Aug 30, 2018

Ranking Alexa 30 Ogos 2018 - Part 1


Rangkin Alexa ni pertama kali Gee cuba. Sebelum ni slalu tengok orang buat kan so kalini Gee saja nak try nak tengok hasil dia macam mana.




Ranking Alexa 30 Ogos 2018

Global Rank: 2 470 139
Rank in Malaysia: 25 950
Alexa Rank not Available: Not enough traffic data


Sebab ni baru kali pertama buat so Gee tak dapat bandingkan lagi. Tapi Gee tengok macam besar sangat😂😂.  Nampak gaya Gee kena usaha lebih lagi ni.


Korang ada idea tak macam mana nak bagi lagi bagus kita punya ranking alexa ni ya? Ada idea boleh share dengan Gee ok.


Sumber: Ranking Alexa




Continue Reading

Aug 28, 2018

10 Manfaat Kenapa Kena Membaca Tiap Hari


Salam semua. Harini Gee kongsi tip santai. Off topic takda kaitan dengan kesihatan.

10 Manfaat kenapa kena membaca tiap hari


  1. Membantu merangsang minda kita
  2. Mmebantu mengurangkan rasa stress atau tertekan
  3. Meningkatkan ilmu pengetahuan (dapat ilmu baru)
  4. Membantu tingkatkan memori / ingatan 
  5. Meningkatkan daya konsentrasi
  6. Memperbanyakkan dan mempelbagaikan kosa kata
  7. Membantu memberi ketenangan
  8. Sebagai satu hiburan secara percuma
  9. Boleh berfikir secara analitis
  10. Membantu menambah baik gaya penulisan

Ni pun ilmu baru juga bagi Gee. Lepas ni kena rajin membaca buku lah kan. hihi. Tapi membaca di media sosial tidak termasuk ya. Rasanya sebab gaya bahasa kot. 


Jom pupuk minat membaca jom!! hihi 


*Gee biasa sebelum ni suka baca novel cintan cintun. Hehe. Sekarang ada baca majalah juga untuk dapat info kesihatan.




Continue Reading

Aug 27, 2018

Aug 26, 2018

Set Kesuburan Shaklee untuk Suami Isteri | Ikhtiar Hamil dengan Shaklee


Set kesuburan Shaklee untuk suami isteri. Ikhtiar hamil dengan suplemen Shaklee.

Pengambilan suplemen Shaklee ini sebagai satu usaha dan iktiar buat pasangan suami isteri dalam usaha untuk hamil ataupun TTC.


Apa yang ada dalam Set Kesuburan Shaklee ini? Apa fungsi dan kebaikan dia?

Set Kesuburan Shaklee untuk Suami Isteri


set kesuburan shaklee
Ikhtia hamil dengan Shaklee

  • ESP - suplemen protein yang bagus untuk menguatkan otot rahim. Ia boleh membantu perlekatan jadi lebih kuat. ESP juga bagus untuk menyembangkan hormon wanita dan memberi tenaga lebih.

  • B-COMPLEX - Wanita yang mercancang untuk hamil sebaiknya mengambil asid folik yang terdapat dalm B-complex ini selama 3 bulan. Asid folik penting untuk perkembangan dan pembentukan otak dan saraf bayi yang sempurna. Ia juga penting untuk membantu mengelakkan kecacatan dan keguguran pada peringkat awal kandungan.

  • GLA - Membantu menstabilkan kitaran haid agar lebih teratur & menyeimbangkan hormon wanita. Juga penting untuk menghasilkan ovum yang sihat.

  • ALFALFA COMPLEX - Membantu mengatasi masalah keputihan yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, antara penyebab susah lekat. Alfalfa juga bagus untuk stamina & bertindak sebagai  KACIP FATIMAH semasa bersama.

  • VITALEA - Lengkap dengan multivitamin dan multimineral yang sangat penting untuk pertumbuhan badan. Apabila badan cukup keperluan nutrisi, maka badan akan lebih bersedia untuk hamil. Ia juga penting untuk suami kerana ada mengandungi Zinc. Zinc ini yang bagus untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma serta menghasilkan sperma yang lebih sihat dan aktif.

  • OMEGA GUARD - Minyak ikan yang berkualiti yang mana ia mempunyai 90% asid lemak omega 3. Ia penting untuk mengawal hormon tahap optima serta memastikan organ peranakan wanita dalam keadaan paling sihat tanpa penyakit yang tak diketahui. (anti-radang).

  • VITAMIN E COMPLEX: terkenal sebagai vitamin kesuburan untuk lelaki dan wanita. Penting untuk memastikan sperma lelaki sempurna dan dalam kuanti yang cukup.


Pengambilan suplemen ini sebagai satu usaha dan iktiar. Tapi perlu ingat, doa juga perlu. Tawakal kepada Tuhan / Allah juga perlu ya. Banyakkan berdoa selalu.



Adakah perlu beli semua set atas ini? TIDAK SEMUANYA. Anda boleh ambil ikut keperluan. Jadinya anda perlu hubungi Gee dulu untuk pilih mana yang sesuai.

Bagaimana nak dapatkan set Diabetes ini? Anda boleh menghubungi Gee di 013-5707812 atau klik DI SINI untuk whatsapp.






Continue Reading

Aug 18, 2018

Set cadangan untuk Diabetes / Kencing Manis


Set cadangan Shaklee untuk pesakit Diabetes atau kencing manis. Apa yang ada dalam Set Diabetes / Set kencing manis Shaklee?

Apakah Diabetes?
Diabetes atau kencing manis ialah keadaan bila paras gula dalam darah lebih tinggi daripada tahap normal. Pesakit diabetes biasanya tidak dapat menghasilkan insulin dalam badan  ataupun badan tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan.

Ada tiga jenis Diabetes, iaitu:
  1. Diabetes Jenis 1 - ia bergantung kepada insulin. Biasa berlaku pada kanak-kanak, remaja.
  2. Diabetes Jenis 2 - tak bergantung kepda insulin. Paling biasa dan banyak berlaku. Selalu terjadi pada orang yang berumur dan yang ada berat badan berlebihan.
  3. GDM, gestation diabetes melitus - ibu mengandung yang ada diabetes

Tanda-tanda awal Diabetes:
  • Sentiasa berasa lapar kerana deria badan kekurangan glukosa.
  • Penglihatan kabur kerana kandungan glukosa tinggi dalam darah.
  • Mudah jadi lemah atau cepat rasa letih.
  • Hilang berat badan.
  • Kerap rasa dahaga.
  • Rasa kebas di tangan, kaki

Kesan Diabetes kepada kesihatan:
  • Risiko penyakit jantung
  • Jangkitan, luka lambat sembuh
  • Risiko penyakit buah pinggang
  • Risiko dipotong kaki @ anggota badan lain


Pengambilan suplemen untuk membantu mengawal kandungan glukos dalam darah.

Set cadangan Shaklee untuk pesakit Diabetes atau kencing manis.

Bagaimana Shaklee membantu membaiki dan menambahbaik pesakit Diabetes atau kencing manis?


ESP
  • Indeks glisemik rendah sangat penting untuk pesakit Diabetes. Ia membantu mengawal paras insulin dalam darah.  
  • Memberi tenaga. 
  • Memberi rasa kenyang yang agak lama sekaligus boleh mengawal selera makan, terutama yang jenis kuat makan. 

VITALEA - multivitamin 
  • Mengandungi chromium (kekurangan chromium boleh menyebabkan pengambilan gula ke dalam darah kurang efektif).
  • Juga ada zinc yang bantu dalam penghasilan insulin.  
  • Bagi yang ada luka, zinc membantu percepatkan proses penyembuhan.
  • Juga ada vitamin C yang penting untuk menguatkan sistem imun badan bagi mengelak risiko terkena jangkitan. 

B-COMPLEX
  • Vitamin B yang lengkap.
  • Membantu sel untuk berfungsi secara optima .
  • Menggalak metabolisme gula (tukar gula (makanan) kepada tenaga).

OSTEMATRIX
  • Mengandungi Magnesium yang diperlukan pesakit kencing manis.

GLA COMPLEX
  • Menghalang komplikasi diabetes.
  • Merendahkan gula dalam darah. 
  • Meringankan kebas & kesakitan yag disebabkn gula dalam darah yang tinggi.

VIVIX
  • Polifenol dalam Vivix membantu improve human body response to  insulin. 
  • Polifenol juga membantu merangsang rembesan insulin.
  • Mengawal atur penyerapan glukosa darah.
  • Sangat sesuai untuk mereka yang tak suka mengambil banyak vitamin or sukar menelan tablet. 
  • Tinggi antioksidan, dapat membantu meningkatkan sistem imun badan dari terkena jangkitan. 
  • Juga membantu menyembuhkan luka. Luka cepat kering dan pulih.


Adakah perlu beli semua set atas ini? 
TIDAK SEMUANYA. Anda boleh ambil ikut keperluan. Jadinya anda perlu hubungi Gee dulu untuk pilih mana yang sesuai.

Bagaimana nak dapatkan set Diabetes ini?
Anda boleh menghubungi Gee di 013-5707812 atau klik DI SINI untuk whatsapp.







Continue Reading

Aug 16, 2018

Set Berpantang Shaklee Lengkap Untuk Para Ibu


Set Berpantang Shaklee yang lengkap untuk para ibu lepas bersalin.

SET BERPANTANG SHAKLEE
Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang dari Shaklee yang semakin menjadi pilihan ramai ibu-ibu yang ingin berpantang. Dalam set berpantang Shaklee ini lengkap dengan nutrisi yang amat penting buat ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang.

Kebaikan Set Berpantang Shaklee

Asid folik – B Complex
  • Memberi tenaga pada si ibu. 
  • Membantu menyokong dan mempercepat proses pemulihan lepas bersalin. 
  • Mengurangkan risiko tekanan perasaan. 
  • Meningkatkan perkembangan otak bayi dan motor sensor.

Protein – ESP 
  • Membekal tenaga untuk si ibu. 
  • Membantu penghasilan susu ibu. Susu jadi lebih pekat dan berkhasiat. 
  • Membekalkan nutrisi lengkap untuk pertumbuhan bayi. 
  • Membantu proses pemulihan luka lepas bersalin. 
  • Membaiki masalah kulit dan stretch mark. 
  • Mengawal selera makan untuk menjaga badan si ibu. 
  • Menguatkan rambut, bantu masalah rambut gugur lepas bersalin. 

Multivitamin Vitalea
  • Mengandungi zat besi, vitamin dan mineral lain. Bantu melengkapkan nutrisi si ibu dan bayi (menyusu). Nutrisi cukup, memberi tenaga kepada si ibu. 
  • Membantu penghasilan sel darah merah untuk menyokong keperluan oksigan si ibu dan bayi. 
  • Mengurangkan risiko anemia. 
  • Kurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat bayi yang rendah. 
  • Zink di dalam multivitamin Vitalea dapat membantu merawat luka lepas bersalin, bantu cepat kering dan sembuh. 
  • Zink juga bagus untuk masalah rambut gugur lepas bersalin.

Vitamin C
  • Tinggi antioksidan penting untuk meningkatkan sistem imun badan agar tak mudah jatuh sakit dan dalam masa yang sama baby juga dapat khasiat (disalur melalui susu ibu). 
  • Vitamin C juga membantu dalam penghasilan kolagen, yang penting untuk kulit si ibu dan bayi. 

Kalsium – Ostematrix
  • Kalsium penting untuk perkembangan dan pembesaran bayi kerana susu ibu mengandungi 40 peratus kalsium. 
  • Kelebihan Ostematrix ini, ia mengandungi Magnesium yang akan membantu mudah lawas sekaligus membantu mengelak sembelit. 
  • Membantu masalah sakit pinggang, sakit kaki dan lutut. 

Asid lemak Omega 3 - Omega Guard
  • Mengurangkan risiko ibu murung. 
  • Meningkatkan fungsi mata dan otak bayi terutama pada 5 tahun pertama. 
  • Mengurangkan alahan makanan dan kulit sensitif pada bayi. 
  • Untuk si ibu – omega 3 membantu membakar lemak berlebihan dan mengatasi masalah perut buncit. 

Alfalfa Complex
  • Tumbuhan herba yang banyak khasiat. 
  • Ia diguna secara tradisional untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. 
  • Membantu melancarkan pergerakan susu, mudah lawas. 
  • Membaiki masalah keputihan wanita. 
  • Membantu mengetatkan kembali miss V.

Tambahan;


Lecithin. Untuk membantu ibu yang ada masalah bengkak susu. Ia membantu masalah duktus susu tersumbat.



VIVIX. Vivix ni khas untuk ibu yang berpantang secara pembedahan. Vivix bantu luka cepat sembuh, beri tenaga segera untuk ibu dan dalam masa yang sama boleh mencantikkan kulit (anti-aging suplemen). Bagi yang tak nak amik banyak jenis vitamin boleh pilih Vivix sebagai alternatif. Vivix juga mudah diambil hanya 1 sudu sehari!


Apa yang menariknya ibu boleh terus menggunakan set ibu berpantang Shaklee ini walaupun sudah tamat tempoh bersalin, kerana set ini juga boleh membantu meningkatkan dan menggalakkan penghasilan susu ibu serta baik untuk kesihatan ibu / bayi.


Testimoni Set Berpantang Shaklee. Apa kata mereka?








Dah baca?










Macam mana nak dapatkan set berpantang shaklee? Anda boleh menghubungi Gee ke 013-5707812 atau klik DI SINI untuk pautan Whatsapp.





Continue Reading

Aug 14, 2018

13 Kelebihan Youth Shaklee Yang Patut Anda Tahu


Kelebihan Youth Shaklee yang patut anda ketahui sebelum membeli YOUTH.




13 kelebihan skincare Youth Shaklee 

1. 8 tahun kajian. Lama kan?? Ni yang buat kita tambah yakin! Hihi.  YOUTH mengambil masa selama 8 tahun kajian untuk menguji formulasi YOUTH dan memastikan YOUTH ni betul-betul berkesan dan 100% semulajadi.

2. YOUTH adalah skincare yang padat dengan nutrisi. Ini seban dia ada kaitan dengan Shaklee yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan selama 103 tahun sejak ia ditubuhkan. Hebat👍

3. 100% vegan. Setiap produk YOUTH semuanya berasaskan tumbuhan dan tidak langsung menggunakan sumber haiwan atau melakukan ujian ke atas haiwan. Maksydnya 'cruely free'.

4. Bebas dari 1500 bahan kimia merbahaya. Ya tidak ragu-ragu lagi! Bila guna YOUTH kulit kita rasa lebih selamat dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Boleh lihat jadual bawah ni.


5. Sesuai untuk semua kulit. Bukan saja saja cakap tapi YOUTH ni betul-betul diuji yang YOUTH ni sesuai untuk semua jenis kulit. Juga tiada alahan pada kulit (hypoallergic).

6. YOUTH juga tidak akan menyebabkan liang pori kita tersumbat (non-comodogenic) bila kita sapu pada kulit. Seronok tak?

7. YOUTH selamat untuk mata dan tidak merengsakan mata kita. Telah duji oleh ahli oftalmologi. 

8. Skin age index. Ia direka oleh pakar dan dermatologgist antarabangsa untuk mengkaji keberkesanan produk dan mengukur tanda-tanda penuaan pada kulit kita.

Hasil keputusan kajian skin age index ke atas YOUTH lihat bawah ni👇



9. Ada bahan aktif dalam semua produk YOUTH. Walaupun kita tak beli set tapi guna satu-satu produk juga kita akan dapat rasa kesan dia. Malah, Gee sendiri rasa kesan dia laju bertindak. Power kan?😃

10. YOUTH mempunyai 4 langkah mudah untuk membaiki dan merawat masalah kulit:
  • Membersihkan 
  • Mencerahkan 
  • Pembaharuan 
  • Melembapkan (menghidrat) 

11. Bebas paraben. Kebanyakan produk penjagaan kulit lain banyak guna paraben untuk pastikan produk dia tahan lama dan tidak berkulat. Tapi, Shaklee pulak dia menggunakan bahan semulajadi iaitu ‘phenoxyethanol’ yang ada di dalam green tea. Ia mampu menggantikan paraben sebagai agen anti-kulat.

12. Bebas gluten. Setiap produk YOUTH tiada gluten. Kesan gluten untuk jangka masa panjang boleh menjejaskan kesihatan menyeluruh terutama pada usus kita. Hati hati dengan paraben tau.

13. Terbukti berkesan! Yang ni Gee sendiri memang akui. Lepas guna YOUTH memang nampak perubahan, lihat Di sini

Anda boleh lihat testimoni sebenar dari pengguna YOUTH Malaysia, Di sini


Lihat juga:

Testimoni YOUTH untuk jerawat Di sini.

Testimoni YOUTH untuk jeragat Di sini.

Testimoni YOUTH untuk lelaki Di sini.

Testimoni YOUTH muka makin berseri di sini.



Macam mana nak order YOUTH? Hubungi Gee di 013-5707812 atau klik untuk whatsapp Gee terus.

 www.wasap.my/6013-5707812



Continue Reading

Aug 12, 2018

4 Kebaikan Polifenol Untuk Pesakit Diabetes / Kencing Manis


Kebaikan Polifenol untuk pesakit Diabetes / kencing manis




Seperti kita tau, penyakit Diabetes/kencing manis ini mempunyai masalah berkaitan hormon insulin samada insulin yang dihasilkan tidak cukup atau tidak sensitif.

Insulin ni berfungsi bagi memastikan tisu-tisu yang menggunakan glukosa dan dalam masa yang sama membantu mengawal paras glukosa di dalam darah berada pada tahap yang normal.

Tapi bila insulin ini tidak cukup, tidak sensitif atau kurang berkesan, maka paras glukosa (gula) dalam darah akan meningkat. Keadaan inilah yang menyebabkan anda mendapat penyakit Diabetes atau kencing manis.


Kebiakan Polifenol membantu pesakit diabetes / kencing manis

Paras glukosa dalam darah kita bergantung kepada apa yang kita makan, berapa banyak yang kita makan. Juga bagaimana badan kita nanti adakah sensitif atau efektif atau berkesan untuk menghasilkan serta menggunakan insulin bagi membawa glukosa ke dalam sel-sel badan kita.

Ringkasnya macam ni, makin sihat paras glukosa kita, makin rendah risiko kita untuk dapat penyakit Dibetes / kencing manis!

4 Kebiakan Polifenol membantu pesakit diabetes / kencing manis

Kajian klinikal terkini tentang polifenol ini berpotensi untuk membantu mengekalkan paras glukosa yang sihat dengan cara:
  • Meningkatkan kepekaan insulin. (3)
  • Merangsang rembesan insulin.(4,5) 
  • Mengawal atur penyerapan glukosa. (1,2) 
  • Meningkatkan proses penguraian glukos. (5,6) 


Mungkin ada yang tertanya apakah dia Polifenol ni?

Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat di dalam tumbuhan dan buahan yang memainkan peranan dalam memberi warna pada tumbuhan dan buahan dan melindungi dari penyakit.

Polifenol ni sangat penting untuk mengekalkan kesihatan kita, melindungi sel-sel dalam badan kita dari rosak akibat radikal bebas dan juga mengekalkan paras glukosa darah yang sihat.

Tahu tak? Polifenol ni paling banyak dalam tumbuhan warna gelap seperti anggur dan elderberry. Dan jumlahnya banyak terdapat pada biji dan kulit buah! Nampaknya lepasni kena rajin makan anggur dan elderberry kan?

Persoalannya banyak mana buah tu kita kena makan? Nak kena beli anggur dan elderberry tak tiap hari? Siap kena makan dengan biji dan kulit buah dia sebab yang tu banyak khasiat polifenol dia kan? Mampu tak??  

Jangan risau, Gee boleh bantu anda untuk dapatkan polifenol ini. Ada cara yang lebih mudah dan senang. Polifenol ni boleh diambil daripada Vivix Shaklee




 www.wasap.my/6013-5707812




Bawah ni Gee sertakan skali bukti kajian bagaimana Polifenol membantu mengekalkan paras glukosa darah yang sihat:

1. Pandey KB and Rizvi SI. 2009. Plant polyphenols as dietary antioxidants in human health
and diseases. Oxid Med Cell Longev. Nov-Dec; 2(5): 270–278.

2. Williamson G. 2013. Possible effects of dietary polyphenols on sugar absorption and digestion.
Mol Nutr Food Res Jan;57(1):48-57.

3. Akpene EB et al. 2006. Muscadine grape products intake, diet and blood constituents of
non-diabetic and type 2 diabetic subjects. Nutrition Journal. Vol 22, Issues 11-12, Pages 1137–1145

4. Nyambe SH and Williamson G. 2016. Polyphenol and fiber-rich dried fruits with green tea attenuate starch-derived postprandial blood glucose and insulin: a randomized, controlled, single blind, cross-over intervention. Br J Nutr 116(3):443-50.

5. Bozetto L et al. 2015. Polyphenol-rich diets improve glucose metabolism in people at high
cardiometabolic risk: a controlled randomized intervention trial. Diabetologia Jul;58(7):1551-60

6. Kati H et al. 2010. Impact of dietary polyphenols on carbohydrate metabolism. Int J Mol Sci.
11(4), 1365-1402.





Continue Reading

Aug 10, 2018

5 Sebab Kenapa Perlu Pilih Skincare Youth Shaklee


Di pasaran sekarang ni ada bermacam jenis skincare. Ada yang untuk kulit sensitif, jerawat, berminyak atau kulit normal. Tapi ada tak skincare yang sesuai untuk semua masalah kulit macam Gee sebut atas tu?

Jawapan dia ada.

Full set Youth Shaklee

Skincare Youth merupakan produk penjagaan kulit wajah terbaru dari Shaklee. Dilancarkan pada bulan Februari 2018 lepas.

Kalini Gee ingin berkongsi kenapa anda perlu bertukar untuk memilih dan menggunakan skincare Youth Shaklee.

5 Sebab Kenapa Perlu Pilih Skincare Youth Shaklee 

1- Kelebihan dan keistimewaan Youth berbanding skincare lain yang ada di pasaran.
  • 100% VEGAN - maksudnya Youth ni diekstrak daripada tumbuhan sepenuhnya dan tidak menguji atau menggunakan sumber daripada haiwan (cruelty free). 
  • Diuji oleh dermatologist - pakar kulit.
  • Diuji oleh Oftalmologist - pakar mata. 
  • Non-Comedogenic - tak menyumbatkan liang pori-pori. 
  • Hipoalergenik - selamat dan baik untuk kulit jenis alergik / alahan.
  • Mengambil masa selama 8 tahun untuk menghasilkan YOUTH!  Bukan berbulan ya!
  • Selamat untuk ibu yang tengah hamil atau mengandung.
  • Boleh diguna seawal umur awal 20 tahun. 

2- Skincare Youth terbukti berkesan melalui kajian klinikal.

Untuk pastikan Youth ni betul-betul ada bukti ia berkesan, Shaklee menggunakan Skin Age Index.

Skin Age Index ni bukan Shaklee buat tapi ia direka oleh pakar-pakar kulit antarabangsa. Ia akan mengukur tanda penuaan kulit individu berdasarkan data klinikal yang berasaskan fakta.

Antara tanda penuaan yang diukur termasuklah:
  • Tekstur kulit 
  • Tona kulit
  • Seri kulit
  • Keanjalan 
  • Kekenduran
  • Kedutan kulit 
  • Saiz pori 
  • Hiperpigmentasi 

Dan hasil keputusan kajian klinikal ini:
  • 2/3 daripada wanita yang terlibat dalam kajian ini telah mengubah usia kulit mereka sedekad lebih muda! 
  • 100% wanita dibuktikan secara klinikal memiliki kulit kelihatan lebih muda. 

3- Skincare Youth bebas dari 1500 bahan kimia merbahaya yang ada dalam kebanyakan produk lain.

Bahan yang tidak diguna dalam formula Youth

Produk penjagaan wajah Youth hanya menggunakan bahan semulajadi (tumbuhan). Jadi ia sangat selamat untuk kulit kita!


4- Kesan Youth seawal 7 hari hingga 4 minggu.

Bila Gee tengok testimoni Youth Malaysia ni kan, kebanyakan kesan dia laju. Ada yang seawal dalam 7 hari lagi tu! Hebat kan?!

Antara kesan yang kebanyakan pengguna skincare Youth dapat:
  • parut makin pudar
  • tekstur kulit makin elok
  • jeragat makin pudar
  • pori-pori makin mengecil
  • kulit lebih berseri
  • kulit makin cerah 

Jom kita lihat testimoni pengguan Youth skincare:










5- Skicare Youth ada 8 patent dan patent pendings.

Sebabkan kesan Youth ni sangat best dan laju walaupun semua bahan organik dan tumbuhan, ramai brand nak tau apa rahsia, apa formula Youth ni. Hihi

Pandai Shaklee buat siap ada patent. So syarikat lain tak boleh lah tiru formula Youth ni. Nak guna Youth kenalah dapatkan dari pengedar Shaklee macam Gee!😃

LIMITED EDITION GITU KAN?!




Nak lagi info details Youth ni boleh baca kat sini, Info, testimoni dan review Youth shaklee

Berapa harga Youth? Macam mana nak order Youth? Boleh hubungi / whatsapp Gee terus ke 013-5707812 ya. Link whatsapp kat sini www.wasap.my/60135707812





Continue Reading

Aug 9, 2018

Kelebihan dan Kebaikan Chewable Vitamin C Shaklee: Chewable-C Plus


Kelebihan dan Kebaikan Chewable Vitamin C, iaitu Chewable-C Plus Shaklee. 

Dulu dikenali sebagai Vitamin C Chewable Shaklee. Tapi yang baru ni dah tukar nama sikit, CHEWABLE-C PLUS.


Pengumuman terbaru dari Shaklee, Chewable Vitamin C atau Chewable-C Plus ini akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula 10 Ogos 2018! Dah boleh siap sedia nak order ni😃😍.

Vitamin C Chewable-C Plus ni memang ditunggu semua orang! Sebabnya dia boleh dikunyah-kunyah, hisap-hisap macam tu je tau! Rasa masam-masam manis sitrus yang sedap! Best kan?!




Chewable Vitamin C @ Chewable-C Plus ni kira alternatif untuk vitamin C Plus. Sebab dia dari kanak-kanak sampai dewasa boleh amik semua Chewable-C Plus.

Walaupun Chewable-C Plus ni boleh dihisap atau kunyah macam gula-gula tu, tapi dia ada kelebihan dia tau. Jom gee cerita kat korang.


Kelebihan Vitamin Chewable-C Plus Shaklee 
  • Diperbuat dari sumber semulajadi - tumbuhan. 
  • Mengandungi serbuk Rosehips, Citrus Bioflavonoids (sama macam Vitamin C Plus) untuk penyerapan terbaik dan optimum dalam badan kita.
  • Dos lebih rendah iaitu 100mg vitamin C untuk setiap tablet.
  • Tambah lagi saiz tablet yang comel dan kecik, memang sangat mudah nak telan atau kunyah terutama untuk kanak-kanak.
  • Bebas dari perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
  • Botol yang lebih kecil jadi mudah nak bawak ke mana saja.
  • Bagi yang dewasa boleh makan hingga 5 biji sehari pada bila-bila masa.




Tahukah Anda? 

🍊Bila kita mengunyah vitamin Chewable-C Plus Shaklee, air liur akan bantu mudahkan pemecahan vitamin C. Maka ia akan sedia diserap sebaik saja tiba di usus kecil kita.

🍊Berdasarkan kajian yang telah dibuat, bila mengunyah jumlah kecil vitamin C tiap hari akan menghasilkan serapan yang lebih tinggi! Woww! Best kan macam ni. Badan akan slalu dapat vitamin C😍


Kebaikan vitamin Chewable-C Plus Shaklee 
  • Meningkatkan sistem imun badan.
  • Mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Menguatkan tulang, gigi dan gusi.
  • Antioksidan penting yang lindung sel kulit dari rosak.
  • Membantu melambatkan proses penuaan.
  • Membantu dalam penghasilan kolagen.
  • Membanti cerahkan kulit, sekat pembentuksn jeragat dan baiki masalah jerawat.
  • Membantu menyokong integrity sel-sel.
  • Menggalak kesihatan mata, otot dan salur darah.

Siapa yang perlukan Vitamin Chewable-C Plus Shaklee?
  • Yang kerap demam selsema 
  • Yang kerap jatuh sakit
  • Yang selalu batuk, sakit tekak
  • Yang selalu bersin
  • Yang badan sering rasa letih lesu
  • Yang ada muntah, loya
  • Ibu mengandung yang ada morning sickness
  • Yang ada mabuk laut atau darat
  • Yang ada alergik, gatal-gatal
  • Yang ada resdung
  • Yang merokok atau sering kena asap rokok
  • Yang jaga kecantikan kulit
  • Yang kurang makan makanan yang ada vitamin C
  • Yang ada masalah sukar nak telan vitamin C plus (sebab yang ni besar sikir hihi)


Ringkasnya Gee boleh bagitau vitamin Chewable-C Plus ni sesuai untuk semua! Dari kanak-kanak sampai dewasa boleh ambil.

Sebab tu tiap rumah MESTI kena ada stok vitamin Chewable-C Plus.


Berapa harga sebotol vitamin Chewable-C Plus?
  • HARGA SEBOTOL RM51.25 - 90 biji 

Harga sangat berbaloi kan? Apa tunggu lagi? Jom order sekarang!



Untuk info order boleh hubungi Gee terus. Klik link whatsapp atau klik bawah ini.

 www.wasap.my/6013-5707812



Continue Reading

Aug 8, 2018

Testimoni Youth Shaklee: Pengalaman sendiri guna skincare Youth


Testimoni diri sendiri menggunakan skincare Youth Shaklee. Kalini gee share testimoni sendiri guna Youth Skincare pulak. Boleh tengok gambar bawah ni.


Testimoni Gee sendiri. Ada beza bintik hitam dah makin kurang, jerawat dah ok.


⭐Sebelum - masa ni tak guna Youth lagi. Masa tu gee amik suplemen ESP, VITAMIN C PLUS, ALFALFA, HERBLAX dan GARLIC ni untuk fokus jerawat.

⭐Selepas - masa ni dah guna YOUTH dah. Ni gambar latest bulan Julai 2018 yang lepas.


Bawah ni pulak muka tiba-tiba jer jerawat naik banyak. Aduh stress betul rasa masa tu. Dah lah masa tu (bulan Jan-Feb 2018) tengah nak turun KL sebab nak join Shaklee Leader Conference.

Sekarang dah ok. Jerawat tak naik dah area situ.


Gee mula guna YOUTH ni sejak bulan Februari 2018 lepas. Sekarang ni dah 6 bulan guna YOUTH.


TESTIMONI SENDIRI YOUTH SHAKLEE. Apa perubahan yang Gee rasa / alami lepas guna set kulit YOUTH?
  • Muka makin lembut tak kasar dah.
  • Jerawat dah jarang naik. Ada naik pun cepat ok dan tak tinggal parut.
  • Whitehead blackhead kat muka dah hilang dan makin ok.
  • Bintik hitam atau tona hitam macam jerawat kat muka Gee (jika korang perasan kan) dah makin kurang kan. Muka makin sekata tone. 
  • Muka tak kusam macam dulu. 
  • Parut kat muka makin ok. Dulu masih ada lubang sikit tapi sekarang dah ok. 
  • Kulit muka rasa makin tegang.

Bawah ni Gee share gambar terkini bertarikh 7 Ogos 2018. Kira testimoni Youth untuk Gee sendiri lah kan. Gee ada carik gambar lama tapi tak jumpa lagi. Ada nanti Gee share.

Selpie di tengahari tanpa makeup


Untuk gambar atas ni;

Bulan Feb tu baru nak guna YOUTH. Dalam otw rasanya sbb masa ni dalam keta. Guna mekaup tapi macam tak kan?😒.

Bulan Ogos (14hb) Gee saja selpie. Tak guna makeup. Just guna Mousturizer YOUTH saja.


Apa set YOUTH yang Gee guna?




Gee guna full set YOUTH. Ada cara guna dia tau. Mula dulu Gee guna set basic yang ada cleanser, toner, moisturizer dan night cream. Ni memang tiap hari Gee guna.

💙Siang - Gee guna cleanser, toner, moisturizer + sunscreen / sunblock.

💙Malam - Gee guna cleanser, toner, moisturizer, serum, radiance c+e dan night cream.

Yang serum dan radiance ni Gee tak guna tiap hari masa mula guna. Sekarang pun tak hari-hari. Gee biasa guna selang seli.
  • Bagi yang baru nak try guna YOUTH ni boleh guna yang set basic dulu ok. Bagi serasi dulu dengan muka. Dah 2 bulan macam tu bolehlah tambah guna serum dan radiance c+e. 
  • Jangan risau jika tak nak beli set dulu, boleh beli satu-satu juga. 


Azam Gee guna YOUTH ni sebenarnya nak kulit muka makin elok, makin sihat. Jika boleh taknak guna makeup tebal jika pergi keluar. Ada yang macam gee jugak??

Jom kita jaga kulit sama-sama. Guna skincare yang berkesan dan berasaskan tumbuhan. Kemudian amalkan makanan yang sihat.

Dah baca info, testimoni dan review YOUTH? Boleh lihat Di sini



Untuk info order YOUTH boleh hubungi Gee terus ok. Boleh klik bawah ni untuk whatsapp Gee ya.


 www.wasap.my/6013-5707812



Continue Reading

Aug 7, 2018

Testimoni Youth: 5 bulan Guna Youth Muka Makin Cantik Berseri!


Testimoni Youth Shaklee setelah menggunakan Youth skincare selama 5 bulan.

Kalini gee nak share testimoni dari rakan Shaklee, Ayu yang guna Youth. Serius gee tengok muka Ayu jadi cun habis! Makin cantik muda gee tengok Ayu ni. Ya Allah seronoknya kan. Hihi

Bawah ni gee share gambar Ayu. Haritu sebenarnya Ayu share testimoni ni dalam grup Youth kat telegram. So gee share kat blog supaya korang semua boleh lihat dan baca sendiri pengalaman Ayu ni.

*Ayu ada blog juga boleh singgah blog Ayu Kat sini.

Feedback dari Ayu sendiri lepas 5 bulan guna youth skincare.

Kata ayu;

Memang betul, 2-3 bulan pakai muka tambah burn, kusam, jerawat jeragat semua keluar. Muka berminyak agak teruk walau kerja dalam aircond.

Tapi kena istiqomah, guna je youth ikut step.

Selain tu makan supplement shaklee juga, sye amik Vivix, Collagen, Vit C, Coq Trol & GLA.

Dan buat detox shaklee way juga. Amik detox set Vivix, DTX, Alfalfa, peppermint ginger & herblax.

Air minum secukupnya. Tempoh 2-3 bulan penggunaan kulit akan start detox. Sebab tu muka akan burn, oily dan keluar segala khazanah dalam kulit tu. hihi

Ayu guna full set Youth 5 bulan banyak lagi. kecuali cleanser baru buka baru. (Tahan lama juga set Youth ni kan? Berbaloi dengan harga dia dan kualiti dia juga).


Ni full set Youth


Apa yang gee nak pesan ni, kunci dia konsisten pakai Youth dan suplemen. Jaga apa kita makan minum juga.

Nak kulit sihat cantik kena lah bersabar kan😃. Mana boleh nak semua cepat lagi laj guna Youth skincare yang terlebih organik ni. Yang memang berasaskan tumbuhan. 100% vegan!


Nak join kami guna Youth? Jommm

Youth tengah ada PROMOSI BULAN OGOS NI! Peluang dapat harga murah dan gift best! Lihat Di sini


Lihat juga info & testimoni Youth, Di sini


Untuk info order Youth & Shaklee boleh hubungi gee terus. Klik bawah ni untuk whatsapp ok.

 www.wasap.my/6013-5707812



Continue Reading

Aug 1, 2018

PROMOSI SHAKLEE OGOS 2018


Promosi Shaklee untuk bulan Ogos 2018

Apa promosi yang menarik dari Shaklee bulan Ogos kali ini pula?

Promosi Shaklee sepanjang bulan Ogos 2018

1. Set Kecantikan Kulit YOUTH


Promosi ini dilanjutkan dari bulan lepas lagi. Yang best promosi YOUTH bulan Ogos ini korang nanti akan mendapat PERCUMA YOUTH Facial Cleanse and Firm Device! Limited edition punya tau!



Lihat lebih lanjut di sini tentang skincare Youth >> Youth Shaklee

Setiap belian pomosi set Youth di atas nanti anda layak terus jadi ahli dan terus menikmat harga ahli! Harga ahli lebih murah dalam 15-25%! 


2. Promosi Alfalfa Complex

Promosi Alfalfa Complex ni jarang sangat ada ni. Tak ingat dah bila kali terakhir ada promosi Alfalfa Complex.

Untuk bulan Ogos ini Shaklee bagi Promosi Alfalfa Complex, iaitu beli 3 botol Alfalfa Complex dapat Diskaun 5%!


Boleh beli 3 botol Alfalfa Complex ni dalam pek besar (700 biji) atau pek kecil (330 biji) Alfalfa, dapat diskaun 5%.

Info lagi details Alfalfa Complex, Di sini


3. Promosi VIVIX Shaklee

Promosi VIVIX ni paling ditunggu semua peminat Vivix😍!

promosi vivix
Promosi Vivix bulan ni terus layak free membership ya. Tu gee terus bagi poster harga ahli terus.


Promosi Vivix dia macam biasa, ada 2 pilijan iaitu;

Beli 6 botol Vivix dapat
  • Percuma 1 botol Vivix
  • Percuma kos penghantaran
  • Percuma keahliah Shaklee
  • Cash bonus masuk akaun bank kita 
  • Boleh beli cooler bag merah + sudu dgn harga RM 8.00


Beli 2 botol Vivix dapat
  • Diskaun 5% 
  • Percuma kos penghantaran
  • Percuma keahlian Shaklee
  • Cash bonus masuk akaun bank kita
  • Boleh beli cooler bag merah + sudu dgn harga RM 8.00

Info details Vivix, Di sini


4. Promosi Shaklee Baby


Promo penghabisan stok!

Memang betul JIMAT beli bulan Ogos ni. Beli 1 Percuma 1! Sangat berbaloi👍.

Antara kandungan Shaklee Baby Set ini adalah :

👶Gentle Wash atau Mandian Bayi Shaklee ini mengandungi chamomile organik, lavender dan berasaskan lidah buaya yang sangat baik untuk kulit. Juga mengandungi ekstrak oat dan minyak zaitun untuk membersihkan kulit dengan lembut.

👼Massage Oil atau Minyak Urutan Shaklee Baby ini diperbuat daripada minyak matahari organik, lavender dan chamomile untuk melembapkan kulit bayi. Minyak urut Shaklee Baby adalah 99% semulajadi dan mengandungi 99% bahan organik.

👴Shaklee Baby Soothing Lotion memastikan kulit bayi kekal lembut dan lembap. Ia telah diuji sesuai untuk kulit sensitif. Lidah buaya dan minyak organik seperti Shea Butter, Sunflower Seed dan Kelapa membantu melembapkan kulit dan membajai nutrien kulit. Bila kulit lembap, ia dapat kurangkan kegatalan kulit akibat kulit kering.


5. FULL SET BERPANTANG SHAKLEE


Set Berpantang Shaklee, pilihan ramai wanita moden masa kini.

KELEBIHAN FULL SET BERPANTANG

🔺ESP: Membantu menguatkan rahim, utk cepatkan luka cantum, milk booster, kulit cantik, berikan lebih tenaga, hilangkan stretch mark, kawal selera makan untuk jaga badan bagi slim balik.

🔺VIT C: Kuatkan sistem imun agar tak mudah dijangkiti penyakit, untuk baby juga dapat disalurkan melalui susu badan, juga untuk kulit cerah gebu halus mulus.

🔺OSTEMATRIX: Calcium supply, milk booster, lawas, elakkan sakit kaki lutut pinggang cramp.

🔺ALFALFA: Buang angin dlm badan, lawas, detox, milk booster, mengetatkan kembali miss V, atasi masalah keputihan.

🔺B-COMPLEX: Mengandungi asid folik. Vitamin B juga penting dalam membantu menghasilkan sel darah merah dan anti stress vitamin.

🔺VITA LEA: Penambah tenaga, pelengkap nutrisi, untuk kesihatan dan kecantikan keseluruhan. Zinc dalam VITA LEA membantu merawat dan mengeringkan luka bersalin lebih cepat.

🔺OMEGA GUARD: EPA DHA utk perkembangan minda baby disalurkan melalui susu badan, bakar lemak berlebihan, buang lemak selulit, atasi masalah perut buncit.

🔺Sebagai tambahan untuk ibu yg mengalami masalah bengkak susu, boleh tambah LECITHIN. Juga sebagai PEMECAH LEMAK.



*Untuk makluman korang semua bermula 1 Jun, semua produk Shaklee GST 0%!



Berminat untuk mendapatkan mana-mana promosi Shaklee bulan OGOS ini atau mana-mana produk Shaklee, anda boleh menghubungi Gee terus ke 013-5707812. Untuk pautan pantas anda boleh klik link di pautan whatsapp di blog ini.

 www.wasap.my/6013-5707812



Continue Reading