5 Tanda Tubuh Mengalami Dehidrasi Atau Kurang Air


Air sangat penting kepada tubuh kita. Air meliputi 60 peratus daripada komposisi tubuh badan. Sebab itu kita perlukan air yang cukup bagi memastikan tubuh berfungsi dengan baik.




Apakah dehidrasi? Dehidrasi ialah keadaan bila badan kita kehilangan banyak cecair. Rujuk sini untuk info lanjut berkenaan Dehidrasi.


5 Tanda Tubuh Mengalami Dehidrasi Atau Kurang Air

1. Suka Makanan Manis
Bila tubuh mengalami dehidrasi, kita lebih suka makanan manis kerana pada masa ni tubuh perlu menghasilkan glikogen, simpanan karbohidrat dalam badan yang digunakan sebagai sumber tenaga.

Tip: Rajin minum air atau makan buah dan sayur yang ada mengandungi air.


2. Tak Boleh Fokus & Berfikir Dengan Baik
Tau tak? Otak kita perlukan air yang cukup untuk berfungsi secara optimum. Bila tubuh mengalami dehidrasi, fungsi kognitif atau mood boleh berubah. Ini yang akan menyebabkan kita mudah keliru.


3. Rasa Lesu, Sakit Kepala dan pening
Bila cukup air, kita akan rasa lebih bertenaga sebabnya air membantu tubuh mengawal paras gula dalam darah dan oksigen. Tapi bila kurang air atau dehidrasi, kita akan berasa cepat letih dan pening kerana  badan tak boleh memproses nutrien dalam badan dengan baik.


4. Risiko Pendarahan jantung
Bila tubuh mengalami dehidrasi, eloktrolit dalam badan akan menjadi tidak seimbang hingga tekanan darah jadi rendah. Keadaan ini boleh membebankan jantung dan fungsi badan yang lain. Kesannya, kita akan rasa jantung berdebar dan kadar denyutan jantung tak normal.


5. Tidak dapat bersenam dengan baik
Bila berlaku dehidrasi tadi, tekanan darah menjadi rendah dan keadaan ini akan mempengaruhi berapa lama kita boleh bersenam. Tau tak? Lebih dari 5% dehidrasi boleh menurunkan kadar senaman hingga 30%!

Tip: Pastikan tubuh sentiasa cukup air samada sebelum atau selepas bersenam.



Cara paling mudah untuk memeriksa tubuh kita cukup minum air ke tak? Boleh cuba cek warna air kencing kita.




Pastikan tubuh sentiasa mendapat air yang cukup setiap hari. Air ternyata sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebaiknya cuba untuk minum air mineral atau air kosong dalam 1.5 liter - 2 liter sehari.




Post a Comment

3 Comments

  1. Betul tuu. kulit pun akan kering juga

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kalau buka puasa memang air je yg dicari. hehe

    ReplyDelete