20 July 2019

Hasil Karya Seni Murid Tahun 3


Entri kalini santai takda kaitan Shaklee. Kalini Gee nak sharing hasil seni murid tahun 3 yang Gee ajar. Baca sini jadi cikgu lagi.

Tahun 3 ni pendidikan seni dorang ialah Pendidikan Kesenian. Tukar nama dah.

Jom kita tengok cuci mata tengok hasil karya anak murid Gee. Yang ni kami guna teknik gurisan. Kami hanya gunakan kertas kosong, oil pastel dan pembaris saja.





Bagaimana cara kami membuatnya?

Kami guna kertas kosong, kemudian warnakan guna oil pastel. Buat warna-warni. Campur warna bagi cantik. Kemudian satu lapisan tu lagi kami warnakan lagi atasnya guna warna hitam. Lepas itu barulah kami lukis objek.



Yang ni Gee sendiri buat. Anak murid cam lagi cantik ni hihi. Kalah cikgu.



Teknik gurisan ialah kita guna objek atau alat yang tajam untuk menggores permukaan bahan bagi menghasilkan sesuatu gambar.







Itulah dia hasil karya seni murid tahun 3 di SK Kampung Senau.  Seronok pulak ajar seni ni kan? Boleh release stress bagi kita happy tengok dorang buat. Hihi .

Nanti Gee share lagi ya. Jumpa lagi✌😃



5 comments:

  1. ahaaaa, boleh pulak ada on x on tuu 😂 teringat lukisan ekin masa kecik2 dulu, orang lidi je pandai lukis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan.. hihi. budak skrg dah pandai. Hihi. on x on? haha

      Delete
  2. Klau sruh saya pandai org lidi ja. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. gee pn ada org lidi n bunga2 jer hihi

      Delete
  3. aida pernah dulu kala buat gini tau, ziana.
    menarik bila di ajar pd anak-anak ekk.
    diorang pun seronok :)

    ReplyDelete