May 29, 2018

Hotel Yang Best dan Terbaik di Kuantan


Ada yang mencari hotel yang best dan terbaik di Kuantan? Kalau korang selalu pergi bandar Kuantan kat Pahang tu, mesti ada perasan ada banyak gila pilihan hotel di Kuatan kan? Macam-macam jenis hotel, sampai tak tau mana satu yang best. Dan yang best semua tertumpu kat tengah-tengah bandar Kuantan tu. Dari luar, nampak semua macam best je kan?



Hotel Yang Best dan Terbaik di Kuantan Yang Patut Korang Pilih

Ok. Dalam entri kalini Gee akan bagitau mana satu hotel yang best, terbaik dan favourite di Kuantan ni.

Hotel ni mungkin tak sepopular hotel lain tapi dorang punya service tu memang terbaik, tiptop lah sampai kan dulu ada yang sewa bilik kat hotel tu sampai empat bulan. Punya lah lama kan? Nampak sangat dorang suka dengan hotel ni yang kat Kuantan tu. 

Apa nama hotel tu? 


Okay, hotel yang best yang Gee nak kongsikan ni ialah Grand DarulMakmur, Kuantan yang terletak dekat Lorong Gambut, off Jalan Berserah. Hotel ni kalau cakap dengan orang local kat situ, dia lebih dikenali dengan nama lama, MS Garden. Sedikit info pasal Jalan Berserah ni, dia antara jalan utama jugak dekat bandar Kuantan. Jalan dia agak sibuk, kat situ agak senang la nak cari teksi semua. 

Kaki shopping? Ni berita best untuk korang sebab shopping mall dia semua dekat-dekat je kalau kat Kuantan ni. 

Nak tau apa yang best pasal hotel Grand DarulMakmur? Gee akan cerita satu-satu kat korang semua.

  • Dari segi rating hotel, jika check kat Traveloka, rating hotel ni adalah 8.5/10. Impressive. Hebat kan? 


Sebabnya ramai yang pernah duduk kat situ semua suka dan puas hati. Dari bab servis daripada staffs dia mantap, bilik besar, bersih dan sangat selesa. Nak check-in pun, hampir tak pernah ada sebarang masalah.

Access pergi hotel dia pun senang. Tambah lagi dia punya parking lot tu pun besar tau. Korang faham-faham lah Kuantan ni susah sikit nak cari parking lot kalau kat tengah-tengah bandar dia. Maklumlah bandar besar, sesak dan ramai orang kan. 


  • Untuk bilik dia pulak, hotel Grand DarulMakmur ni ada lima jenis bilik. 


Semuanya ada Wi-Fi percuma dan ada connection, jadi tak perlu bimbang lah pasal ni. Bilik dia yang paling murah ni berharga RM 160 satu malam, dengan saiz 49-sqm. Besar kan?



Bilik dia yang paling besar pulak adalah bilik Executive Suite, 75-sqm dan harga dia RM 410 satu malam. Besar dia korang boleh golek-golek atas lantai. Dalam bilik dia, ada standard facilities macam mini-fridge tu untuk korang simpan makanan ke atau nak sejukkan air pun boleh. Senang kan? 

Satu lagi bilik-bilik hotel dia ni pun ada minibar and snacks juga tapi setiap satu, dorang kira satu-satu dan harganya boleh tahan mahal. Satu tin air gas tu harga sampai RM 7 kalau tak salah. Haa kalau korang rasa malas nak beli kat bawah or sebelah, boleh je minum. Pay per drink gitu. Bilik dia pun ada bagi percuma teh dan kopi untuk korang minum dan ada kettle skali sedia untuk masak air. 

Selain tu, bilik-bilik dia ni boleh mintak extra bed, kot tak muat katil ke kan. Extra bed ni nanti bayar asing. Lepas tu, nak menggosok, boleh call housekeeping nak mintak pinjam iron. 


  • Sapa yang suka berenang? Hotel ni pun ada swimming pool skali tau.



Swimming pool dia satu je tapi besar tau. Untuk bab keselamatan pulak, pihak hotel dah buat dinding atau penghadang berbeza mengikut kedalaman. Jadinya, swimming pool ni untuk kanak-kanak dan dewasa semua boleh guna dengan selamat.


Kalau budak kecik tu tak boleh panjat penghadang atau dinding dalam pool yang lebih kurang satu meter tu, dia tak boleh lah nak gi sebelah. Belah orang dewasa punya pool, kedalaman dia gradual. Makin jauh dari kanak-kanak, dia makin dalam. Paling dalam pool dia sekitar 1.8 metres.


Belah kanak-kanak pulak, pool dia ada artificial air terjun. Air pool yang dia filter tu masuk ikut air terjun tu. Haa rasa macam nak kena water massage, boleh duduk bawah air terjun tu lama-lama. Seronok kan? Tapi yang ni tak boleh la panjat atas faktor keselamatan. Walaupun dorang takde fulltime lifeguard, tapi staffs dorang selalu juga slalu usha-usha kot-kot ada yang nakal nak panjat. 

Kat pool ni ada juga tempat nak rehat, santai-santai sambil minum air jus sedap-sedap. 


  • Restaurant hotel dia korang rasa?


Jom cuci mata tengok bawah gambar ni dulu.





Restaurant hotel dia ni best. Setiap pagi menu dia lain-lain, jadi takde lah muak kan asyik nak makan benda sama je bila nak sarapan pagi tu. Pilihan makanan dia ada makanan tempatan dan juga antarabangsa. Ada macam-macam jenis lah. Sedap! Senang nak pilih ikut selera mana korang suka. 

Lepas tu kan, restaurant dia ada egg stations. Yang ni korang boleh order nak makan telur apa atau nak masak macam mana nanti dorang buatkan. 

Jika bukan waktu makan, tapi korang rasa lapar jugak, restaurant dia still bukak. Korang boleh order ala-carte punya menu yang best-best dan harga pun berpatutan jugak tau. 


So korang tunggu apa lagi, jom book hotel Kuantan on Traveloka now!