Apr 22, 2018

8 Tip Makan Secara Sihat Dalam Bulan Puasa





Tip makan secara sihat dalam bulan puasa. Memandangkan bulan puasa akan tiba tak lama lagi, anda boleh mengamalkan tip-tip ini nanti. Boleh buat persediaan awal sebelum bulan puasa tiba.




8 Tip Makan Secara Sihat Dalam Bulan Puasa 

1. Melewatkan waktu sahur sebelum masuk waktu imsak dan awalkan waktu berbuka.

2.Banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

3.Merancang makanan yang ingin dibeli bagi mengelakkan makan secara berlebihan dan membazir.

4.Memilih makanan yang dimasak tanpa menggunakan minyak, garam atau gula secara berlebihan.

5.Memilih kuih-muih yang sihat seperti popia basah, jagung bakar, atau apam balik tanpa gula.

6.Elakkan membeli minuman yang dijual tetapi jika teringin juga anda boleh memilih tanpa gula atau kurang manis.

7.Memilih menu makanan yang menggunakan teknik masakan yang lebih sihat seperti bakar, kukus atau panggang. Boleh juga asingkan kuah jika perlu seperti ayam percik yang diasingkan kuahnya.

8.Pilih gerai atau tempat makan yang bersih dan makanan yang bertutup.