Nov 21, 2018

5 Kepentingan Toner Untuk Kulit Wajah


5 Kepentingan Toner Untuk Kulit Wajah

Kepentingan Toner 

Gee baru tahu rupanya peggunaan toner muka ni penting dalam rutin kecantikan kulit sejak mula guna set skincare YOUTH. Jika sebelum ni kan, Gee pun sama macam yang lain juga mesti akan tanya, "Perlu ke guna toner muka ni?", "Penting ke toner ni?".

Toner muka ni sebenarnya salah satu step asas dalam produk kecantikan kulit wajah selain daripada pencuci muka dan moisturizer (pelembap). Apa fungsi toner? Apa kepentingan toner untuk kulit wajah kita?

5 Kepentingan Toner Yang Perlu Anda Tahu Untuk Kulit Wajah 

1- Mengimbangi pH kulit wajah
Ada pembersih muka yang jenis boleh mengganggu keseimbangan pH kulit wajah. Ini boleh menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan seterusnya kulit jadi lebih berminyak. Sebab itu pentingnya toner untuk membantu menyeimbangkan semula pH kulit wajah.



2- Mengecilkan liang pori
Fungsi toner yang paling ramai suka sebab toner boleh mengecilkan atau mengetatkan kembali liang-liang pori yang terbuka semasa mencuci muka. Jika liang pori terbuka dan terus dibiarkan, ia boleh menyebabkan masalah jerawat, kemunculan blackhead dan whitehead serta kulit berminyak.



3- Memberi lapisan perlindungan tambahan pada kulit wajah
Penggunaan toner juga boleh melindungi kulit wajah anda. Selain memberi kelembapan pada kulit, ia juga mampu membuang lebihan kotoran selepas mencuci muka dan menyingkirkan sel kulit mati. Apabila sel kulit mati disingkirkan, ia akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih berseri. lebih cerah dan tak nampak kusam. (Bila banyak sel kulit mati, tu yang sebabkan muka kusam gelap jer tu).



4- Mencegah kulit wajah jadi kering dan kasar
Ciri-ciri toner yang baik mestilah tak membuatkan kulit menjadi makin kering dan kasar. Sebaliknya, penggunaan toner ini boleh membantu melembapkan dan melembutkan lagi kulit wajah. Dan kulit muka juga tak rasa ketat selepas menggunakan toner.



5- Mengembalikan keremajaan kulit wajah
Satu lagi elemen penting bagi toner, ia haruslah ada fungsi untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Toner yang bagus haruslah ada fungsi untuk simulasi sel dan mengurangkan kerosakan kesan daripada radikal bebas (pencemaran, alat makeup dan sebagainya).



Pentingnya toner!

Sebab itu bila anda lihat, mereka yang konsisten dan rajin menggunakan toner setiap hari akan mendapati kulit lebih sihat, lebih lembut, pori-pori makin mengecil dan hampir tiada. Rajin-rajinlah guna toner dalam rutin penjagaan kulit wajah anda ya. Tak guna jika guna produk kulit mahal-mahal tapi anda skip rutin toner.


Gee kongsikan sekali apa ciri-ciri toner yang terbaik untuk kulit kita pakai setiap hari.

Ciri-ciri Terbaik Toner Yang Bagus Untuk Kulit Wajah
  • toner yang bebas minyak (pilih jenis oil-free)
  • toner yang tak menyumbat liang pori-pori (non-comedogenic)
  • toner yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh membuatkan kulit cepat kering
Lepas ini pilihlah toner yang sesuai dan bagus untuk kulit kerena toner adalah step penting untuk pembersihan kulit selain daripada mencuci muka.


Toner YOUTH Perfecting Skin Toner

Toner ini Gee sendiri yang guna sekarang. Apa yang bagusnya toner dari YOUTH ialah dia mampu menyihatkan kulit muka, membersih sel kulit mati dan melembapkan kulit wajah anda.

Youth Perfecting Skin Toner

Kelebihan YOUTH Perfecting Skin Toner ini terletak pada bahan-bahan di dalamnya iaitu:

Youth Perfecting Skin Toner

Tip penjagaan kulit bagi orang Jepun. Mereka pun rajin guna toner. Nak dapat kulit cantik dan sihat macam orang Jepun jangan tinggal toner lepas ini ya. Orang Korea juga sama memang dorang tak skip toner ni.




Pentingnya penggunaan toner untuk kulit wajah. Lepas ini kena rajin guna toner ya. Jangan skip guna sebab sangat penting fungsi toner pada kulit muka.

Jika nak try guna toner YOUTH Perfecting Skin Toner boleh dapatkan terus dari Gee. Boleh baca dulu revier toner Youth di sini >> YOUTH Perfecting Skin Toner dari Shaklee. 


Order Youth Shaklee?
Hubungi Gee di 013-5707812 atau klik di sini untuk Whatsapp