Jul 10, 2018

Kepentingan Asid Folik untuk Ibu Mengandung / Hamil


Apa kepentingan asid folik untuk bakal ibu atau ibu yang mengandung atau hamil?


Asid folik adalah supplemen tambahan yang disarankan kepada semua wanita yang ingin merancang untuk mengandung / hamil. Pengambilan asid folik ini perlu terus diambil selama tiga bulan pertama kehamilan. Jika terus mengamlkannya sepanjang hamil juga boleh.

Apa kepentingan asid folik untuk si ibu yang bakal atau sedang mengandung / hamil?

Asid folik penting untuk pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang. Tapi masih ramai lagi wanita yang tidak boleh mendapat cukup asid folik dari pemakanan harian.

Kenapa perlu mengambilnya?

  • Tujuan pengambilan tambahan suplememn asid folik ialah untuk mencegah kecacatan kepada otak dan saraf tunjang janin yang mula terbentuk pada awal kehamilan.


  • Tambahan supplemen asid folik yang diambil sebelum hamil dan semasa hamil dapat membantu mengurangkan kecacatan neural tube defect ini sebanyak 70% kepada anak. 



Menurut Dr Imelda Balchin,

💚81 negara di seluruh dunia telah mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang telah diperkayakan dengan supplemen asid folik, supaya wanita yang tidak merancang kehamilan, atau terhamil, masih boleh mendapat asid folik daripada pemakanan sebelum dan semasa hamil.

💚Kajian perubatan ke atas satu juta ibu hamil membuktikan bahawa tambahan supplemen asid folik sebelum hamil dan semasa hamil juga mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum disorders (ASD) sebanyak 20%.

💚Maklumat terbaru menunjukkan tambahan folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan remaja.

💚Kajian MRI otak menunjukkan anak-anak kepada ibu yang mendapat asid folik melalui gandum yang telah diperkayakan, sebelum dan semasa hamil, mempunyai otak cortical yang lebih tebal jika dibandingkan dengan anak-anak kepada ibu yang tidak mendapat kelebihan asid folik.

💚Di Malaysia, belum ada lagi undang-undang yang mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang diperkayakan dengan asid folik. Kajian di Malaysia menunjukkan 85 dalam 100 wanita tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka.

💚Maka wanita Malaysia hendaklah mengambil lebih tanggungjawab diri sendiri untuk membeli supplemen asid folik jika anda tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika anda sedang berusaha menjadi hamil. Dos yang anda perlukan hanyalah sekurang-kurangnya 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan supplemen asid folik ini sekurang-kurangnya pada tiga bulan pertama (12 minggu) kehamilan.

Anda boleh beli supplemen asid folik sendiri di farmasi, tak payah tunggu doktor bagi di klinik, sebab temujanji klinik mengandung selepas 12 minggu sudah terlambat.

Asid folik ialah satu jenis supplemen, ini bukanlah ubat. Brand tidak penting, tak payah beli yang mahal.

Kredit,
Prof Dr Imelda Balchin
Pakar Perunding Obstetric & Gynaecology
Subspecialist Maternal & Fetal Medicine
University Malaya

. . . . .

Untuk suplemen asid folik anda boleh mencuba asid folik dari Shaklee, B-Complex.

RM59 120biji 

Kelebihan asid folik Shaklee

- Mengandungi semua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. Ia perlu diambil semua skaligus pada masa yang sama seperti disarankan RDA. Dan juga untuk memastikan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.



Berminat untuk mendapatkan asid folik Shaklee ini anda boleh menghubungi gee ke 013-5707812. Setiap pembelian dengan gee anda bakal mendapat konsultasi dan cara makan yang betul.