May 30, 2018

Kebaikan Makan Buah Kurma 3 Biji Setiap Hari Untuk Kesihatan


Apa rasional dia bila kita makan buah kurma 3 biji setiap hari untuk kesihatan kita? Apa kebaikan yang kita dapat dari makan buah kurma ni?


Mengikut kajian yang diterbitkan di dalam International Journal of Food, Sciences and Nutrition pada tahun 2003, kurma antara makanan paling ideal. 

Sebab apa? Apa dia kebaikan buah kurma?

Kurma membekalkan pelbagai jenis nutrien dan banyak kebaikan untuk kesihatan.

Kurma mengandungi vitamin A, vitamin B, kuprum, kalium, zat besi, magnesium, mangan, dan 15 mineral lain termasuk karoten, lutein dan zeaxanthin.

Karoten, lutein dan zeaxanthin ni boleh dapat juga dari sini, suplemen Carotomax

Kebaikan makan kurma setiap hari
  1. Memberi tenaga segera
  2. Membantu tambah baik penghadama
  3. Menyeimbangkan zat besi bagi penghidap anemia
  4. Menyihatkan jantung
  5. Melegakan alahan
  6. Meningkatkan imuniti 
  7. Mineral bantu kesihatan tulang
  8. Kurangkan risiko stroke dan penyakit lain yang berkaitan
  9. Cegah kanser usus
  10. Menjaga berat badan yang ideal
  11. Jaga kesihatan sistem saraf
  12. Potassium di dalam kurma bantu baiki cirit-birit

Banyak kan kebaikan makan kurma ni. Jangan hanya makan kurma di bulan puasa saja. Bulan lain juga boleh makan kurma.

Untuk bulan puasa ni, Gee makan 3 biji kurma waktu sahur. Kemudian minum ESP yang berindeks glisemik rendah (bagus juga untuk yang ada Diabetes), beri tenaga dan bantu cegah gastrik skali.





Waktu berbuka juga makan kurma. Bila nak berbuka puasa ni sebaiknya makan kurma dan air kosong dulu. Jangan terus air gas, air manis. Bagi dulu masuk air kosong dalam badan kita yang dah berpuasa sepanjang hari.


Moga bermanfaat. Rajin-rajinlah makan kurma ya.