai jenis tindakan terapeutik.

7. Secara tradisional, herba boleh digunakan untuk meredakan stress, tekanan darah tinggi, sakit perut, insomnia, sembelit, jangkitan kuman dan mengurangkan kepekatan darah. Ia juga boleh membantu meredakan artritism pelbagai jenis penyakit keradangan seperti migrain, asma, tonsilitis dan lain-lain.

8. Istilah drug atau ubat berasal daripada perkataan Belanda Droog yang bermaksud kering atau keringkan. Ia mendedahkan para penyembuh dahulu kala menggunakan herba dan tumbuhan yang dikeringkan sebagai ubat.

9. WHO menganggarkan 65-80 peratus (lebih 4 billion) populasi dunia mengaplikasikan perubatan alternatif sebagai bentuk penjagaan kesihatan utama berbanding hanya 10-30 peratus menggunakan perubatan konvensional (statistik 2012).

10. Dianggarkan 7000 kompaun sebatian yang digunakan dalam perubatan moden berasal daripada herba dan tumbuhan.

11. Rawatan tradsional cina terpilih oleh WHO bagi memenuhi keperluan bidang penjagaan kesihatan pada abad ke-21.

12. Herba perubatan telah ditemui sebagai antara barang peribadi pada mumia lelaki ais zaman prasejarah yang ditemui di banjaran Apls Itali pada tahun 1991.

13. Sekitar 19 peratus syarikat yang tesenarai dalam Fortune 500 menawarkan perubatan alternatif sebagai sebahagian daripada pakej pampasan penjagaan kesihatan.


>Sumber: ISihat<


Post a Comment

0 Comments