10 Tips Sihat Semasa Ramadhan

 

Selamat berpuasa buat semua umat Islam. kalini Gee nak kongsikan tips sihat yang boleh kita amalkan amsa bulan Ramadhan ini. 



10 Tips Sihat Semasa Ramadhan

1. Amalkan diet yang seimbang. Boleh cuba mengamakan konsep pinggan sihat suku suku separuh.

2. Mengambil lebih banyak buah dan sayur semasa sahur atau berbuka. Buah dan sayur kaya dengan serat dan multivitamin lain dapat membantu membekalkan nutrisi sihat pada badan kita. Terutama buah dan sayur tinggi serat boleh membantu mengelak masalah sembelit masa berpuasa.

3. Kawal makan makanan tinggi kalori kerana ia boleh membawa kepada penambahan berat badan.

4. Kurangkan mengambil makanan berminyak, bergaram tinggi seperti ayam goreng, pizza, makanan bergoreng.

5. Rajin minum air kosong. Minum air kosong dalam 6 - 8 gelas sehari antara waktu sahur dan berbuka. Boleh lebihkan malam.

6. Makanlah secara perlahan-lahan jangan tergesa ini bertujuan untuk mengelak masalah ketidakcernaan. 

7. Buat senaman paling kurang 30 minit dalam 5 ke 6 hari seminggu. Bagi badan kita aktif bergerak sikit.

8. Kurangkan mengambil makanan dan minuman manis. Waktu puasa inilah waktu terbaik untuk kita mengawal makanan dan minuman manis. Terlalu banyak mengambil yang manis tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang dan boleh mempercepatkan proses penuaan badan kita juga.

9. Kurangkan makanan tinggi garam kerana boleh menyebabkan rasa haus. 

10. Semasa moreh elak makan berlebihan. Cuba gantikan dengan buah atau snek sihat. Sebab waktu dalam malam jika terlebih makan takut susah pula nak bangun sahur pagi. 



Moga tips ringkas ini bermanfaaat buat semua. Jaga makan minum dengan baik masa puasa ini. Masa puasa inilah waktu terbaik untuk badan kita reset semula dan detox badan kita. 




Post a Comment

3 Comments