Mar 7, 2018

Khasiat warna di sebalik buah dan sayuran yang anda makan


Apakah khasiat warna di sebalik buah dan sayuran yang anda makansetiap hari?

Ramai yang dah tahu setiap buah dan sayur dia ada berbeza warna kan. Tahu tak apa maksud disebalik warna tu?

Untuk info korang, warna pada setiap buah dan sayur tu berbeza sebab kandungan mikronutrien di dalamnya. Vitamin dan fitonutrien ni yang jadi sebab utama warna dia berbeza untuk setiap jenis buah dan sayur yang ada.

Apakah khasiat di sebalik warna pada buah dan sayuran?

Merah/merah muda


  • Menghapuskan sisa radikal bebas
  • Mengurangkan radang dalam arteri sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular
  • Mengelakkan kerosakan yang boleh mengubah gen yang menggalakkan pertumbuhan kanser
  • Contoh: epal, cili, ceri, strawberi, betik, limau gedang, tembikai, kranberi

Kuning


  • Ia mengandungi agen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Mengandungi beta keroten, vitamin, mineral dan serat
  • Contoh: jagung, nanas, lemon, mangga, pisang

Oren/jingga


  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Memperkuatkan tubuh badan kita secara semulajadi bagi melawan radikal bebas yang boleh membawa kepada kerosakan oksidatif dan menjadi sebab kanser.
  • Contoh: oren, lobak merah, labu, pic, aprikot, ubi keledek

Hijau


  • Ia banyak mengandungi vitamin, folat, mineral, kalium dan kalsium serta serat.
  • Membantu mencegah kanser (terutama paru-paru dan kolon).
  • Mengurangkan risiko strok dan penyakit kardiovaskular.
  • Juga membantu mekindungi mata.
  • Contoh: kale, bayam, salad, brokoli, kobis, epal hijau, avokado 

Putih


  • Mengandungi alisin, unsur yang membantu melawan kolesterol dan tekanan darah tinggi.
  • Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan dan menghentikan pertumbuhan prostat dan sel-sel 
  • kanser kolon. Lobak putih mengandungi glucosinolate (sebatian antikanser 
  • dan anti bakteria), kalsium, kalium dan vitamin C. Contoh: bawang putih, halia, kembang kol, cendawan dan keledek isi putih.

Biru, indigo dan ungu


  • Mengandungi flavonoid, fitokimia dan antioksidan serta pigmen yang dipanggil antisianin, yang sedang dikaji peranannya dalam melindungi tubuh daripada karsinogen berbahaya.
  • Ia juga mengandungi serat yang membantu dalam mencegah kanser kolon.
  • Bersifat anti diabetes.
  • Mengandungi fitokimia dan asid lemak yang penting untuk fungsi otak.
  • Contoh: beri biru, kobis ungu, keledek ungu, terung 


Diet berasaskan tumbuhan sangat baik untuk kesihatan kita. Diet berasaskan tumbuhan ini boleh membantu merendahkan risiko daripada terkena penyakit berbahaya seperti Leukemia, kanser otak, payudara, paru-paru, kulit, prostat dan saluran pencernaan termasuklah Diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Diet berasaskan tumbuhan juga tinggi kandungan antioksidan yang membantu meningkatkan sistem pertahan badan sekaligus meningkatkan keupayaan tubuh melawan peyakit.

Jom kita amalkan diet yang berasaskan tumbuhan. Ia sangat-sangat baik untuk kesihatan kita.