Apr 11, 2018

9 Kepentingan Kolesterol Di Dalam Tubuh Yang Sangat Penting Untuk Anda!


Kepentingan kolesterol di dalam tubuh. Apa manfaat kolesterol kepada tubuh badan kita?


Ramai yang ingat bila kolesterol terus tak elok untuk tubuh. Tapi sebenarnya kolesterol juga berperanan penting kepada tubuh badan kita. Apa kepentingan kolesterol di dalam tubuh kita?

9 Kepentingan Kolesterol Di Dalam Tubuh Yang Sangat Penting Untuk Anda!

1. Hormon
Hormon di dalam tubuh berfungsi untuk mempercepatkan tidakan kimia. Hormon seksual membantu mematangkan organ dan perkembangan seksual lelaki dan wanita. Tugas lain hormon termasuk membolehkan wanita mengalami menstruasi, melahirkan anak secara normal., mengeluarkan susu dan sebagainya.

2. Pembentukan vitamin D
Vitamin D penting untuk tubuh manusia. Ia berfungsi untuk membentuk tulang dan gigi serta mengukuhkannya. Dengan adanya kolesterol, tubuh boleh mendapatkan manfaat vitamin D sendiri (diproses dalam tubuh).

3. Sistem percernaan
Kolesterol juga membantu melancarkan proses pencernaan. Kolesterol mmebantu menghasilkan cairan hempedu yang akan membantu usus dalam melakukan pencernaan makanan. Cairan hempedu ini berguna untuk membantu proses penyerapan lemak serta nutrisi dalam badan.

4. Penyerapan kalsium
Mineral yang datang daru luar tidak boleh diserap apabila ia masuk ke dalam tubuh. Tapi, satu cara dengan bantuan kolesterol. Kolesterol akan memproses vitamin D yang digunakan di dalam tubuh. Vitamin D pula akan membantu tubuh menyerap kalsium.




5. Metabolisme tubuh
Kolesterol juga dapat meningkatkan proses metabolisme tubuh. Kolesterol akan menghasilkan hormon korteks adrenal yang akan digunakan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Apabila metabolisme tubuh meningkatk, kesihatan dan daya tahan badan akan bertambah.

6. Menjaga kebersihan pembuluh darah arteri
Kolesterol juga membantu menjaga keadaan dan kebersihan pembuluh darah arteri. Jika pembuluh darah arteri masih bersih, maka akan terhindar daripada risiko penyakit jantung dan stroke. Dua penyakit ini merupakan penyakit berbahaya yang boleh menyerang bila-bila masa dan sesiapa saja.

7. Mengurangi gejala aterosklerosis
Aterosklerosis atau penyumbatan pembuluh darah di tahap yang teruk akan menyebabkan bekalan oksidan terhenti. Otot jantung yang terlibat akan mati dan ini boleh membawa risiko serangan jantung yang teruk dan membawa kematian. Tapi ia boleh dicegah dengan cara menambah HDL atau kolesterol baik. HDL mempunyai sifat antioksidan yang mampu menjaga daripada sebarang penyakit berkaitan aterosklerosis.

8. Mengurangkan darah beku
Kesan daripada antioksidan tubuh daripada koelsterol baik dangat dierlukan tubuh dalam membantu mengurangkan pembekuan darah. Ia boleh mengurangkan gejala serangan jantung.

.9. Melindungi kulit dari sinar UV
Kolesterol juga berguna untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. Sinar UV A dan UV B boleh menyebabkan seseorang terkena radiasi seperti kanser kulit.


~Info: iSihat~


Kolesterol sangat penting kepada tubuh kita. Anda boleh menilai sendiri tugas dan fungsi kolesterol di dalam tubuh. Yang penting anda bijak mengawal paras kolesterol di dalam tubuh anda.

Dah baca >> Cara kawal kolesterol secara semulajadi